window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mengapa pesaing Ativa, Honda WR-V guna enjin 1.5L NA dan bukan turbo? Ini jawapannya

Haris · Dec 25, 2022 11:59 AM

Mengapa pesaing Ativa, Honda WR-V guna enjin 1.5L NA dan bukan turbo? Ini jawapannya 01

Honda WR-V 2023 hadir sebagai SUV terkecil Honda yang bakal ditawarkan di ASEAN dan sudah mula dijual di Indonesia. Berbeza dengan pendekatan Perodua Ativa/Toyota Raize, Honda memilih sumber kuasa enjin aspirasi semula jadi, berkongsi enjin dengan Honda BR-V, Honda City dan City Hatchback.

Mengapa pesaing Ativa, Honda WR-V guna enjin 1.5L NA dan bukan turbo? Ini jawapannya 02

Menggunakan enjin 1.5L i-VTEC DOHC 4-silinder 16-injap dengan teknologi Drive By Wire, enjin pada Honda WR-V 2023 ini adalah standard dalam kebanyakan model Honda. Hal ini menimbulkan sedikit pertanyaan mengapa enjin turbo tidak ditawarkan. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pemanduan urban jadi tumpuan

Mengapa pesaing Ativa, Honda WR-V guna enjin 1.5L NA dan bukan turbo? Ini jawapannya 01

Poychat Ua-arayaporn, Ketua Projek Besar Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. (HRAP) sendiri telah menerangkan spesifikasi enjin Honda WR-V ini. Menurutnya, enjin yang dipasang pada Honda WR-V sedikit berbeza dengan enjin Honda 1.5L yang lain.

“Perbezaannya adalah pada sistem VTC (Variable Technology Control) yang digabungkan dengan sistem DOHC i-VTEC,” ujarnya ketika ditemui pada acara Pandu Uji Media Honda WR-V di Bali, Isnin (19/12/2022).

Mengapa pesaing Ativa, Honda WR-V guna enjin 1.5L NA dan bukan turbo? Ini jawapannya 02

Jelasnya lagi, dari segi spesifikasi, enjin dengan piawaian pelepasan Euro 4 ini mempunyai tork yang mencapai kemuncaknya lebih pantas berbanding model lain. “Dari segi data, tork enjin ini 5% lebih pantas untuk mencapai keadaan maksimum,” katanya.

Perwatakan jentera dengan kuasa dan tork yang hebat sesuai digunakan di bandar, ujar Yusak Billy.

Mengapa pesaing Ativa, Honda WR-V guna enjin 1.5L NA dan bukan turbo? Ini jawapannya 03

Enjin 1.5L NA pada Honda WR-V

"Kereta bandar memerlukan daya kilas yang tinggi tetapi masih menyeronokkan untuk dipandu. Penggunaan enjin ini juga adalah berdasarkan hasil tinjauan kami terhadap pengguna di Indonesia," kata Pengarah Inovasi Perniagaan dan Jualan & Pemasaran PT Honda Prospect Motor (HPM) itu.

Output kuasa yang direkodkan di atas kertas adalah sama dengan Honda BR-V baharu. Kuasa maksimum 121 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm tork pada 4,300 rpm sudah dikira cukup untuk kenderaan 7-penumpang, justeru tentunya ia dinilai lebih berkuasa untuk sebuah SUV kompak.

Jarak kelegaan tanah yang tertinggi dalam kelasnya

Mengapa pesaing Ativa, Honda WR-V guna enjin 1.5L NA dan bukan turbo? Ini jawapannya 04

Jika dilihat pada spesifikasi, Honda WR-V mempunyai panjang 4,060 mm, lebar 1,780 mm, ketinggian 1,608 mm dan jarak roda 2,485 mm. Apa yang lebih istimewa, kereta ini mempunyai jarak kelegaan tanah sebanyak 220 mm yang merupakan jarak kelegaan tanah tertinggi dalam kelasnya.

Mengapa pesaing Ativa, Honda WR-V guna enjin 1.5L NA dan bukan turbo? Ini jawapannya 05

Honda WR-V juga menggunakan transmisi CVT dengan teknologi G-Design Shift. Teknologi ini didakwa mampu menghasilkan prestasi pecutan yang lebih berkuasa di samping kecekapan bahan api meningkat kepada 4%.

Bukan itu sahaja, Honda turut meluangkan lebih banyak masa dalam perincian kabin. Untuk meredam bunyi enjin dan jalan raya, Honda WR-V menggunakan bahan redaman bunyi jenis Spray Foam dan struktur panel tertutup yang terdapat di sekitar kawasan panel badan kereta.

Mengapa pesaing Ativa, Honda WR-V guna enjin 1.5L NA dan bukan turbo? Ini jawapannya 06

Sistem ini juga berfungsi untuk meredam bunyi dengan kadar yang lebih baik, pada masa yang sama mengelakkan habuk dan bau yang tidak menyenangkan dari luar daripada memasuki kabin kereta.

Kesemua ini dilakukan oleh Honda demi menambah keselesaan dan keseronokan memandu Honda WR-V. Persoalan utama sekarang, adakah Honda Malaysia akan membawa WR-V ini ke pasaran kita? Sumber, foto: Autofun.id

Baca: Prebiu Honda WR-V: lebih berkuasa drpd Ativa, harga bawah RM 90k sesuai untuk Malaysia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda WR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda