Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke?

Pilihan yang jelas jika anda sedang mencari-cari sebuah kenderaan 7 penumpang namun dengan julat harga lebih kurang, adakah anda patut mengambil Mitsubishi Xpander berbanding Honda City, Nissan Almera atau Toyota Vios.

Segmen lain, tak boleh banding? Kali ini kita akan bandingkan dari aspek harga. Pasaran Malaysia ni sangat sensitif harga, kalau tidak, takkan ada yang tertipu dengan sindiket sambung bayar? Oleh itu mari ikuti apa pulangan yang anda dapat untuk harga yang sama!

Kelebihan - lebih luas berbanding sedan

Sebagai sebuah SUV crossover, keutamaan paling utama adalah utiliti - di mana Mitsubishi Xpander memiliki kelebihan berbanding Honda City, Nissan Almera dan Toyota Vios.

Walaupun Mitsubishi tidak mendedahkan kapasiti ruangan but belakang dengan semua tempat duduk menegak, mereka mengesahkan bahawa dengan kedua-dua kerusi baris kedua dan ketiga dilipat, Xpander mempunyai 1,630 liter kapasiti ruang but. Sedan segmen B lain memang tak boleh lawan.

Tak cukup dengan itu, Mitsubishi meningkatkan aspek praktikaliti ruang penyimpanan yang banyak pada Mitsubishi Xpander.

Sebagai tambahan kepada pemegang cawan dan ruang cubby yang biasa, Xpander juga menawarkan ruang simpanan di bawah tempat duduk penumpang depan serta lantai but dua tingkat. Hal ini merupakan fungsi yang berguna untuk mengelakkan kejadian pecah cermin.

Kelebihan - tinggi adalah keyakinan

Mitsubishi Xpander 2020 mempunyai jarak kelegaan tanah setinggi 205 mm. Sebagai sebuah crossover, jarak kelegaan yang tinggi sesuai untuk negara yang selalu dilanda banjir kilat dan mampu meredah muka bumi yang tidak rata.

Kelebihan tempat duduk yang tinggi juga memberikan jarak penglihatan yang bagus untuk pandangan pemandu. Tinggi adalah keyakinan.

Sesetengah SUV terlalu tinggi tetapi tidak pada Mitsubishi Xpander 2020. Sebagai perbandingan, Mitsubishi Xpander mempunyai jarak kelegaan yang cukup-cukup sesuai pada 205 mm, Honda BR-V dengan 200 mm dan Perodua Aruz pada 230 mm. Ikuti perbandingan dimensi yang lebih mendalam di sini.

Kelebihan - 7 tempat duduk jika diperlukan

Kebanyakan pembeli terpisah dalam 2 golongan. Yang memerlukan lebih 5 tempat duduk dan yang memerlukan kurang 5 tempat duduk. Jika anda tergolong dalam golongan pertama dan berminat dengan Mitsubishi Xpander 2020, hapuskan keraguan anda dengan menyertai kumpulan peminat kereta Wapcar - BM.

Walaubagaimanapun, jika anda terdiri dari golongan kedua, anda harus tahu bahawa tempat duduk belakang boleh dilipat justeru memberikan anda lebih ruangan but belakang. Lebih baik dari SUV lain!

Jika diperlukan, tempat duduk baris ketiga mampu memuatkan orang dewasa biasa. Mitsubishi Xpander 2020 menawarkan ruang kaki yang lebih luas dengan sokongan bawah peha berbanding pesaing segmen B secara keseluruhan.

Anda membeli kereta untuk jangka masa panjang. Tentu ada suatu masa nanti anda akan memerlukan 2 tempat duduk baris ketiga tersebut. Sebelum menyesal, apa kata pertimbangkan dulu?

Kelebihan - Android Auto dan Apple Carplay

Pemanduan bersama-sama keluarga perlu disertakan dengan hiburan yang bagus, barulah seronok. Oleh hal yang demikian, Mitsubishi Xpander 2020 hadir dengan skrin infotainment 9 inci dengan fungsi Android Auto dan Apple Carplay.

Inilah skrin infotainment paling besar dengan 9 inci berbanding Honda City (8 inci) dan Nissan Almera Turbo (8 inci). Kalau nak dibandingkan dengan MPV lain pula, hanya fungsi Mirrorlink saja ditawarkan dengan saiz yang lebih kecil.

Untuk keseronokan hiburan anda, Mitsubishi turut menggunakan peredam bunyi yang baik pada bahagian bumbung. Kenderaan yang dipenuhi dengan peredam bunyi macam ni hanya dijumpai pada kereta mewah sahaja tapi Mitsubishi Xpander bagi pada anda untuk harga bawah RM 100,000!

Kekurangan - Ciri keselamatan

Nak tak nak, kita perlu cerita juga mengenai kekurangan Mitsubishi Xpander 2020 ini. Satu-satunya kekurangan Mitsubishi Xpander adalah beg udara yang dibekalkan hanyalah sekadar 2 sahaja. 

Honda City dan Nissan Almera Turbo mempunyai 6 beg udara manakala Toyota Vios menang dengan 7 beg udara. 

Selain itu, tiada amaran titik buta atau brek kecemasan automatik pada Mitsubishi Xpander.

Mitsubishi Xpander mengatasi isu ini dengan dashcam terbina dalam dan kamera 360 darjah. Sekurang-kurangnya, tuntutan insurans kemalangan akan jadi lebih mudah dengan rakaman dashcam.

Kekurangan - Tak laju sangat

Mitsubishi Xpander hanya mempunyai 105 PS kuasa kuda berbanding Honda City dengan 121 PS kuasa kuda dan Toyota Vios 107 PS. Honda BR-V turut lebih berkuasa dengan 120 PS kuasa kuda.

Laju membunuh, oleh itu, untuk sebuah kenderaan keluarga, Mitsubishi Xpander menggunakan pendekatan lain dalam aspek kuasa.

Mitsubishi Xpander mempunyai tork yang agak tinggi dalam kelasnya iaitu 141 Nm tork. Baca ulasan lanjut kami mengenai enjin MIVEC ini. Dalam sebuah kenderaan keluarga, tork lebih penting kerana muatan yang lebih banyak berbanding kuasa kuda. Anda setuju? 

Kekurangan - sedan lebih selesa dipandu

Dimensi Mitsubishi Xpander yang merupakan kelebihannya juga sebahagian daripada kekurangannya. Ketinggian Mitsubishi Xpander mempengaruhi keselesaan pemanduan secara keseluruhan.

Lebih tinggi bermaksud titik keseimbangan graviti juga tinggi. Titik graviti yang tinggi menyebabkan kenderaan lebih mudah oleng (body roll). Sedan mempunyai titik graviti yang rendah dan lebih yakin dalam mengambil selekoh.

Kesimpulan

Sebagai seorang yang suka menghabiskan masa dengan keluarga, Mitsubishi Xpander lebih sesuai untuk jangkamasa panjang. Ia memberikan pulangan yang lebih baik untuk duit yang anda bayar pada harganya berbanding sebuah sedan.

Mitsubishi menegaskan bahawa Xpander adalah sebuah model crossover. Dalam pengalaman pemanduan kami, crossover selalunya lebih memuaskan dalam memenuhi pelbagai keperluan.

Kajian mendapati bahawa rakyat Malaysia gemar menggunakan 1 kenderaan yang tahan lasak untuk pelbagai tujuan. Waktu susah, nak mula berniaga boleh guna, pergi kedai perabot nak masukkan dalam kereta boleh dan jika nak bawa keluarga besar pun boleh. Serba boleh.

Namun jika anda masih berjiwa muda, bujang mahu hidup sendiri dan suka bergaya, tidak salah untuk memilih sebuah sedan segmen B. Pilihan yang lebih matang masih lagi Mitsubishi Xpander.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Mitsubishi Xpander

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

Test Driving & Buying A Mitsubishi From My Home!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 Review in Malaysia, See Why I Prefer It Over the BR-V & Rush!!

2020 Mitsubishi Xpander Facelift Closer Look in Malaysia, The Highest Spec in ASEAN!

Top 5 New SUVs Coming to Malaysia, Kia Seltos, Nissan Kicks, Toyota RAV4, Xpander & GLA | WapCar

Closer Look: 2020 Mitsubishi Xpander, Super Practical 7-Seater SUV!

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Mitsubishi Xpander
Cek Lebih