Mercedes-Benz E-Class W212 - kini serendah RM 130k, baloi tak angkat 'second hand'?

Setiap insan mempunyai impian untuk mencapai sesuatu di dalam hidupnya. Kebiasaannya, rumah besar dan kereta mewah menjadi penanda aras untuk sesuatu kejayaan. Bercakap mengenai kereta, kita sering bermula dari bawah melalui kereta tempatan seperti Proton Saga, Perodua Axia atau kereta buatan Jepun.

Perkara ini menimbulkan persoalan apabila mereka hendak menaik taraf kepada kereta kontinental seperti Mercedes-Benz. Hal ini disebabkan oleh stigma masyarakat yang berpendapat bahawa kereta Eropah mudah meragam dan tidak tahan lama berbanding kereta buatan Jepun.

Imej: dreamstime

Secara umumnya, ia sememangnya benar tetapi sesetengah model seperti Mercedes-Benz E-Class tidaklah seperti yang disangka. Perkara ini dibuktikan apabila ia digunakan sebagai teksi di beberapa buah negara.

Apa beza kereta mewah dengan kereta biasa?

Secara umumnya, kereta mewah mempunyai kualiti yang lebih tinggi dengan perincian yang lebih mendalam. Sebagai permulaan, berat kunci kereta itu sendiri terasa lebih sedap dengan bahan yang lebih berkualiti.

Apabila anda membuka atau menutup pintu kereta dari luar atau dalam, bunyi dan maklum balas yang dirasai juga lebih memuaskan daripada kereta biasa.

Atas: Kabin sebelum facelift, Bawah: Kabin facelift

Masuk sahaja ke dalam, anda akan disajikan dengan kemasan yang lebih berkualiti dan lebih solid. Malah kukuh seperti batu. Tidak percaya? Cuba anda sentuh atau goncangkan mana-mana bahagian.

Atas: Penampilan sebelum facelift, Bawah: Penampilan facelift

Selain itu, terdapat beberapa gadjet elektronik dan teknologi yang boleh buat anda terpukau sekiranya anda bandingkan dengan kereta buatan Jepun.

Dalam banyak-banyak model Mercedes, kenapa E-Class?

Jenama Mercedes sering menjadi idaman ramai kerana ia kelihatan cukup mahal dan berkelas. Untuk maklumat anda, E-Class adalah model teras untuk Mercedes-Benz. Model teras seperti ini mewakili imej sesebuah jenama. Maka itu, ia diibarat seperti sebuah Mercedes-Benz yang sebenar kerana ia dibina dengan perincian yang cukup mendalam tetapi masih mengekalkan harga yang munasabah untuk menginspirasikan pembeli tidak mengira darjat dan pangkat.

Melewati zaman dahulu sampai sekarang, tiada apa yang lebih hangat diperkatakan daripada E-Class generasi W212. Generasi W212 menampilkan legenda Mercedes mata belalang dalam bentuk yang paling cun dan sporty.

Perbandingan dengan model facelift di sebelah kanan

Pada masa yang sama, model facelift pada pertengahan hayatnya menampilkan wajah yang cukup moden. Malah sehingga kini, ia masih kelihatan segar dan baharu. Maka itu, tidak hairanlah sekiranya pemilik Toyota Camry atau Honda Accord menaik taraf kepada segmen premium seperti E-Class W212.

Isu dan permasalahan

Secara umumnya, E-Class W212 mempunyai jangka hayat yang baik untuk sebuah kereta kontinental. Namun begitu, ia bukanlah tanpa sebarang permasalahan. Kami merujuk kepada pemilik AutoRaco Bandar Tun Razak iaitu Encik Wai untuk mengetahui isu umum mengenai Mercedes E-Class W212.

Antara isu yang sering dihadapi oleh pemilik ialah kegagalan pam air (water pump). Sekiranya ia berlaku, cecair penyejuk (coolant) enjin akan melimpah keluar dari sistem penyejuk (radiator). Perkara ini mengakibatkan enjin overheat kerana suhu enjin tidak dikekalkan. Kos penukaran water pump dan komponen yang terlibat adalah sekitar RM 2,500.

Selain itu, terdapat isu kegagalan pengesan oxygen (o2 sensor) dimana ia akan menaikkan simbol 'check engine light'. Kos penukaran oxygen sensor ini adalah sekitar RM 650.

Pada masa yang sama, kegagalan pengesan mass air flow (mass air flow sensor) juga boleh berlaku. Perkara ini turut menaikkan simbol check engine light. Namun begitu harga penukaraanya mencecah RM 3,000 kerana alat ganti yang original sahaja yang ada.

Antara isu lain pada E-Class W212 ialah kehausan engine mounting. Untuk maklumat anda, komponen ini digunakan untuk meletakkan tren kuasa ke rangka badan kereta. Ia juga berfungsi untuk menyerap gegaran tren kuasa daripada memasuki ke bahagian kabin. Kos penukaran mounting ini adalah sekitar RM 1,500.

Di samping itu, ramai pengguna melaporkan kegagalan bateri yang kedua iaitu auxiliary battery yang terletak di bahagian tayar ganti. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan kereta buatan Jerman mempunyai 2 bateri untuk menyokong peralatan elektronik. Untuk Mercedes, auto start-stop tidak akan berfungsi sekiranya bateri ini gagal. Kos penukaran bateri ini adalah sekitar RM 320.

Antara komponen lain yang boleh meragam ialah pengesan kelajuan roda (wheel speed sensor). Komponen ini berfungsi untuk mengawal sistem brek dan kestabilan kereta dengan mengira kelajuan putaran setiap roda. Anggaran kos penukaran adalah sekitar RM 300 untuk setiap roda.

Sebagai maklumat tambahan, enjin V6 aspirasi natural pada E300 sebelum facelift terkenal dengan isu kegagalan ECU dimana enjin tidak boleh dihidupkan atau mati secara tiba-tiba. Merujuk kepada pakar Mercedes-Benz di RCY Benz Glenmarie iaitu Encik Imzan, kos penukaran ECU yang baharu mencecah RM 10,000.

Bagaimana dengan kos servis?

Imej: mbdiagnose

Seperti kereta biasa, selang perbatuan untuk servis adalah setiap 10,000 km. Secara umumnya, kereta Jerman mempunyai susunan komponen yang lebih kompleks dan menggunakan lebih banyak bendalir berbanding kereta Jepun. Maka itu, kos penyelenggaraan adalah sedikit tinggi. Sebagai contoh, setiap servis yang biasa adalah sekitar RM 550.

Imej: cartisan

Servis kotak gearbox pula berada dalam lingkungan RM 1000. Untuk servis penyaman udara, ia masih sama seperti kereta buatan Jepun dimana ia berharga sekitar RM 250. Begitu juga dengan kos penukaran spark plug dimana ia berharga lebih kurang RM 65 untuk sebatang. Penukaran pad brek (brake pad) pula adalah sekitar RM 380 untuk hadapan dan RM 280 untuk belakang.

Model tahun manakah yang baik?

Kami menyarankan pembeli untuk memilik model facelift dimana ia dikeluarkan sebagai model tahun 2014. Untuk maklumat anda, projek facelift E-Class W212 ketika itu adalah yang termahal dalam sejarah syarikat Mercedes-Benz.

Di samping itu, W212 facelift menggunakan enjin 2.0L turbo yang lebih baik berkuasa, menjimatkan minyak, dan kurang bermasalah berbanding enjin 1.8 CGI yang terdahulu. Enjin ini turut dipadankan dengan transmisi automatik 7 kelajuan berbanding 5 kelajuan pada enjin yang terdahulu.

Menjadi model facelift juga, kebanyakan isu pada keluaran awal berkemungkinan telah dipulihkan.

Tinjauan pasaran terpakai

Berdasarkan pakej keseluruhan, E250 Avantgarde tahun 2014 boleh dimiliki serendah RM 130,000. Model ini memiliki kelengkapan mewah yang mencukupi seperti kamera 360-darjah, brek kecemasan automatik (AEB), sistem parkir automatik (Auto Park Assist), bumbung suria panorama, pintu but elektronik, lampu persekitaran (ambient lighting) dan pelindung matahari untuk penumpang belakang (rear sunshade).

Sekiranya anda mahukan penampilan yang lebih sporty, E250 AMG Edition E tahun 2015 boleh dimiliki sekitar RM 165,000.

Menariknya, E250 AMG β€œrecond” hadir dengan sistem bantuan keselamatan dan pemanduan automatik ADAS. Sistem ini merangkumi brek kecemasan automatik (AEB), kawalan pelayaran adaptif (ACC), Lane Keep Assist (LKA), dan amaran titik buta (BSM).

Pada masa yang sama, model yang diimport dari Jepun ini mempunyai ciri pemanas kerusi untuk melegakan badan anda ketika anda kesejukan. Sekiranya anda berminat, E250 AMG recond Jepun tahun 2013 boleh dimiliki serendah RM 130,000.

Sekiranya anda mahukan enjin V6 yang sinonim dengan bunyi dan watak yang lebih premium, E400 AMG Line boleh dimiliki sekitar RM 145,000. Menariknya, varian ini didatangkan dengan sistem hiburan untuk penumpang belakang dan trim kayu pada bahagian stereng.

Model Harga baru Harga terpakai Purata penurunan harga tahunan
E250 Avantgarde (2014) RM 405,888 RM 130,000 11.3 %
E250 Edition E (2015) RM 403,888 RM 165,000 11.8 %
E250 AMG recond (2013) ~RM415,000 RM 130,000 9.8 %
E400 AMG (2014) RM 493,888 RM 145,000 11.8 %

Secara umumnya, adalah lebih baik untuk anda membuat pembelian terus daripada pemilik untuk mengurangkan cas tambahan serta terlindung daripada sebarang penipuan terhadap perbatuan (mileage).

Pada masa yang sama, harga yang tertera dalam laman sesawang jualan kebiasaannya belum muktamad. Anda mungkin perlu menambah sejumlah wang untuk membayar beberapa cas tambahan yang diperlukan untuk menyerahkan hak milik kepada anda sepenuhnya.

Apa yang harus diteliti?

Secara keseluruhan, E-Class W212 mempunyai badan yang agak rendah (lowered). Untuk pengetahuan anda, Mercedes pada ketika itu lebih mengutamakan pengendalian untuk mencabar BMW 5 Series. Maka itu, mereka merendahkan kereta untuk pengendalian yang lebih stabil dan cekap. Malangnya, bahagian perut kereta sering tersagat apabila melalui bonggol.

Perkara ini tidak dibantu sama sekali oleh watak suspensi yang melompat secara keterlaluan. Hal ini lebih ketara apabila kereta dipenuhi oleh penumpang. Oleh itu, kami sarankan anda untuk menguji pandu dan lalui bonggol secara bersahaja untuk mengetahui sama ada anda boleh terima dengan isu sagat ini.

Imej: teamspeed

Seperti kenderaan terpakai yang lain, anda boleh memeriksa kali terakhir servis dilakukan untuk mengetahui rekod penyelenggaraan dengan lebih terperinci seperti minyak hitam, minyak gearbox, cecair radiator, dan minyak brek.

Di samping itu, adalah wajar untuk anda memeriksa latar belakang sama ada kereta tersebut pernah mengalami kerosakan banjir atau sebarang kemalangan.

Konklusi

Walaupun berada pada generasi terdahulu, E-Class W212 masih terasa baharu kerana ia mempunyai perincian yang moden dan berteknologi tinggi. Ditambah pula dengan harga yang kini jauh lebih murah, ia boleh menjadi satu pembelian yang berbaloi untuk anda yang ingin menaik taraf tanpa berbelanja terlalu besar untuk sebuah kereta mewah eksekutif. 

Di samping itu, ramai pihak berpendapat bahawa ia adalah E-Class terakhir yang memberikan keselesaan sebenar kerana generasi kini iaitu W213 agak keliru dengan identitinya.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Mercedes-Benz E-Class

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2022 Mercedes-Benz E200 Review in Malaysia, Should You Top Up RM50k for the AMG Line?

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for β€˜Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and β€˜Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. β€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Mercedes-Benz E-Class
Cek Lebih