Di antara tiga varian yang dilancarkan, varian V muncul sebagai varian paling popular. Lebih separuh daripada tempahan unit Honda City 2020 adalah varian ini dengan angka sebanyak 54% daripada keseluruhan tempahan.
Sejak dilancarkan, Honda City 2020 menerima permintaan tinggi dari pelanggan di wilayah Tengah yang menyumbang jumlah tempahan tertinggi sebanyak 44%, diikuti oleh wilayah Utara sebanyak 22% dan wilayah Selatan pada 19%.
Satu lagi perkara yang menarik adalah warna putih jadi pilihan utama. Warna Platinum White Pearl menjadi kegemaran di kalangan pelanggan, mewakili 28% dari keseluruhan penjualan untuk Honda City 2020.
Honda City 2020 varian V dilengkapi dengan Paddle Shift untuk pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dengan kemasan dalaman kulit, fungsi menarik seperti fungsi Penghidup Enjin Jarak Jauh, skrin infotainment paparan 8 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Dari segi keselamatan, varian V dilengkapi dengan 6 beg udara dan Honda LaneWatch. Ciri keselamatan standard lain termasuk VSA, ABS dengan EBD, BA, ESS, HSA, dan Peringatan Tali Pinggang Keledar belakang. Sementara itu, Sensor Belakang dan Kamera Belakang Pelbagai Sudut juga ditawarkan dalam varian V dan E.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}