window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Akhirnya KTM tayang RC390 2022 secara rasmi, harga masih rahsia!

Khairil ยท Sep 2, 2021 01:00 PM

Akhirnya KTM tayang RC390 2022 secara rasmi, harga masih rahsia! 01

KTM akhirnya menayangkan jentera 'Sportbike' terbaharunya, RC390 2022 secara rasmi, beberapa bulan selepas imej model berkenaan tertiris secara 'render' mahupun 'spyshot' ketika tunggang uji.

Sebagai model generasi baharu, KTM RC390 2022 menjadi antara model paling dinantikan peminat berikutan ia mengharungi pelbagai perubahan bukan saja daripada sudut reka bentuk, malah aspek mekanikal dan elektronik.

Juga baca: KTM RC 8C Edisi Terhad dilancar. 'Sportbike' khas untuk litar lumba, cuma 100 unit!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Akhirnya KTM tayang RC390 2022 secara rasmi, harga masih rahsia! 01

Didakwa KTM dicipta dengan kebolehan untuk 'menawan' litar lumba, asas kepada motosikal berkenaan adalah ia jauh lebih ringan berbanding model sebelum ini dan lebih mirip 'Sportbike' sejati.

Akhirnya KTM tayang RC390 2022 secara rasmi, harga masih rahsia! 02

Tidak lagi datang dengan rekaan depan yang agak pelik, KTM RC390 2022 kini tampil dengan 'fairing' penuh dengan lampu utama tunggal menggunakan LED.

Juga baca: KTM 200 Duke 2021 dilancarkan di Malaysia - 26 hp, 6 gear, harga runcit RM 12,888!

Akhirnya KTM tayang RC390 2022 secara rasmi, harga masih rahsia! 03

Selain lebih 'sedap' dipandang, rekaan baharu itu didakwa KTM menjadikan model berkenaan lebih aerodinamik dan menariknya, ia diperoleh daripada input yang diambil daripada pasukan KTM yang bersaing di MotoGP.

Akhirnya KTM tayang RC390 2022 secara rasmi, harga masih rahsia! 04

Menerusi penggunaan kerangka baharu, ia mengurangkan berat KTM RC390 2022 kepada 1.5 kg dan penggunaan rim baharu - diinspirasi daripada jentera Moto3 KTM - juga mengurangkan berat sehingga 3.4 kg.

Juga baca: Tak sampai 5 minit, kesemua 100 unit KTM RC 8C habis ‘disambar’!

Akhirnya KTM tayang RC390 2022 secara rasmi, harga masih rahsia! 05

Malah menerusi penggunaan sistem brek ByBre turut berjaya mengurangkan berat kira-kira 1 kg berbanding model sebelumnya.

Sistem suspensi juga dinaik taraf menerusi penggunaan fork jenis terbalik (USD) daripada jenama WP Apex dan penyerap hentakan belakang juga daripada WP Apex boleh laras.

Akhirnya KTM tayang RC390 2022 secara rasmi, harga masih rahsia! 06

Selain itu, KTM RC390 2022 turut mendapat sentuhan MotoGP menerusi pilihan warna (2 pilihan) dan corak grafik yang ditampilkan.

Trenkuasa menggunakan enjin bersesaran 373 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, 4 Lejang yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan lengkap dengan 'quick-shifter' dan 'slipper clutch'. 

Akhirnya KTM tayang RC390 2022 secara rasmi, harga masih rahsia! 07

Kuasa yang dihasilkan ialah 44 Hp dan tork 37 Nm. Angka tork lebih tinggi berbanding model sebelum ini (34.9 Nm) menerusi penggunaan kotak udara lebih besar. Justeru menurut KTM, kelajuan maksimum model ini meningkat 11 km/j. Selain itu, isu membabitkan kepanasan enjin juga diperbaiki lantas memberikan tunggangan lebih selesa.

Juga baca: KTM 1290 Super Adventure S 2021 rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 132.8k!

Akhirnya KTM tayang RC390 2022 secara rasmi, harga masih rahsia! 08

Menurut KTM, RC390 2022 akan menjadi salah satu model Sportbike aras mula yang mempunyai teknologi paling canggih di pasaran. Antara teknologi canggih yang dipadankan - yang kebiasaan hanya ada pada jentera berkuasa tinggi - adalah seperti kluster meter TFT berwarna penuh dengan sambungan Bluetooth, SUPERMOTO ABS, Lean angle sensitive Cornering ABS, Cornering MTC (Kawalan traksi) dan opsyen tambahan Quickshifter+.

Akhirnya KTM tayang RC390 2022 secara rasmi, harga masih rahsia! 09

KTM RC390 2022 dijangka akan mula berada di bilik pameran pengedar KTM Eropah pada Mac tahun depan namun informasi yang paling dinantikan iaitu harganya, masih belum ditentukan.


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda