Susah untuk menafikan motosikal terbaharu buatan syarikat pengeluar motosikal China, Benda sememangnya sarat dengan tarikan. Untuk yang gemarkan jentera bergaya 'naked', Benda menawarkan model LFS700 Tang Knife.
Juga baca: Benda LFC700 dilancar di China, enjin 4 Silinder Sebaris, harga bermula RM 24,958!
Seperti model kruiser LFC700 yang berjaya mengejutkan ramai pengkritik, rekaan LFS700 Tang Knife juga boleh ditakrifkan sebagai 'super moden' atau futuristik namun tidaklah begitu keterlaluan.
Sekalipun mengaplikasi rekaan neo-retro yang tampak radikal dengan garisan tajam dan maskular di bahagian panel badan, ia sememangnya cukup berbeza dengan motosikal yang biasa dilihat di jalanan sebelum ini namun sedap mata memandang dan 'kacak'.
Menambah tarikan LFS700 Tang Knife selain reka bentuk yang berinovasi, ia turut dilengkapkan dengan spesifikasi dianggap premium.
Juga baca: 'Ganas' betul harga Benelli 1200GT 2021 di China, separuh daripada BMW R 1250 RT!
Menggunakan trenkuasa bersesaran 680 cc, 4 Silinder Sebaris, sama seperti trenkuasa LFC700, kuasa yang dihasilkan iaitu 94 Hp boleh dianggap sebagai cukup baik.
Dan tidak salah juga untuk menyatakan ia setaraf dengan pesaingnya terutama Honda CB650R dari sudut prestasi.
Enjin itu kemudian dipadankan dengan sistem transmisi 6 kelajuan manual yang turut lengkap dengan klac 'Slipper-assist'.
Juga baca: QJ Motor lancar Chase 700, jentera 'Naked' streetfighter bersesaran 700 cc!
Antara komponen premium yang turut dipadankan kepada Benda LFS700 Tang Knife ialah dari sudut suspensi. Ia menggunakan fork jenis terbalik (USD) dengan monoshock boleh laras di bahagian belakang.
Di bahagian roda, sistem henti menggunakan brek cakera berganda di bahagian depan dan cakera tunggal di bahagian belakang dari jenama cukup popular, Brembo.
Ia kemudian dimantapkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di kedua-dua roda.
Seperti motosikal moden lain, Benda LFS700 Tang Knife menggunakan sistem lampu penuh LED dan paparan panel meter TFT berwarna penuh.
Untuk persoalan utama iaitu mengenai harganya, Benda LFS700 Tang Knife dilancarkan pada harga CNY 38,800 (RM 25,110) di pasaran China.
Dan berdasarkan kepada reka bentuk, gaya, spesikasi, tidak dapat dinafikan yang motosikal ini mampu menjadi pencabar dalam segmen berkenaan jika dilancarkan di pasaran global termasuk Malaysia jika kena dengan caranya.
Sumber: Visordown
Komen