window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Ganas' betul harga Benelli 1200GT 2021 di China, separuh daripada BMW R 1250 RT!

Khairil ยท Jun 22, 2021 10:00 AM

'Ganas' betul harga Benelli 1200GT 2021 di China, separuh daripada BMW R 1250 RT! 01

Jenama Itali milik China, Benelli mempertontonkan jentera touring paling berkuasanya, Benelli 1200GT di pasaran negara Tembok Besar itu dengan harga yang didakwa cukup kompetitif berbanding pesaingnya dalam segmen berkenaan.

Juga baca: QJ Motor lancar Chase 700, jentera 'Naked' streetfighter bersesaran 700 cc!

Ia adalah motosikal touring berkapasiti paling besar dikeluarkan Benelli sejak ia diambil alih oleh syarikat China, Kumpulan Qianjiang atau QJ Motor pada 2005.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

'Ganas' betul harga Benelli 1200GT 2021 di China, separuh daripada BMW R 1250 RT! 01

Sekalipun sudah dipertontonkan secara prototaip dari tahun lalu, ia dikatakan sudah menjalani beberapa perubahan bagi versi produksi Bersama dengan harga dikatakan, ¥ 99,800 iaitu kira-kira RM 64,024 mengikut kadar tukaran semasa, mengikut laporan motorcycles.news.

Juga baca: Benelli 752S 2021 tiba di Malaysia, harga ditawarkan RM 37,888

Sebagai perbandingan, motosikal dalam segmen sama dan boleh dikatakan hampir dari sudut sesaran enjin iaitu BMW R 1250 RT 2021 dijual pada harga ¥ 285,900 (RM 183,393) di China. Di Malaysia, ia dijual pada harga bermula RM RM 142,500.

Kuasa mengagumkan

'Ganas' betul harga Benelli 1200GT 2021 di China, separuh daripada BMW R 1250 RT! 02

Dari sudut trenkusa, Benelli 1200 GT dijana enjin bersesaran 1,200 cc, 3 Silinder Sebaris yang dikatakan evolusi daripada enjin 898 cc Tornado Tre selain enjin 1,130 cc yang digunakan TNT 1130 R.

Kuasa yang dihamburkan Benelli 1200 GT ini mengagumkan iaitu 134 Hp pada 9,000 rpm dengan tork puncak 120 Nm pada 6,500 rpm. Dengan berat lebih 300 kg, jentera ini boleh mencapai kelajuan lebih 200 kmj.

'Ganas' betul harga Benelli 1200GT 2021 di China, separuh daripada BMW R 1250 RT! 03

Ketika ini, Benelli 1200 GT menjadi motosikal dari jenama berkenaan paling berkuasa di pasaran China sehingga pencabarnya dari negara sama, CFMoto 1250 TR-G dilancarkan.

Juga baca: CFMoto 700CL-X tiba di Malaysia tahun ini?

Seperti Qianjiang, jentera dari CFMoto akan menggunakan trenkuasa yang 'diceduk' dari rakan kongsinya, KTM LC8 v-twin.

Guna panel meter TFT 15 inci

'Ganas' betul harga Benelli 1200GT 2021 di China, separuh daripada BMW R 1250 RT! 04

Tidak seperti model prototaip yang dipamerkan tahun lalu yang menggunakan gabungan panel meter analog dan digital, model produksi Benelli 1200 GT akan menggunakan panel meter bersaiz 15 inci TFT berwarna.

Seperti motosikal moden lain, konsol meter berkenaan juga akan memaparkan pelbagai jenis informasi termasuk tahap tekanan tayar, navigasi selain perkakasan elektronik canggih seperti kamera depan dan belakang.

'Ganas' betul harga Benelli 1200GT 2021 di China, separuh daripada BMW R 1250 RT! 05

Ciri-ciri lain adalah seperti cermin penghadang angin eletrik, cermin sisi yang boleh dilipat, fork USD, monoshock belakang boleh laras dan brek dari Brembo.

Di Malaysia, jenama Benelli diedarkan oleh MForce Bike Holding dengan model kembara popular, TRK 502x menjadi model paling berkuasa jenama itu setakat ini. Jadi adakah Benelli 1200 GT akan tiba ke pasaran tempatan? Ada kemungkinan namun setakat ini, kita tunggu dan lihat.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda