window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Giliran Renault umum had laju 180 km/j, mula dengan Renault Megane elektrik pada 160 km/j sahaja!

Haris ยท Apr 26, 2021 11:59 AM

Giliran Renault umum had laju 180 km/j, mula dengan Renault Megane elektrik pada 160 km/j sahaja! 01

Model terbaru Renault dan Dacia diumumkan akan dihadkan kelajuan kepada 180 km/j sahaja. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Luca de Meo, semua kenderaan yang dihasilkan oleh Renault dan Dacia secara progresif akan dihadkan kepada 180 km/j sahaja, mulai tahun depan.

Giliran Renault umum had laju 180 km/j, mula dengan Renault Megane elektrik pada 160 km/j sahaja! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Kelajuan kenderaan kami akan dihadkan dan tidak akan melebihi 180 km/j, sama ada model Renault atau Dacia", kata Luca de Meo. Beliau turut menegaskan bahawa "kelajuan adalah punca dari satu pertiga kemalangan maut". 

Giliran Renault umum had laju 180 km/j, mula dengan Renault Megane elektrik pada 160 km/j sahaja! 01

Alpine A110 di Malaysia

Walaubagaimanapun, sebuah lagi jenama di bawah naungan Renault yang sinonim dengan prestasi iaitu Alpine tidak dinyatakan oleh beliau, sekaligus memberi tanggapan awal bahawa ia tidak terkesan dengan pengumuman tersebut.

Giliran Renault umum had laju 180 km/j, mula dengan Renault Megane elektrik pada 160 km/j sahaja! 02

Konsep Renault Megane eVision

Model pertama yang akan menerima tetapan had laju ini adalah Renault Mégane elektrik generasi baharu, yang dijangkakan akan tiba pada tahun 2022. Menurut Luca, secara teknikalnya fungsi Cruise Control sahaja akan dihadkan pada 160 km/j.

Giliran Renault umum had laju 180 km/j, mula dengan Renault Megane elektrik pada 160 km/j sahaja! 03

Sistem pengehad kelajuan yang diintegrasikan dengan sistem keselamatan dipanggil “safety coach” bakal akan melaraskan kelajuan pada keadaan yang dianggap berbahaya, seperti bulatan dan selekoh, serta bergantung pada had laju setempat.

"Kenderaan kami akan dilengkapi dengan pengehad kelajuan automatik ini dari kilang, ia akan menyesuaikan kelajuan yang sesuai dengan papan tanda dan data geolokasi," kata Luca de Meo.

Giliran Renault umum had laju 180 km/j, mula dengan Renault Megane elektrik pada 160 km/j sahaja! 04

Pengenalan “safety coach” pada model Renault ini menyaksikan sebuah lagi jenama Eropah mengikut jejak langkah Volvo yang turut memperkenalkan had laju 180 km/j pada kesemua modelnya sejak tahun 2019.

Sumber: Careta, Les Echos

Bacaan Lanjut:

Semua kereta Volvo Malaysia (kecuali S90) dihadkan kelajuan sehingga 180 km/j sahaja!

Volvo S90 Recharge T8 2021 dilancarkan - dari RM 339k, had laju maksima terhad 180 km/j

Alpine A110 dipertontonkan di Malaysia - 1.8L Turbo, 252 PS, DCT 7-kelajuan. Berminat?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda