window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely cadang beli unit pembangunan enjin Renault - konvensional, hibrid dan PHEV sekaligus!

Haris ยท Sep 7, 2022 02:00 PM

Geely cadang beli unit pembangunan enjin Renault - konvensional, hibrid dan PHEV sekaligus! 01

Geely Group, gergasi automotif yang memiliki pegangan dalam Volvo Cars dari Sweden, pengeluar kereta sukan British Lotus, pengeluar kereta nasional Proton dan pemegang saham Mercedes dilaporkan akan menambah satu lagi pegangan dalam syarikat automotif, kali ini Renault.

Laporan daripada Reuters mendedahkan bahawa Geely Group kini sedang merancang untuk mengambil alih unit bahagian pembangunan enjin konvensional Renault, selepas memperolehi 34.02% pegangan saham Renault Korea Motors pada tahun lepas.

Walaubagaimanapun, rakan kongsi Renault, pengeluar kereta Jepun Nissan tidak bercadang untuk mengambil bahagian dalam unit enjin tersebut menurut sumber.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely cadang beli unit pembangunan enjin Renault - konvensional, hibrid dan PHEV sekaligus! 01

Renault membahagikan unit pembangunan enjin kepada 2 bahagian - yang pertama digelar 'Horse' untuk unit enjin pembakaran dalaman konvensional (ICE), enjin hibrid dan enjin hibrid jenis PHEV. 

Unit untuk pembangunan enjin (atau motor) dan trenkuasa yang melibatkan elektrifikasi dinamakan 'Ampere'.

Geely cadang beli unit pembangunan enjin Renault - konvensional, hibrid dan PHEV sekaligus! 02

Geely Group dikatakan berminat untuk membeli bahagian dalam unit 'Horse' dengan Renault memegang 40% kepentingan dalam unit tersebut, manakala Geely juga akan memegang 40% dan sebuah syarikat minyak memegang baki 20%.

Baca: Geely memperoleh 34% saham daripada Renault Korea Motors, hibrid berasaskan CMA baru bakal tiba

Geely cadang beli unit pembangunan enjin Renault - konvensional, hibrid dan PHEV sekaligus! 03

Renault Group meliputi Renault, Alpine dan Dacia

Perancangan ini tidak termasuk Nissan namun terdapat cadangan daripada Renault untuk Nissan mengambil pegangan dalam perjanjian itu namun masih belum dimuktamadkan

Renault berharap supaya dapat membebaskan dana untuk melabur semula keuntungan ke dalam pembangunan model elektrik, teknologi yang dipelopori oleh Nissan dan Mitsubishi bersama-sama.

Geely cadang beli unit pembangunan enjin Renault - konvensional, hibrid dan PHEV sekaligus! 04

Ditambah dengan trend terkini di Eropah yang cenderung ke arah elektrifikasi serta penglibatan sebuah syarikat minyak terkemuka, tawaran untuk membeli unit bahagian enjin konvensional Renault ini mungkin sukar untuk ditolak.

Syarikat pengeluar minyak tersebut juga dilaporkan berminat untuk bekerjasama bagi menghasilkan alternatif minyak yang lebih mesra alam dalam bentuk bahan api sintetik.

Baca: Kereta & satelit sudah; kini Geely memasuki arena telefon pintar dengan membeli Meizu daripada Alibaba

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda