window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jual 'smartphone' tak cukup untung, Xiaomi nak buat kereta elektrik (EV)

Zamil Syaheer ยท Mar 30, 2021 02:00 PM

Jual 'smartphone' tak cukup untung, Xiaomi nak buat kereta elektrik (EV) 01

Xiaomi, salah satu pembuat telefon pintar terbesar di dunia, merancang untuk membuat kenderaan elektrik menggunakan kilang Great Wall Motor.

Xiaomi dan Great Wall Motors belum mengumumkan kerjasama itu, tetapi Reuters telah melaporkan mengenai rancangan itu pada hari Jumaat yang lalu. Sejak itu, harga saham Xiaomi telah meningkat lebih dari 9%.

Jual 'smartphone' tak cukup untung, Xiaomi nak buat kereta elektrik (EV) 02

Ora Good Cat, kereta EV dari Great Wall Motors.

Xiaomi EV akan disasarkan ke pasaran massa, sesuai dengan kedudukan produk elektroniknya. Di samping telefon pintar, Xiaomi juga membuat berpuluh-puluh peranti yang bersambung ke internet termasuk skuter, pembersih udara dan periuk nasi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rancangan untuk EV hadir ketika Xiaomi sedang mencari cara untuk mempelbagaikan aliran pendapatannya.

Juga baca: Ora Good Cat dipertonton di Thailand – hatchback EV berbentuk retro futuristik

Jual 'smartphone' tak cukup untung, Xiaomi nak buat kereta elektrik (EV) 01

Ora Good Cat di Pameran Motor Bangkok.

Sekiranya rancangan Xiaomi ini direalisasikan, ini merupakan kali pertama Great Wall Motors menawarkan perkhidmatan pembuatan kepada syarikat lain.Great Wall Motors menjual kereta EV mereka dibawah jenama Ora.

Juga baca: Spyshot: Ora Good Cat dikesan di Malaysia, akan dilancarkan di sini atau tak?

Jual 'smartphone' tak cukup untung, Xiaomi nak buat kereta elektrik (EV) 02

Kereta ke 10 juta oleh GWM.

Xiaomi mencari pengeluar kenderaan yang berpengalaman supaya dapat menggunakan kelebihannya sendiri dalam teknologi internet mudah alih. Dengan lebih daripada 10 juta kereta yang dihasilkan, Great Wall Motors adalah calon terbaik untuk aspirasi Xiaomi.

Jual 'smartphone' tak cukup untung, Xiaomi nak buat kereta elektrik (EV) 03

Sony Vision S - Bukan untuk dijual.

Xiaomi bukan satu-satunya syarikat elektronik yang ingin membina EV. Apple juga mempunyai rancangan untuk kereta elektriknya sendiri. Syarikat elektronik lain, Sony, telah mempersembahkan Sony Vision S, tetapi hanya untuk menunjukkan kemampuan teknologinya.

Sumber yang mengetahui hal ini juga melaporkan bahawa Xiaomi merancang untuk melancarkan EV pertamanya pada tahun 2023.

Juga baca: 

Geely bakal melaburkan RM 20.5 bilion untuk kilang bateri EV, Proton akan mendapat teknologi ini?

Kereta EV – tahap penerimaan di Indonesia paling tinggi, Malaysia di tangga ke-5 di Asia Tenggara!

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda