window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Skuter elektrik Honda U-GO dilancar di China, boleh capai jarak tunggangan 133 km!

Khairil · Aug 13, 2021 07:00 PM

Skuter elektrik Honda U-GO dilancar di China, boleh capai jarak tunggangan 133 km! 01

Honda memperkenalkan skuter elektrik dengan rekaan futuristik dan minimalis, Honda U-GO di pasaran China yang didakwa boleh mencapai jarak tunggangan sejauh 133 km untuk sekali pengecasan penuh.

Tetapi apa yang lebih menarik, sekalipun menggunakan lencana Honda, Honda U-GO yang tampil dengan dua varian datang dengan penawaran harga berpatutan iaitu bermula RM 4.9k.

Juga baca: BMW Motorrad lancar skuter elektrik CE04, rekaan futuristik, kuasa 42 Hp!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Skuter elektrik Honda U-GO dilancar di China, boleh capai jarak tunggangan 133 km! 01

Untuk varian Standard Honda U-GO, ia menggunakan motor elektrik berkuasa 1.2 kW yang mampu menghasilkan kuasa 1.8 Kw dengan kelajuan maksimum sekitar 53 km/j.

Skuter elektrik Honda U-GO dilancar di China, boleh capai jarak tunggangan 133 km! 02

Bagi varian Low Speed, ia digandingkan dengan motor elektrik berkuasa 800 W yang menghasilkan kuasa 1.2 kW. Kelajuan maksimum varian ini adalah 43 km/j.

Skuter elektrik Honda U-GO dilancar di China, boleh capai jarak tunggangan 133 km! 03

Kedua-dua varian menggunakan bateri lithium-ion 48 Volt 30 Ah yang boleh ditukar. Dengan pengecasan penuh, skuter ini boleh mencapai jarak 65 km tetapi dengan penggunaan dua bateri, jarak itu didakwa boleh digandakan kepada lebih 133 km.

Juga baca: Felo FW06, skuter elektrik 'jelmaan' Kymco F9 yang berteknologi, rekaan sporty moden!

Skuter elektrik Honda U-GO dilancar di China, boleh capai jarak tunggangan 133 km! 04

Skuter elektrik Honda U-GO dilancar di China, boleh capai jarak tunggangan 133 km! 05

Sekalipun pasaran skuter eletrik di negara Tembok Besar cukup meriah, harga yang ditawrkan Honda terhadap U-Go cukup berpatutan. Untuk varian Standard, ia dijual pada harga 7,999 yuan (RM 5,229) manakala varian Low-Speed 7,499 yuan (RM 4,902).

Skuter elektrik Honda U-GO dilancar di China, boleh capai jarak tunggangan 133 km! 06

Sekalipun datang dengan penawaran harga menarik, Honda U-GO seperti skuter elektrik lain turut dilengkapi dengan perkakasan moden seperti penggunaan lampu LED penuh termasuk lampu siang DRL, penggera anti-curi, panel kluster instrumen LCD dan slot pengecas USB.

Juga baca: Energica tiba di Singapura dengan 3 model, harganya 'wow'!

Skuter elektrik Honda U-GO dilancar di China, boleh capai jarak tunggangan 133 km! 07

Informasi lain mengenai Honda U-GO ialah ia mempunyai ketinggian pelana 740 mm, berat 83 kg, ruang simpanan bawah pelana 26 liter, rim 12 inci (depan) dan 10 inci (belakang).

Skuter elektrik Honda U-GO dilancar di China, boleh capai jarak tunggangan 133 km! 08

Dengan kelajuan sekitar 53 kmj, skuter U-GO begitupun dikatakan hanya sesuai untuk penggunaan di bandar dan selepas pasaran China, Honda berkemungkinan besar akan memperkenalkan model itu di pasaran lain namun tiada tarikh rasmi didedahkan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda