window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ada kelonggaran, OKU guna kenderaan PMA dibenarkan guna lintasan pejalan kaki

Khairil ยท Apr 28, 2022 11:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ada kelonggaran, OKU guna kenderaan PMA dibenarkan guna lintasan pejalan kaki 01

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata golongan itu boleh menggunakan kenderaan PMA di lintasan pejalan kaki di jalan raya namun hanya bagi tujuan melintas jalan.

"Terdapat sedikit kekeliruan mengenai pemahaman orang ramai terutama golongan OKU berkaitan peraturan penggunaan peralatan PMA," katanya dalam satu kenyataan.

Ada kelonggaran, OKU guna kenderaan PMA dibenarkan guna lintasan pejalan kaki 02

"Kenderaan mikromobiliti PMA secara umumnya adalah kenderaan yang direka bentuk dan dibina bagi kegunaan individu yang mempunyai masalah pergerakan dan khasnya untuk golongan OKU."

Ada kelonggaran, OKU guna kenderaan PMA dibenarkan guna lintasan pejalan kaki 03

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata peraturan itu dilaksanakan bagi mengelakkan kenderaan PMA disalah guna oleh individu yang sihat tubuh badan untuk menggunakan sewenang-wenangnya di atas jalan.

Juga baca: Dah tiba masa, lesen bakal diperkenalkan kepada pengguna 'e-skuter', pembekal perkhidmatan!

Ada kelonggaran, OKU guna kenderaan PMA dibenarkan guna lintasan pejalan kaki 04

Gambar hiasan

"Jika tidak dilarang, penggunaan PMA di atas jalan termasuk di atas lebuh raya akan mendatangkan risiko nahas jalan raya dan kehilangan nyawa atau kecederaan yang tinggi. 

Begitupun menurutnya, golongan berkenaan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan menjaga keselamatan diri dan pejalan kaki yang lain semasa melintasi jalan berkenaan.

Ada kelonggaran, OKU guna kenderaan PMA dibenarkan guna lintasan pejalan kaki 05

MoT, kelmarin mengumumkan tiga kenderaan mikromobiliti jenis Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan PMA dilarang penggunaannya di atas jalan berkuat kuasa serta-merta.

Begitupun, penggunaan ketiga-tiga kategori kenderaan ini tidak dilarang untuk digunakan di atas permukaan selain daripada jalan kerana ia adalah di luar daripada skop Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah Larangan itu.

Juga baca: Amaran! Kesalahan berulang guna e-skuter di jalan raya boleh didenda, penjara

Ada kelonggaran, OKU guna kenderaan PMA dibenarkan guna lintasan pejalan kaki 06

Ia bermakna penggunaan di atas permukaan atau lokasi seperti di dalam kawasan pusat beli-belah, laluan pejalan kaki atau kaki lima kedai dan di taman-taman dibenarkan tetapi masih tertakluk kepada kuasa oleh pihak berkuasa yang berkenaan atau pemilik taman atau pusat beli-belah.

Ada kelonggaran, OKU guna kenderaan PMA dibenarkan guna lintasan pejalan kaki 07

Ka Siong dalam pada itu turut menjelaskan kementeriannya telah mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, OKU Sentral dan persatuan-persatuan OKU pada 23 April 2021 bagi mendapatkan input daripada pihak-pihak tersebut dalam pelaksanaan larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti sebelum membangunkan dasar itu.

Juga baca: E-skuter akan diharamkan di jalanraya bermula 1 Januari 2021

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda