window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Adakah e-skuter dibenarkan di jalan raya? Kenapa masih ramai yang sewa?

Mersita ยท Apr 18, 2022 05:30 PM

Adakah e-skuter dibenarkan di jalan raya? Kenapa masih ramai yang sewa? 01

Anda barangkali pernah terlihat orang meluncur perlahan di tepi-tepi jalan menaiki e-skuter (skuter elektrik). Sekali imbas, nampak macam pejalan kaki, tapi lebih laju sedikit. Ada juga yang datang dalam bentuk basikal elektrik dan penunggangnya seringkali ditangkap tidak memakai topi keledar. Adakah penggunaan e-scooter dibenarkan di jalan raya Malaysia?

Seperti yang pernah kami laporkan dahulu, bermula 1 Januari 2021, denda akan mula dikenakan keatas pengguna e-skuter yang ingkar di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Kesalahan berulang boleh menyebabkan pengguna e-skuter dikenakan hukuman mengikut Seksyen 54 APJ 1987 dengan kesalahan pertama didenda sebanyak RM300 dan kesalahan kedua, boleh didenda sebanyak RM1,000 atau penjara tiga bulan.

Adakah e-skuter dibenarkan di jalan raya? Kenapa masih ramai yang sewa? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Skuter elektrik hanya boleh digunakan di kawasan-kawasan yang telah digazetkan, contohnya; taman permainan, kawasan pejalan kaki, dan juga kawasan di sekitar pusat beli-belah di ibu negara.

Juga baca: E-skuter akan diharamkan di jalanraya bermula 1 Januari 2021

Namun, masih ramai yang degil dan penggunaan e-skuter di jalan raya semakin berleluasa. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengadakan operasi di sekitar George Town dengan memberi tumpuan kepada penggunaan e-skuter secara berbahaya di atas jalan raya dari jam 11 malam hingga 2 pagi semalam (17 April). Operasi ini dijalankan susulan aduan orang ramai tentang penggunaan e-skuter secara merbahaya di sana sejak kebelakangan ini.

Difahamkan, satu video tular di media sosial mendakwa sekumpulan remaja telah menaiki e-skuter secara melulu di Lebuh Pantai, George Town pada jam kira-kira 2.24 pagi beberapa hari yang lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Lalu Lintas MBPP, Tan Seng Keat, berkata pihaknya juga mendapati semakin banyak premis perniagaan di sekitar Pulau Pinang yang menyediakan perkhidmatan sewa e-skuter kepada orang ramai, lebih-lebih lagi pelancong disebabkan oleh permintaan tinggi, lapor Berita Harian.

Juga baca: Amaran! Kesalahan berulang guna e-skuter di jalan raya boleh didenda, penjara

 

"Sebelum ini kita dapat lihat dua atau tiga kedai sahaja yang memberi sewa kenderaan itu tetapi selepas tiada sekatan pergerakan semakin banyak dan isu ini semakin serius dan membimbangkan,” katanya lagi kepada akhbar itu.

MBPP tidak mengeluarkan sebarang lesen kepada pengendali dan pemantauan aktiviti e-skuter giat dijalankan demi keselamatan orang awam. Pegawai MBPP difahamkan telah turun padang untuk menasihati pengendali dan pengguna e-skuter supaya tidak menggunakan jalan raya untuk aktiviti tersebut.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda