window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Akhirnya Hafizh Syahrin buka mulut, umum saingan 2021 musim terakhirnya di MotoGP!

Khairil ยท Oct 7, 2021 06:00 PM

Akhirnya Hafizh Syahrin buka mulut, umum saingan 2021 musim terakhirnya di MotoGP! 01

Selepas 11 tahun bergelumang di kancah Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Hafizh Syahrin Abdullah mengumumkan musim 2021 akan menjadi penampilan terakhirnya di saingan berprestij berkenaan.

Bergelar pelumba pertama Malaysia beraksi di kelas elit MotoGP dan bersaing bersama jaguh seperti Valentino Rossi, Marc Marquez dan Jorge Lorenzo, pelumba kelahiran Ampang itu mengakui sudah tiba masanya dia berfikir lebih panjang mengenai masa depan berbanding terus melakukan 'ekperimen' dan kekal berlumba.

Juga baca: Tiada GP Malaysia 2021, apa 'respon' Hafizh Syahrin?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Akhirnya Hafizh Syahrin buka mulut, umum saingan 2021 musim terakhirnya di MotoGP! 01

Beraksi bersama pasukan NTS RW Racing GP pada musim ini, Hafizh yang menukar pasukan sejak empat tahun lalu jelas bergelut untuk meraih semula prestasi terbaiknya.

"Kalau bandingkan keputusan yang saya raih musim ini, ia memang kurang memuaskan. Saya rasa kecewa dengan prestasi, tapi bukan dari sudut fizikal atau mental, tapi keserasian dengan jentera.

Akhirnya Hafizh Syahrin buka mulut, umum saingan 2021 musim terakhirnya di MotoGP! 02

"Saya dah cuba yang terbaik namun saya dan pasukan tidak dapat mencari apa yang kami harapkan. Sepanjang dua tahun ini, boleh dikatakan saya mengambil risiko yang tinggi. Saya gunakan dana untuk teruskan perjuangan dalam arena sukan permotoran dan amat bergelut untuk berikan yang terbaik.

Juga baca: TMJ tunjuk minat nak taja, motivasi Hafizh Syahrin melonjak!

"Mungkin sudah tiba saya perlu fikir untuk jangka masa panjang. Fikirkan masa depan dan saya rasa tahun ini adalah tahun terakhir saya di MotoGP kerana saya tidak boleh teruskan.

Akhirnya Hafizh Syahrin buka mulut, umum saingan 2021 musim terakhirnya di MotoGP! 03

"Saya tahu masih ramai peminat mengharapkan saya kekal, namun saya perlu fikirkan mengenai masa depan saya sendiri dan juga saya boleh buat benda lain," kata Hafizh yang memulakan kempennya di MotoGP sebagai pelumba 'wildcard' pada 2011 sebelum beraksi sepenuh masa pada 2014.

Mengulas lanjut mengenai peluangnya untuk terus beraksi, Hafizh mengakui dengan kaliber yang dimilikinya, dia tidak perlu membawa 'duit' kepada pasukan selain pasukan itu perlulah pasukan yang berkaliber tinggi. 

Juga baca: Hafizh Syahrin kata 'No' kerjasama dengan SRT

Akhirnya Hafizh Syahrin buka mulut, umum saingan 2021 musim terakhirnya di MotoGP! 04

"Sejujurnya, jika ada pasukan (mahukan khidmatnya), saya perlu jentera yang menggunakan casis seperti saya gunakan empat tahun lalu di Moto2 iaitu Kalex. Cuba saya selama setahun dulu, jika tidak bagus, saya undur diri. Dan jika bagus ia terpulang. 

Akhirnya Hafizh Syahrin buka mulut, umum saingan 2021 musim terakhirnya di MotoGP! 05

"Tidak mudah untuk saya selama 4 tahun ini. Satu tahun di Yamaha dan pembangunan di KTM dan tidak disambung kemudian Speed Up dan NTS. Tak mudah pelumba bertukar casis dan terus ada prestasi."

Begitupun, ada sedikit perkembangan melegakan apabila Hafizh berkata dia tidak akan terus menggantung sut lumbanya.

Akhirnya Hafizh Syahrin buka mulut, umum saingan 2021 musim terakhirnya di MotoGP! 06

"Tak pasti lagi sama ada jika orang tanya sama ada di Asia atau WSBK (Kejuaraan Superbike Dunia), saya masih belum memikirkannya. Mungkin InsyaAllah jika ada rezeki kenapa tidak. 

"Apapun, saya tidak berani buat keputusan sekarang. Sebab itu saya kata bila sampai saya akan beritahu apa yang saya akan buat.Tapi jika tanya saya akan berada di MotoGP, saya tidak akan berada di MotoGP tahun depan."

Sumber imej: FB NTS RW Racing, FB Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda