window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa beza antara tahun model, tahun pengilangan, dan tahun pendaftaran kereta?

Mersita · Oct 9, 2021 11:59 AM

Apa beza antara tahun model, tahun pengilangan, dan tahun pendaftaran kereta? 01

Jika anda seorang pembaca setia WapCar.my, anda mungkin selalu lihat kami gunakan nama model berserta tahun (model year), tahun pengilangan (manufacture year), dan juga tahun pendaftaran (registration year) bagi merujuk kepada kenderaan yang dimaksudkan.

Bagi model yang akan datang pula, ungkapan seperti ‘Honda Civic 2022’ atau ‘Mazda CX-8 2023’ seringkali digunakan untuk merujuk kepada tahun model kereta yang belum lagi dilancarkan.

Apa beza antara tahun model, tahun pengilangan, dan tahun pendaftaran kereta? 02

Proton Iriz 2022, tapi dilancarkan pada tahun 2021?

Sebaliknya, jika subjek itu melibatkan kereta ‘recond’ atau terpakai, terma seperti tahun pengilangan dan tahun pendaftaran menjadi lebih penting.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terdapat perbezaan antara ketiga-tiga rujukan tahun ini dan penjelasannya keatas kenderaan berkenaan – serba baharu atau sebaliknya – oleh itu, dalam entri kali ini, kami akan kupas satu-persatu.

Apa maksud tahun pengilangan kereta?

Apa beza antara tahun model, tahun pengilangan, dan tahun pendaftaran kereta? 01

Tahun pengilangan bagi mana-mana kenderaan secara ringkasnya bermaksud tahun apabila kereta itu siap dihasilkan.

Penghasilan mana-mana kenderaan biasanya bermula sebelum model itu dilancarkan secara rasmi dan berakhir sebelum produksi model facelift atau pengganti bermula.

Apa maksud tahun pendaftaran kereta?

Apa beza antara tahun model, tahun pengilangan, dan tahun pendaftaran kereta? 02

Kenderaan serba baharu selalunya dihasilkan dan dijual dalam tahun yang sama

Tahun pendaftaran kenderaan merujuk kepada apabila sesebuah kenderaan didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam beberapa kes-kes tertentu, contohnya kenderaan ‘recond’, agak kerap kita temui kenderaan yang didaftarkan beberapa tahun selepas tahun pengilangannya.

Apa beza antara tahun model, tahun pengilangan, dan tahun pendaftaran kereta? 03

Kenderaan ‘recond’ dibawa masuk dari pasaran luar setelah beberapa tahun ia keluar dari kilang. Oleh itu, tahun pengilangan dan tahun pendaftarannya akan berbeza.

Bagi kenderaan ‘recond’ – kad pendaftaran akan menunjukkan status Kenderaan Import Terpakai.

Baca juga: Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli "recond" berbanding pengedar rasmi

Apa maksud tahun model kereta?

Apa beza antara tahun model, tahun pengilangan, dan tahun pendaftaran kereta? 04

Tahun model sesebuah kereta rumit sedikit penjelasannya. Dalam takrifan paling ringkas, tahun model bagi sesebuah kenderaan merujuk kepada tahun kereta itu dilancarkan secara rasmi dan tahun apabila jualannya bermula.

Misalnya, kita ambil contoh Toyota Alphard AH30 generasi ketiga yang pada mulanya didebut di Jepun pada Januari 2015 dan kemudiannya dijual secara rasmi tak lama selepas itu. Oleh itu, ia dipanggil Toyota Alphard 2015.

Sejak dari dulu lagi, kaedah menggelar kereta dengan tahun modelnya telah menjadi satu kebiasaan di pasaran Amerika Syarikat, berbeza dengan negara-negara lain yang lebih gemar merujuk kepada kereta mengikut kod chassis atau generasinya.

Sebagai contoh, dengan BMW, biasanya ia akan dirujuk dengan kod chassis seperti E39, F30, dan G20.

Apa beza antara tahun model, tahun pengilangan, dan tahun pendaftaran kereta? 05

Tahun model digunakan untuk menggelar model atau varian baharu di AS Imej

Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, juga disebabkan oleh perubahan dalam tingkahlaku pembeli serta kepentingan terma carian Google, semakin banyak pengilang di pasaran-pasaran lain (termasuklah Malaysia) menggunapakai rujukan tahun model bagi menggelar model terkini atau akan datang dalam barisan tawaran mereka.

Oleh disebabkan perkara ini, rujukan jadi lebih mengelirukan apabila tahun model kenderaan terbabit tidak padan dengan tahun kalendar kita masa ini.

Apa beza antara tahun model, tahun pengilangan, dan tahun pendaftaran kereta? 06

Satu contoh bagus bagi situasi ini ialah Proton Iriz dan Proton Persona 2022. Kenapa gelarkannya model 2022 sedangkan ia sudah dilancarkan pada tahun 2021?

Jawapan mudahnya ialah untuk tujuan pemasaran. Tiada undang-undang ketat bagi slogan pemasaran yang boleh digunakan oleh pengeluar kereta bagi menarik perhatian pembeli.

Apa beza antara tahun model, tahun pengilangan, dan tahun pendaftaran kereta? 07

Merujuk model itu sebagai Persona 2022 lebih menguatkan lagi kebaharuan model ini yang ditawarkan oleh Proton.

Satu lagi sebab bagi penggunaan slogan ini ialah kerana model pra-facelift terdahulu (MC1) bagi Iriz dan Persona telah mula dijual pada awal tahun 2021. Oleh itu, “Iriz 2022” sebagai terma carian Google juga menjamin keputusan carian yang lebih tepat bagi model terbaharu itu.

Kesimpulan

Apa beza antara tahun model, tahun pengilangan, dan tahun pendaftaran kereta? 08

Honda Civic FE 2022 yang akan datang

Lebih penting bagi kita untuk mengenali tahun pengilangan dan pendaftaran sesebuah kenderaan, manakala tahun model pula boleh dipengaruhi oleh strategi pemasaran pengeluar kereta serta tingkahlaku pengguna masa kini.

Kaedah yang sama juga digunakan walaupun tahun model dinyatakan bagi dua atau tiga tahun akan datang.

Apa beza antara tahun model, tahun pengilangan, dan tahun pendaftaran kereta? 09

Nissan Z yang akan datang akan dilancarkan pada suku kedua tahun 2022, namun ia dirujuk sebagai model 2023

Selain daripada bagi memberi klu tentang tahun pelancaran model terbabit, ia juga bertujuan untuk membina keterujaan dikalangan pembeli sebelum ia tiba di bilik-bilik pameran buat tatapan ramai.

Tidak dinafikan yang walaupun dengan usianya, naiktaraf teknologi serta slogan-slogan pemasaran yang pelbagai membuatkan Iriz dan Persona kembali kontemporari dan segar tarikannya. Mungkin inilah hakikatnya bagi Proton, sehinggalah munculnya ‘King’ baru, Perodua Myvi 2022 (ke.. 2023?).

Baca juga: Kami telah menguji kecekapan minyak Proton Iriz & Persona 2022 baru - lebih baik daripada sebelumnya?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda