window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aprilia GPR250R 2021 dilancar di China, lagi 'kacak', harga RM 17k!

Khairil ยท Jul 7, 2021 09:00 AM

Aprilia GPR250R 2021 dilancar di China, lagi 'kacak', harga RM 17k! 01

Aprilia baru-baru ini melancarkan 'Sportbike' GPR250R 2021 di pasaran China yang tampil dengan reka bentuk diinspirasi daripada 'saudaranya' yang bersesaran lebih tinggi, RSV4.

Juga baca: Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan!

Seperti RSV4, Aprilia GPR250R 2021 hadir dengan rekaan tiga unit lampu hadapan terbaharu Aprilia selain lengkuk aerodinamik yang lebih tajam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Aprilia GPR250R 2021 dilancar di China, lagi 'kacak', harga RM 17k! 01

Ia juga dilengkapi dengan cermin penghadang bergaya sporty bersama sayap 'Winglet' aero yang disepadukan dengan fairing. Selain itu, rekaan tangkinya juga kekal gagah, pelana bertingkat, ekzos di bawah enjin dan rekaan lampu belakang LED minimal.

Dilancarkan di pameran Xian Motor Show China, jentera yang dibangunkan dengan kerjasama Zongshen-Aprilia ini dijual pada tanda harga CNY 26,800 (RM 17,222). Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Hitam dan Silver.

Aprilia GPR250R 2021 dilancar di China, lagi 'kacak', harga RM 17k! 02

Trenkuasa Aprilia GPR250R 2021 ini menggunakan enjin Zongshen NC250S bersesaran 250 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, DOHC dengan kuasa puncak pada angka 28 Hp dan tork 21.5 Nm.

Juga baca: Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia!

Begitupun, angka kuasa dimiliki Aprilia GPR250R 2021 ini dikatakan agak rendah berbanding pencabarnya yang lain terutama dari jenama Jepun. Sebagai contoh, Honda CBR250RR 2021 memiliki kuasa 40 Hp namun datang pada harga lebih premium.

Aprilia GPR250R 2021 dilancar di China, lagi 'kacak', harga RM 17k! 03

Honda CBR250RR 2021

Berbalik kepada trenkuasa Aprilia GPR250R 2021, enjin itu kemudian digandingan dengan transmisi 6 kelajuan bersama sistem 'Slipper clutch'.

Aprilia GPR250R 2021 dilancar di China, lagi 'kacak', harga RM 17k! 04

Antara kelebihan jenama dari Itali adalah penggunaan perkakasan mekanikal yang premium dan Aprilia GPR250R 2021 juga sama. Selain penggunaan frem deltabox aluminium, ia turut menggunakan lengan ayun aluminum, fork jenis terbalik (USD).

Juga baca: Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900!

Aprilia GPR250R 2021 dilancar di China, lagi 'kacak', harga RM 17k! 05

Sistem brek menggunakan cakera tunggal bersaiz 300 mm, kaliper 4 piston dengan brek belakang menggunakan cakera tunggal bersaiz 218 mm bersama kaliper 1 piston. Kedua-duanya dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Aprilia GPR250R 2021 dilancar di China, lagi 'kacak', harga RM 17k! 06

Ciri-ciri lain adalah penggunaan panel meter TFT berwarna penuh yang memaparkan pelbagai informasi seperti tachometer, speedometer, kedudukan gear, odometer, jam, penunjuk tahap bateri, suhu persekitaran, suhu enjin dan lain-lain.

Aprilia GPR250R 2021 dilancar di China, lagi 'kacak', harga RM 17k! 07

Di pasaran China, pesaing Aprilia GPR250R 2021 antaranya ialah CFMoto SR250, Benelli Tornado 302R, QJMotor R250 juga Suzuki GSX-250R. Untuk persoalan adakah Aprilia GPR250R 2021 ini tiba di pasaran Malaysia? Tiada kepastian namun tidak salah untuk berharap.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda