window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Awas! Ini taktik penipuan “pusat kecantikan kereta”. Jangan terpedaya!

Haris · Aug 6, 2020 06:00 PM

Awas! Ini taktik penipuan “pusat kecantikan kereta”. Jangan terpedaya! 01

Baru-baru ini, akhbar Sin Chew Daily telah membongkar sebuah taktik penipuan pusat kecantikan kereta. Pusat kecantikan kereta selalunya menawarkan khidmat membasuh kereta, lapisan kereta (coating), sedut habuk bahagian dalam, kilat kereta dan sebagainya.

Pusat perkhidmatan mencantikkan kereta ini rupa-rupanya menjadi modus operandi sindiket-sindiket tertentu dalam mengaut keuntungan secara haram!

Pada awalnya, sindiket ini akan mencari pusat kecantikan kereta yang sudah lama beroperasi dan mengambil alih kedai tersebut. Hal ini kerana kedai-kedai yang sudah lama beroperasi mempunyai pelanggan tetap yang memudahkan lagi kerja-kerja penipuan ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Awas! Ini taktik penipuan “pusat kecantikan kereta”. Jangan terpedaya! 01

Selepas itu, sindiket tersebut akan cuba menjual pakej perkhidmatan mereka dalam bentuk keahlian. Ahli-ahli akan diberikan taraf VIP dan mereka akan menerima pakej-pakej yang ditawarkan secara percuma mengikut tempoh yang ditawarkan.

Khidmat percuma tersebut merangkumi perkhidmatan penjagaan menyeluruh yang berharga RM 200 setiap sesi. Yuran keahlian pula hanyalah sekitar RM 2,000 ++ untuk perkhidmatan percuma selama setahun. Dengar memang sangat sangat berbaloi.

Awas! Ini taktik penipuan “pusat kecantikan kereta”. Jangan terpedaya! 02

Kemudian, selepas menerima yuran keahlian daripada beberapa orang pelanggan setia ataupun baharu, pusat kecantikan kereta tersebut pun akan menutup operasi mereka secara senyap tanpa sebarang notis. Bayaran keahlian turut tidak dipulangkan. Sindiket tersebut kemudiannya lesap begitu sahaja. 

Seorang mangsa telah mendakwa beliau telah membayar lebih RM 2,000 untuk menikmati keahlian bertaraf VIP tersebut. Beliau hanya sempat menerima 2 kali perkhidmatan kecantikan kereta secara percuma sebelum pusat kecantikan tersebut tutup. Ada yang lebih kasihan, daftar minggu ini, minggu depan dah tutup!

Awas! Ini taktik penipuan “pusat kecantikan kereta”. Jangan terpedaya! 03

Bukan itu sahaja, siasatan mendapati bahawa selepas bertukar pemilik premis, sindiket penipuan tersebut tidak membayar sewa premis. Hal ini bermakna, sindiket tersebut turut menipu pemilik premis. Ini menguatkan lagi elemen penipuan yang dijalankan sindiket tersebut.

Oleh itu, berhati hatilah apabila ditawarkan sebarang perkhidmatan yang meminta bayaran secara keahlian. Mungkin ada perkhidmatan sebegini yang jujur namun lebih baik jika anda berwaspada. Jangan disebabkan nak jimat sedikit, anda rugi lebih banyak!

Sumber: Sin Chew Daily

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda