window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Awek nak cincin emas putih? Leburkan ekzos kereta anda, sanggup?

Mersita ยท Nov 17, 2020 03:00 PM

Awek nak cincin emas putih? Leburkan ekzos kereta anda, sanggup? 01

OK, caranya tak semudah yang disangka dan jangan pula cuba aksi ini sendiri di rumah. Penjenayah ada di mana-mana, kini kita harus lebih berhati-hati. Baru-baru ini, satu laporan Kosmo menceritakan tentang satu sindiket curi ekzos kereta yang telah berjaya ditumpaskan di Lembah Klang pada bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata serbuan itu mendapati dua orang lelaki menyimpan 15 buah ekzos kereta yang dijual kepada pembeli tetapnya dengan harga RM 350 – RM 650 bergantung kepada jenis kenderaan. Pembeli itu pula yang turut ditangkap didapati menjual ekzos tersebut kepada sebuah syarikat dengan harga RM 1,500 setiap satu.

Awek nak cincin emas putih? Leburkan ekzos kereta anda, sanggup? 02

Gambar: germanformula.com

Beliau juga berkata suspek menyasarkan kereta keluaran Kia dan Hyundai dan jual-beli itu sering dilakukan sejak tahun 2018 lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pihak polis mendapati tabung ekzos ini mempunyai permintaan kerana ia mengandungi tiga bahan berharga iaitu paladium, rodium, dan platinum. Bahan-bahan ini kemudiannya akan dicampur dengan bahan kimia untuk menghasilkan emas putih.

Bahagian ekzos mana yang ada bahan-bahan ini?

Awek nak cincin emas putih? Leburkan ekzos kereta anda, sanggup? 01

Sumber: Faurecia

Di dalam sistem ekzos, ada satu komponen yang dipanggil ‘catalytic converter’. Ia merupakan komponen utama dan paling berkesan untuk mengurangkan tahap toksin di dalam sistem ekzos kereta. Pelbagai jenis ‘catalytic converter’ disalut dengan besi dan ia menggunakan kombinasi platinum, rodium, dan paladium – bahan yang dileburkan untuk membuat cincin emas putih dalam sindiket tadi.

Pembakaran bahan api dalam enjin kereta menghasilkan kombinasi yang sangat toksik iaitu karbon monoksida, nitrogen oksida dan hidrokarbon. Tahap bahan toksik inilah yang diuji dalam ujian pelepasan gas rumah hijau. Apabila bahan-bahan toksik ini bertemu dengan salutan besi diatas, satu reaksi kimia akan berlaku dan reaksi inilah yang membuatkan gas ekzos kurang merbahaya.

Awek nak cincin emas putih? Leburkan ekzos kereta anda, sanggup? 02

Sumber: Shutterstock

Apa-apa pun jenama kereta anda, ekzos kereta anda boleh menjadi sasaran sindiket sebegini. Suspek yang ditangkap direman mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA). Sebaiknya kita ambil langkah berjaga-jaga dan pasang kamera keselamatan di belakang kereta anda dan parkir di tempat yang selamat. Dan yang kaki curi tu, carilah kerja lain yang halal lagi barokah.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda