window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

"Baru RM 20, runner caj RM 500!" - Puspakom saran pelanggan hadir sendiri, guna CAR berdaftar

Mersita · Nov 23, 2022 06:00 PM

Jika anda pernah berurusan di Puspakom, anda samada pernah menggunakan khidmat orang tengah atau melihat ‘runner’ di pusat-pusat pemeriksaan untuk urusan pemeriksaan kenderaan dan lain-lain. Namun, jika anda salah seorang pelanggan Puspakom yang hadir sendiri ke sana untuk berurusan, anda pengguna bijak.

Ini kerana hakikatnya, ramai pelanggan memaklumkan mereka pernah dikenakan caj setinggi RM 500 oleh orang tengah atau ‘runner’ bagi urusan di Puspakom yang sebenarnya hanya memakan kos RM 20 – RM 30.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Sdn. Bhd., Mohammed Shukor Ismail berkata, ada pemilik kenderaan yang sanggup membayar kadar caj melampau sehingga RM 500 semata-mata untuk urusan pertukaran nama, sedangkan harga yang ditetapkan Puspakom bagi tujuan ini hanyalah RM 30, lapor Kosmo.

Menurut perkongsian maklumat di Facebook Puspakom, khidmat pemeriksaan mereka hanya memerlukan bayaran antara RM20 hingga RM90 sahaja bergantung kepada jenis pemeriksaan dan kenderaan. Oleh itu, mereka menyarankan supaya pelanggan datang sendiri untuk pemeriksaan di Puspakom menggunakan sistem temujanji MyPUSPAKOM tanpa menggunakan khidmat orang tengah.

Juga baca: Pemandu e-hailing wajib buat pemeriksaan Puspakom setahun sekali jika usia kereta lebih 3 tahun

Misalnya, menurut salah satu maklumbalas yang diterima Puspakom, seorang pelanggan sering menguruskan 450 buah kenderaan untuk diperiksa setiap enam bulan sekali tanpa pernah menggunakan khidmat ‘runner’ walau sekali pun dan tidak pernah berdepan masalah.

Jika pelanggan masih memerlukan khidmat wakil pelanggan, MyPUSPAKOM juga ada menawarkan kemudahan untuk wakil pelanggan. Wakil pelanggan boleh mengaktifkan akaun mereka di portal MyPUSPAKOM untuk membuat tempahan bagi pemeriksaan di mana-mana cawangan Puspakom.

Menurut Puspakom, pengaktifan akaun Wakil Pelanggan ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama antara Puspakom dan wakil-wakil pelanggan bagi memastikan mereka dapat meneruskan perkhidmatan secara profesional dan tidak terlibat dengan unsur-unsur negatif seperti memberi atau menerima rasuah selain menjaga nama baik kedua-dua pihak.

Juga baca: Urusan Puspakom akan 'cashless' bermula 1 Januari 2023, semua transaksi takkan terima wang tunai

Inisiatif wakil pelanggan atau Customer Appointed Representative (CAR) adalah bagi menangani isu orang tengah/’runner’ yang mengambil kesempatan dan menipu pelanggan dengan kadar caj melampau. Usaha ini juga dilaksanakan untuk memberi peluang kepada orang ramai menggunakan khidmat ‘runner’ yang memberi perkhidmatan munasabah dengan ‘jaminan lulus’ Puspakom.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda