window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Berasas Ford Model T, karavan berenjin yang 'tertua' di dunia ini dilelong sehingga RM 1.1 juta!

Faisal ยท Sep 18, 2022 12:00 PM

Berasas Ford Model T, karavan berenjin yang 'tertua' di dunia ini dilelong sehingga RM 1.1 juta! 01

Kalau anda perasan, karavan merupakan antara jenis kenderaan yang tidak pernah diketengahkan di negara kita walaupun ramai yang mungkin teringin untuk ada sebuah kerana ia diibarat rumah yang boleh bergerak.

Berasas Ford Model T, karavan berenjin yang 'tertua' di dunia ini dilelong sehingga RM 1.1 juta! 02

Apapun, tahukah anda bahawa baru-baru ini, sebuah karavan bermotor tertua di dunia akan dilelong di Muzium Permotoran Kebangsaan Britain dengan harga AS$250,000 (~RM 1.1 juta)?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berasas Ford Model T, karavan berenjin yang 'tertua' di dunia ini dilelong sehingga RM 1.1 juta! 01

Menurut laporan akhbar New York Post pada Ahad lalu, karavan yang diperbuat daripada bahan kayu ini diubah suai oleh syarikat pembuat koc ternama iaitu Baico. Malah, karavan ni sendiri dibina berasaskan Ford Model T tahun 1914 iaitu kereta produksi massa pertama di dunia.

Berasas Ford Model T, karavan berenjin yang 'tertua' di dunia ini dilelong sehingga RM 1.1 juta! 02

Untuk makluman anda, karavan yang mempunyai ruang tidur yang boleh memuatkan empat orang ini pernah dimiliki oleh pemilik rangkaian gedung beli-belah Bentalls. Siapa yang belum tahu, inilah rangkaian pusat membeli-belah terbesar di Britain.

Berasas Ford Model T, karavan berenjin yang 'tertua' di dunia ini dilelong sehingga RM 1.1 juta! 03

Di dalam karavan ini sendiri, terdapat dapur gas memasak dan tempat duduk depan jenis sofa kulit. Yang hebatnya, ia juga boleh dipusing menghadap ke belakang dan boleh diundurkan sampai ke bahagian ruang tamu.

Berasas Ford Model T, karavan berenjin yang 'tertua' di dunia ini dilelong sehingga RM 1.1 juta! 04

Menurut firma Bonhams yang menganjurkan lelongan itu, karavan tersebut ditinggalkan selama beberapa dekad sehingga ia dibeli dan diperbaharui dengan bantuan sebuah syarikat pembuat kabinet pada tahun 70-an.

Berasas Ford Model T, karavan berenjin yang 'tertua' di dunia ini dilelong sehingga RM 1.1 juta! 05

Sehingga sekarang, karavan berenjin yang tertua di dunia ini masih beroperasi dengan elok.

Juga bacaProton Exora Caravan dalam pembangunan syarikat tempatan

Sumber: Classicmoto.rs

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda