window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW kemas kini R1250 RS (2023), tak lagi 'kedekut', banyak ciri premium kini diberi secara standard!

Khairil · Nov 17, 2022 06:00 PM

BMW kemas kini R1250 RS (2023), tak lagi 'kedekut', banyak ciri premium kini diberi secara standard! 01

BMW Motorrad, baru-baru ini mengemaskini penawarannya dalam segmen 'Sport touring', BMW R1250 RS (2023) menerusi naik taraf yang boleh disifatkan komprehensif daripada syarikat pengeluar motosikal terkemuka Jerman itu.

BMW kemas kini R1250 RS (2023), tak lagi 'kedekut', banyak ciri premium kini diberi secara standard! 02

Bersaing dalam segmen yang diisi pencabar seperti Kawasaki Ninja 1000SX dan Suzuki GSX-S1000GT, BMW menambah baik beberapa ciri terhadap motosikal berkenaan yang dahulunya tiba sebagai pilihan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW kemas kini R1250 RS (2023), tak lagi 'kedekut', banyak ciri premium kini diberi secara standard! 01

Sekalipun tiada perubahan dari sudut rekaan dibuat, kemas kini terbaharu itu bukan saja menambah baik kemampuan dan keupayaan BMW R1250 RS (2023), namun meningkatkan keyakinan dan 'senyuman' kepada bakal pembeli.

Juga baca: BMW M1000RR, M1000R (2023) diperkenal, prestasi lagi 'syok', pakej 'aero' dipertingkat!

BMW kemas kini R1250 RS (2023), tak lagi 'kedekut', banyak ciri premium kini diberi secara standard! 02

Sebagai permulaan, tiada perubahan dari sudut trenkuasa yang kekal dijana enjin Boxer terkenal BMW bersesaran 1,254 cc, 2 Silinder, 8 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Udara/Cecair, Suntikan Bahan Api yang dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap klac 'Anti-hopping'.

Kuasa yang dihasilkan adalah 136 Hp pada 7,250 rpm dan tork 143 Nm pada 6,250 rpm.

BMW kemas kini R1250 RS (2023), tak lagi 'kedekut', banyak ciri premium kini diberi secara standard! 03

Sebagai model dengan lencana BMW, BMW R1250 RS (2023) turut dipadankan dengan teknologi ShiftCam BMW dan memiliki sistem 'Shaft drive' sama seperti model 'Adventure Touring' maha popular BMW, GS.

BMW kemas kini R1250 RS (2023), tak lagi 'kedekut', banyak ciri premium kini diberi secara standard! 04

Tetapi apa yang lebih menarik adalah ciri yang dulunya datang secara pilihan kini ditawarkan secara standard iaitu DTC (Dynamic Traction Control), 'ABS Pro' dan 'Dynamic Brake Control'. Dan berikutan kemas kini berkenaan, BMW R1250 RS (2023) juga mendapat tambahan mod tunggangan baharu iaitu ECO.

BMW kemas kini R1250 RS (2023), tak lagi 'kedekut', banyak ciri premium kini diberi secara standard! 05

Perubahan lain adalah penggunaan sistem lampu LED penuh dan seperti versi terkini lain, perubahan yang dibawakan juga adalah dari pilihan skema warna baharu yang katanya lebih menarik dan BMW yang turut memberikan pembeli pilihan kustom.

Juga baca: BMW Motorrad catat jualan terbaik, lebih 194k unit motosikal terjual di seluruh dunia

BMW kemas kini R1250 RS (2023), tak lagi 'kedekut', banyak ciri premium kini diberi secara standard! 06

Ciri-ciri menarik lain adalah seperti panel meter TFT digital, Panggilan Kecemasan Pintar (IEC), visor angin sport boleh laras, pengecas USB, Kawalan Pemula Bukit, 'Rotary multi-controller' BMW, tuil brek dan klac boleh laras dan 'Steering stabiliser'. 

BMW kemas kini R1250 RS (2023), tak lagi 'kedekut', banyak ciri premium kini diberi secara standard! 07

Sistem suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) depan dan penyerap hentak tunggal (belakang) manakala sistem brek menggunaka cekera berkembar bersaiz 320 mm dengan kaliper Brembo 4 Piston (depan) dan cakera tunggal 276 mm kaliper 2 Piston (belakang).

Juga baca: BMW R1250 RT 2021 tiba di Malaysia, harga asas RM 142,500!

BMW kemas kini R1250 RS (2023), tak lagi 'kedekut', banyak ciri premium kini diberi secara standard! 08

Sekalipun pelbagai ciri mula diberikan secara standard, BMW Motorrad masih memberikan banyak pilihan yang bukan standard kepada bakal pembelinya seperti rim jejari aloi, mod tunggangan 'Pro', kawalan seretan tork enjin (MSR) serta pelana dan bar hendal dengan fungsi pemanas.

BMW kemas kini R1250 RS (2023), tak lagi 'kedekut', banyak ciri premium kini diberi secara standard! 09

Tidak diketahui bila BMW Motorrad Malaysia akan membawa masuk model ini ke pasaran tempatan tetapi di Amerika Syarikat, harga yang ditawarkan untuk BMW R1250 RS (2023) kekal seperti versi 2022 iaitu $ 15,695 (RM 71,380). 

Juga baca: BMW S 1000 RR Isle Of Man TT Edition, terhad 50 unit, harga mahal sungguh!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda