window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bos Suzuki Motor Malaysia tayang set roda Suzuki Belang R150, tarikh pelancaran menghampiri?

Khairil ยท Feb 10, 2022 03:00 PM

 

Bos Suzuki Motor Malaysia tayang set roda Suzuki Belang R150, tarikh pelancaran menghampiri? 01

Suzuki Motor Malaysia 'mengusik' hati peminat 'moped' jenama itu di negara ini apabila mempertontonkan kelibat Suzuki Belang R150 ketika pelancaran kehadiran semulanya di tanah air, tahun lalu.

Pada majlis pelancaran yang dilakukan secara maya itu, selain deretan motosikal berkuasa tinggi Suzuki, turut diacah sama adalah model Belang R150 serta Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Suzuki Belang, Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 diacah oleh Suzuki Malaysia, pelancaran tahun 2022!

Bos Suzuki Motor Malaysia tayang set roda Suzuki Belang R150, tarikh pelancaran menghampiri? 01

Ahmad Faez (kanan) dan Pengarah dan Pengurus Besar Suzuki Malaysia Sdn Bhd, Dato Jeffrey Lim (kiri depan) ketika majlis pelancaran Suzuki Motor Malaysia tahun lalu 

Sekalipun dijangka bakal dilancarkan pada tahun ini, tiada perkembangan lanjut mengenai model-model yang diacah itu daripada pihak Suzuki Motor Malaysia sehingga kini.

Dan seperti mengerti ramai yang ternanti-nanti perkembangan selanjutnya, bos besar Suzuki Motor Malaysia, Ahmad Faez Yahaya kembali membuat kejutan apabila tampil memaparkan satu imej yang boleh memberi keterujaan di laman sosialnya.

Bos Suzuki Motor Malaysia tayang set roda Suzuki Belang R150, tarikh pelancaran menghampiri? 02

Imej set roda yang dikongsikan Ahmad Faez

Sekalipun imej yang dikongsikan itu bukan imej penuh sebuah motosikal dan hanyalah gambar deretan set roda belakang sebuah model bersesaran tak begitu besar, ia memberi gambaran mengenai sebuah model sedang berada dalam fasa produksi.

Berdasarkan pemerhatian lanjut juga, set roda belakang bersama rim berwarna merah yang ditayangkan itu adalah untuk salah satu model moped yang amat dinantikan iaitu Suzuki Belang R150.

Juga baca: Suzuki Malaysia sah buat 'Comeback', umum pelan perniagaan baharu untuk pasaran tempatan!

Bos Suzuki Motor Malaysia tayang set roda Suzuki Belang R150, tarikh pelancaran menghampiri? 03

Menurut Faez yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Suzuki Motor Malaysia, semua model di bawah sesaran enjin 150 cc Suzuki Motor Malaysia adalah model pemasangan tempatan atau CKD.

Bos Suzuki Motor Malaysia tayang set roda Suzuki Belang R150, tarikh pelancaran menghampiri? 04

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat jenama itu cukup teruja dengan perkembangan berkenaan. Dan berikutan ia adalah model CKD, ia turut diharapkan datang dengan penawaran harga marhaen. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya.

Juga baca: Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi...

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda