window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi...

Khairil · Aug 24, 2021 06:00 PM

Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi... 01

Suzuki Motor Malaysia yang sekian lama 'mendiamkan diri' mengenai kehadiran model terbaharu di pasaran tempatan akhirnya membuat pengumuman di laman sosial rasminya membabitkan beberapa motosikal berkuasa tinggi jenama berkenaan.

Antara model yang diwar-warkan ialah Suzuki Katana 2021 dan dua 'Sportbike' aras tingginya, Suzuki GSX-R1000 serta Suzuki GSX-R1000R.

Juga baca: Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi... 01

Menerusi hantaran di Facebook Suzuki Malaysia itu lagi, ketiga-tiga model berkenaan diimport terus daripada Jepun.

Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi... 02

Kepada yang berminat, Suzuki berkata mereka boleh mengunjungi pusat pengedar premium rasmi Suzuki di seluruh negara, sekaligus memberi petanda jentera hebat berkenaan sudah pun berada di ibu pejabat baharu syarikat itu di Shah Alam.

Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi... 03

Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi... 04

Tiada pengumuman mengenai harga dibuat namun untuk model Suzuki Katana, ia dijangka berada di sekitar RM 85k ke RM 95k. Dan untuk model Suzuki GSX-R1000 dan Suzuki GSX-R1000R, ia berkemungkinan melebihi RM 100k.

Juga baca: Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi!

Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi... 05

Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi... 06

Untuk ketiga-tiga model berkuasa tinggi ini, kesemuanya menggunakan enjin bersesaran 999 cc, 4 Silinder Sebaris, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, DOHC bersama transmisi 6 kelajuan. Begitupun, output kuasa dan tork dihasilkan adalah berbeza.

Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi... 07

Sebagai contoh, Suzuki Katana menghasilkan sekitar 150 Hp 10,000 rpm dan tork 108 Nm pada 9,500 rpm dengan Suzuki GSX-R1000R menghasilkan 199 Hp pada 13,200 rpm dan tork 117.6 Nm pada 10,800 rpm.

Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi... 08

Sebagai info, Suzuki Motor Malaysia yang menutup operasi kilangnya beberapa tahun lalu membuat penampilan semula menerusi pengumuman kehadiran jenama itu di Malaysia pada September tahun lalu menerusi laman Facebook rasminya.

Juga baca: Suzuki Hayabusa 2021 dah dilancar, ini 5 fakta menarik!

Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi... 09

Hantaran yang dibuat Suzuki Malaysia pada September lalu

Perkembangan itu jelas sesuatu yang positif tetapi sejak itu, tiada pengumuman mengenai kehadiran model baharu dibuat melainkan beberapa hantaran 'acah' dan ucapan tahniah.

Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi... 10

Berdasarkan penelitian yang dibuat di laman Facebook Suzuki Motor Malaysia, rata-rata pengikut akaun berkenaan mahu Suzuki mengembalikan semula beberapa model moped dan aras mula jenama berkenaan.

Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi... 11

Antara yang kerap disebut ialah Suzuki Belang Fi dan Sportbike GSX150 dan GSX250 yang jelas dikatakan lebih mampu milik dan popular di pasaran tempatan.

Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi... 12

Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi... 13

Apapun, pengumuman rasmi tiga model berkuasa tinggi dari Suzuki ini tetap harus diraikan dan nantikan saja perkembangan selanjutnya daripada mereka.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda