window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi!

Khairil ยท Apr 28, 2021 05:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selepas video 'teaser' mengenai kelibat jentera berkenaan dikeluarkan pada awal bulan ini, Suzuki mendedahkan perincian mengenai perubahan yang dibuat dan apa yang boleh disimpulkan, ia cukup drastik.

Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi! 01

Selain enjin yang patuh Euro 5, perubahan lain yang sememangnya ketara adalah rekaan lampu depan LED berbentuk heksagon yang tampak seperti makhluk asing yang ganas. Mungkin ada yang tidak menggemarinya namun bagi Suzuki, ia satu inovasi.

Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi! 02

Untuk trenkuasa, enjin 999 cc, 4 Silinder Sebaris juga ditala bagi mendapatkan lebih kuasa berbanding model sedia ada dan kini menghamburkan 150 Hp pada 11,000 rpm.

Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi! 03

Antara perubahan 'dalaman' yang dibuat termasuklah penggunaan 'camshaft' (Aci sesondol), spring injap, kotak udara dan badan terotel yang baharu.

Dari sudut reka bentuk, panel badan GSX-S1000 2021 turut direka semula dan ia kini mempunyai winglet mini yang diinspirasi daripada rekaan MotoGP.

Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi! 04

Bagi mendapatkan tunggangan yang lebih selesa, bar hendal GSX-S1000 2021 turut dilebarkan iaitu 23 mm lebih lebar dan kedudukannya pula 20 mm lebih dekat dengan penunggang berbanding model sedia ada.

Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi! 05

Sistem suspensi pula menggunakan dari jenama KYB boleh laras di bahagian depan dengan sistem brek pula menggunakan jenama Brembo lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi! 06

Seperti motosikal aras tinggi lain, GSX-S1000 2021 turut dilengkapi dengan pelbagai sistem elektronik canggih seperti ‘Suzuki Intelligent Ride System' (SIRS) yang turut ada pada model Hayabusa.

Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi! 07

Ciri-ciri canggih lain adalah seperti teknologi 'ride-by-wire throttle', tiga mod tunggangan, bantuan rpm rendah, kawalan traksi lima tahap, quickshifter, autoblipper, slipper clutch, Sistem Bantuan Klac Suzuki.

Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi! 08

Kesemua perkakasan elektronik ini boleh dikawal menerusi panel meter LCD baharu yang diambil daripada model GSX-R1000.

Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi! 09

Perubahan lain adalah tangki minyak yang lebih besar iaitu berkapasiti 19 liter. Untuk pilihan warna, tiga warna yang boleh dipilih pula adalah metallic triton blue, mechanical matte grey, dan stealthy gloss black.

Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi! 10

Dan persoalan paling utama mengenai harga, Suzuki GSX-S1000 dijual pada tanda harga £ 10,999 (RM 62,596) dan mulai tiba di pengedar-pengedar di United Kingdom pada penghujung Jun.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda