window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan!

Khairil · Jan 20, 2021 09:00 AM

Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan! 01

Suzuki Katana. Seperti namanya yang mengambil inspirasi senjata warisan kebanggaan Jepun, reka bentuknya juga unik dan istimewa.

Bagi peminat motosikal berkuasa tinggi di era 80-an, Katana memang antara jentera yang menjadi idaman ketika itu menerusi model terhangat, GSX 1100 S Katana yang dilancarkan pada 1981.

Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ia berjaya mengejutkan dunia dengan rekaan bentuknya yang radikal bagaikan motosikal dari zaman berbeza, tetapi tidak melupakan ciri-ciri penting dari sudut aerodinamik, ergonomik dan sebagainya.

Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan! 01

Sumber imej: BikePics.com

Dari sudut prestasi pula, ia tidak perlu dipertikai kerana ia menggunakan spesifikasi Suzuki GSX1100. Tetapi, selepas mencapai kegemilangan selama beberapa tahun, popularitinya merosot sebelum Suzuki bertindak menghentikan pengeluarannya pada era milenium.

Dan selepas berpuluh tahun mendiamkan diri, ia hadir dalam bentuk baharu pada 2019, bergaya retro yang digarap dengan teknologi lebih moden namun tetap mengekalkan warisannya.

Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan! 02

Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan! 03

Suzuki sememangnya meletakkan harapan yang tinggi pada model ini. Apa tidaknya, ia dilancarkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suzuki Global, Toshihiro Suzuki.

Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan! 04

Melihat kepada sudut reka bentuknya, ia sememangnya sesuatu yang subjektif. Ada yang menyatakan ia pelik, aneh namun ada yang melihatnya sebagai cukup menarik.

Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan! 05

Menggunakan enjin dan casis yang sama daripada jentera Suzuki K5 GSX-S1000 yang 'padu', ini bermakna, kuasa yang dihasilkan versi terbaharu Katana juga sama iaitu 150Hp pada 10,000 rpm dan Tork setinggi 108Nm pada 9,500 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan constant mesh.

Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan! 06

Dari sudut teknologi pula, ia tidak kalah daripada jenama lain. Sistem suspensinya menggunakan fork terbalik (USD) 43mm daripada jenama KYB boleh laras sepenuhnya manakala suspensi belakang juga dari KYB dibantu 'Linkage' dan preload spring boleh laras.

Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan! 07

Ia dipadankan bersama brek hadapan dwi cakera 320mm 4 piston dari Brembo dan cakera tunggal 240mm Nissin 1 piston dan menggunakan sistem brek ABS (Brek Anti-Kunci) yang dibina oleh Bosch.

Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan! 08

Selain itu, turut didatangkan dengan tiga mod kawalan traksi (Traction Control) dan ia juga boleh dipadamkan jika tidak mahu digunakan. Seperti jentera moden masa kini, ia dilengkapi panel meter digital, sistem lampu LED dengan tangki bahan api berkapasiti 12 liter.

Edisi terhad 2021

Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan! 09

Bagi model 2021, Suzuki memperkenalkan Katana dalam warna istimewa, Candy Darling Red dan terhad kepada 100 unit tetapi malangnya, ia hanya untuk  pasaran Jepun sahaja.

Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan! 10

Ia dijual pada tanda harga 1,595,000 Yen (RM62,142). Sebagai perbandingan, model standard dijual 1,400,000 Yen (RM54,482) mengikut tukaran semasa.

Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan! 11

Seperti variannya, ia hadir dengan warna merah yang cukup garang dan ekslusif. Selain itu, bahagian tiub fork depan dan bar pemegang turut hadir dengan warna emas.

Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan! 12

Dari sudut kuasa dan teknologi, ia masih mengekalkan spesifikasi sama seperti model sebelumnya iaitu menggunakan enjin empat silinder bersesaran 998cc dengan padanan transmisi enam kelajuan, jadi tidak banyak yang perlu dijelaskan.

Ada ke di Malaysia?

Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan! 13

Ya, ada. Berdasarkan laman web jual beli popular di negara ini, Suzuki Katana versi 2020 dijual pada harga harga sekitar RM69,880 dan hadir dalam dua pilihan warna iaitu perak dan hitam.

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda