window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move

Mersita Ā· Nov 12, 2022 12:00 PM

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 01

Pada tahun 2000, Perodua melancarkan model keempatnya yang cukup unik iaitu Perodua Kenari. Kereta yang berasaskan Daihatsu Move generasi kedua ini tiba-tiba menjadi salah satu model paling popular keluaran syarikat otomotif tempatan ini dan ia dikekalkan dalam barisan produksi hampir sedekad lamanya.

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 02

Dalam entri terdahulu, kami sudah menceritakan sejarah Kenari sempena sambutan ulangtahunnya yang ke-20. Namun kali ini, kami ingin tumpukan perhatian anda kepada model Daihatsu ā€˜oriā€™ yang menjadi penderma kepada si Kenari, kereta ā€˜tin rotiā€™ kesayangan rakyat Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 01

Percaya atau tidak, Suzuki Wagon R asalnya tiada pintu sebelah kanan untuk penumpang di belakang

Lebih kurang seperti Daihatsu Mira yang menjadi inspirasi untuk Kancil, Kelisa, dan Viva, Daihatsu Move juga ada sejarah menarik yang mencecah usia 27 tahun. Ia telah menyaksikan sebanyak 6 generasi sepanjang hayatnya sejak ia dilancarkan pada 1995 sebagai pesaing kepada Suzuki Wagon R yang dilancarkan 2 tahun lebih awal.

Juga baca: Daihatsu Mira Gino ā€“ Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali!

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 02

Kali ini, kami akan ceritakan kisah Daihatsu Move bukan semata-mata dari lensa sejarahnya, sebaliknya kami akan huraikan terus 8 fakta yang anda mungkin belum tahu tentang kereta kei ini untuk anda kongsikan dengan rakan-rakan kelab pemilik Kenari nanti.

1. Dua generasi terawal direka oleh orang Itali

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 03

Daihatsu Compagno ā€“ salah satu kereta Daihatsu pertama yang sebenar ā€“ direka oleh ā€˜carrozzeriaā€™ atau ā€˜coachbuilderā€™ dari Itali iaitu Vignale

Pusat rekaan Daihatsu dan Itali bekerjasama dalam penghasilan beberapa model kereta pertama Daihatsu. Malah, sentuhan ā€˜Italianā€™ memberi pengaruh besar dalam peralihan Daihatsu dari trak komersial dan kenderaan roda-tiga kepada kereta penumpang untuk kegunaan rakyat marhaen.

Juga baca: Barang Rare: Daihatsu Mira untuk dijual. Original bukan Perodua Kancil yang diubahsuai!

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 04

30 tahun selepas Daihatsu Compagno diperkenalkan, Daihatsu telah meminta pertolongan dari satu lagi kumpulan dari Itali untuk menghasilkan rekaan kereta ā€˜tin rotiā€™nya supaya boleh bersaing dengan Wagon R. Berpengkalan di Turin, Itali, I.DE.A Institute diasaskan pada 1978 oleh Franco Mantegazza.

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 05

Move dan beberapa lagi hasil rekaan kereta ā€˜tin rotiā€™ oleh I.DE.A (dari bawah-kiri): Fiat Tipo, Alfa Romeo 155, dan Lancia Delta

Studio berkenaan pernah mereka banyak kereta-kereta Itali pada penghujung tahun 80-an dan 90-an termasuklah Fiat Tipo, Alfa Romeo 155, dan Lancia Delta. Mungkin mereka rasakan yang rekaan ā€˜tin rotiā€™ ini cukup sesuai untuk Daihatsu dan I.DE.A dilantik untuk melukis rekaan Move generasi pertama.

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 06

Walaupun penggayaannya agak pelik (tapi praktikal), Move gagal di pasaran luar negara. Walau bagaimanapun, Daihatsu nekad untuk membuat cubaan kali kedua. Kali ini, untuk Move generasi kedua pula, syarikat Jepun itu melantik Giugiaro dari Italdesign dalam pembentukan model ini dengan rekaan lebih aerodinamik ā€“ namun masih kekal dengan rupa ikonik tin rotinya.

Juga baca: Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 07

Malangnya sejarah berulang, dan Move L900 gagal menawan pasaran Barat. Hampa, Daihatsu menghentikan jualan Move di sana. Tapi pada masa sama, Move generasi kedua ini sudah meraih populariti di Malaysia dan Jepun dimana ia mampu bertahan bagi 4 generasi seterusnya.

2. Ada varian khas untuk perempuan

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 08

Sama seperti Mira, Move juga tidak terlepas daripada trend ā€˜kawaiiā€™ Hello Kitty

Selain daripada Move standard, Daihatsu menawarkan beberapa lagi varian untuk kereta kei tinggi ini ā€“ lebih kurang sama dengan strategi untuk adiknya, Mira. Setiap satu varian yang ditawarkan tampil dengan rekaan lain dari yang lain sehinggakan ada diantaranya nampak seperti model berasingan.

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 09

Varian paling terkenal ialah Move Aerodown Custom. Sama seperti Mira Moderno, Gino, dan Avy untuk Kancil, Kelisa, dan Viva; Aerodown Custom menjadi rebutan di kalangan peminat Perodua. Varian Move yang lebih sporty menjadi inspirasi utama bagi varian-varian Kenari lebih baru, terutama sekali Kenari RS.

Baca juga: Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan!

Tapi, varian yang tak ramai orang tahu adalah Move Latte; varian cantik menawan disasarkan khusus untuk pembeli perempuan berusia lewat 20-an dan awal 30-an yang gemar berkunjung ke kafe. Ia tampil dengan reka bentuk luaran lebih lembut dan membulat, manakala ruang kabinnya dihiasi rona lembut samada Warm Apricot atau Clean Ivory.

Juga baca: Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada 'sampah' menjadi 'emas' iaitu Perodua Alza

Move Latte dihentikan produksinya pada 2009 setelah 5 tahun berada di pasaran dan terjual sebanyak 152,128 unit. Segelintir pembeli, terutama sekali demografik sasarannya, berasa cukup hampa dengan keputusan ini. Move Latte kemudiannya diganti dengan Move Conte; kereta ā€˜tin rotiā€™ bergaya retro dan cukup padan dengan namanya ā€“ Conte bermaksud ā€˜containerā€™.

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 10

Move Conte terbukti jauh lebih popular berbanding Move Latte ā€“ lebih 260,000 unit terjual dan produksinya berlangsung sehingga tahun 2017. Ia kemudiannya diganti dengan Move Canbus iaitu sebuah lagi model bergaya retro yang didatangkan dengan pintu gelongsor dan turut disasarkan pada kaum hawa.

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 11

Bagi mereka yang sukakan Miku-chan dan berangan-angan untuk menjadikannya ā€˜waifuā€™, turut disertakan opsyen ucapan selamat datang dengan suaranya setiap kali anda masuk ke dalam kereta

Selain daripada golongan perempuan, Move Canbus nampak gayanya turut dipasarkan kepada para peminat anime dengan sepasang versi Hatsune Miku eksklusif yang tampil dengan vocaloid karakter idaman setiap ā€˜otakuā€™ ini.

3. Beberapa alat ganti Move generasi ketiga boleh ditukar ganti dengan Perodua Viva

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 12

Mana satu Move, mana satu Viva?

Salah satu kaedah ā€˜convertā€™ yang biasa digunakan oleh pemilik Perodua Viva adalah dengan menukarkannya kepada Mira Avy. Bagaimanapun, ada juga segelintir pemilik yang telah mentransformasikan Viva mereka kepada Daihatsu Move.

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 13

Rekaan menegak Viva menjadikannya hampir sempurna sebagai Move ā€˜celupā€™ dan lebih menarik, Mira L250 dan Move L150 berkongsi platform yang sama. Barangkali disebabkan oleh persamaan inilah yang menarik minat pemilik untuk tampil berbeza dalam kaedah ā€˜convertā€™ mereka.

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 14

Perhatikan betul-betulā€¦ Move kan?

Lain kali, jika anda rasa anda terlihat Daihatsu Move meluncur ranggi di jalan raya, perhatikan betul-betul kerana ia boleh jadi Perodua Viva yang menyamar sebagai Move.

4. Move generasi keempat ada dua rekaan berbeza, bergantung kepada varian

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 15

Move generasi ke-4 (atas) dan Move Custom (bawah)

Move seringkali dikaitkan dengan rekaan ā€˜tin rotiā€™, tapi dengan model generasi keempatnya, rupa bentuk berkotak ini ditolak ke tepi dan digantikan dengan bentuk ovoid (seperti telur ayam). Tapi, ini bukanlah bermaksud bentuk kotaknya tak ada langsung.

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 16

Jika dilihat pada rekaan Move Custom, hud hadapannya kedepan sedikit dan rekaan jejaring hadapannya juga lain. Perbezaan antara kedua-dua kereta ini juga ketara di bahagian belakangnya iaitu posisi nombor platnya yang terletak di bampar belakang bagi Move biasa dan di pintu bonet bagi Move Custom.

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 17

Kemudian, Move Custom didatangkan dengan rekaan hud yang lebih menonjol ketika ia diberi kemaskini ā€“ hampir menyingkirkan bentuk telur ayamnya dari Move biasa. Akhirnya, Daihatsu mengembalikan rupa bentuk ā€˜tin rotiā€™ semula kepada generasi-generasi Move yang seterusnya dan segalanya kembali normal.

5. Move, antara kereta kei pertama yang dilengkapi ADAS

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 18

Move LA100 generasi kelima tampil dengan reka bentuk kotaknya yang dikenali ramai, selain menjadi tumpuan ramai dalam aspek kelengkapan keselamatan. Varian-varian CVT Move juga merupakan antara kereta pertama yang dilengkapi sistem ā€˜stop-startā€™ ā€“ satu norma bagi banyak kereta-kereta moden masa kini.

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 19

Ketika LA100 dilancarkan pada 2010, sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) selalunya hanya boleh didapati pada kereta-kereta besar dan mewah. Tak banyak kereta biasa yang dilengkapi dengan set keselamatan dan walaupun ia ada ditawarkan, ia hanya diberi untuk varian tertinggi.

Walaupun sistem ā€˜stop-startā€™ ini diperkenalkan ketika pelancarannya, Move masih mengambil masa beberapa tahun untuk menampilkan ADAS, pertama dari jenisnya dalam kategori kereta kei. Kemaskini pada 2012 memperkenalkan Pek Bantuan Pemanduan Pintar yang ditawarkan secara opsyen bagi semua varian Move LA100.

Juga baca: Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda?

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 20

Varian lebih tinggi, Custom RS, pula menerima pek ini sebagai standard yang merangkumi brek kecemasan berautonomi (AEB), bantuan kekal lorong (LKA), dan kawalan peluncuran radar setiap kelajuan. Semua kelengkapan ini akhirnya menjadi kebiasaan bagi semua kereta dalam dekad seterusnya, namun Move menjadi bukti pertama yang menunjukkan perkembangan teknologi keselamatan ini untuk lebih banyak kumpulan pembeli.

6. Move ada kembar berlencanakan Subaru

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 21

Barisan kereta kei Subaru OEM Daihatsu

Walaupun Subaru lebih sinonim dengan kereta crossover pacuan semua roda (AWD) dan hero rally, anda boleh temui barisan kereta kei Daihatsu yang dilencanakan semula di Jepun. Selain daripada Pleo berasaskan Mira e:S dan Chiffon berasaskan Tanto, rakyat negara itu juga ditawarkan dengan Subaru Stella yang berdasarkan Move.

Juga baca: Subaru dengan enjin boxer dan symmetrical AWD, baloi ke beli kereta jenis ini?

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 22

Pada awalnya, Stella merupakan model original Subaru. Tapi, jika dilihat lebih teliti, anda mungkin takkan sangka ia padan dengan lencana Star of Pleides itu. Apa-apa pun, ia masih ada satu kualiti unik dan aneh walaupun ia nampak seperti kereta kei tinggi yang tipikal ā€“ ia ada varian ā€˜superchargedā€™.

Juga baca: Kenali kereta sport ā€˜kawaiiā€™ Kei dari tahun 90-an

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 23

Boleh terbang ni, bhai!

Perlu diingatkan, ia masih lagi sebuah kereta kei. Oleh itu, ā€˜superchargerā€™ ini dipadankan dengan enjin 660 cc (64 PS/93 Nm), namun Subaru kemudiannya memperkenalkan satu kereta konsep ditala oleh STi dimana kuasanya dipertingkatkan kepada 108 PS!

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 24

Memandangkan Subaru mahu menumpukan perhatian kepada pasaran luar negara yang lebih lumayan, syarikat itu menandatangani perjanjian bersama Daihatsu (dan induknya, Toyota) untuk melencanakan semula beberap model sebagai OEM (pengilang peralatan asli). Stella pertama yang berdasarkan Move diperkenalkan pada 2011 dengan rekaan yang secara asasnya serupa dengan Daihatsu.

Juga baca: 12 kereta 'rebadge' paling pelik ā€“ dari Gen.2 China sampailah ke Hilux Jerman

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 25

Model ā€˜rebadgeā€™ ini diteruskan dengan Stella generasi ketiga terkini yang dilancarkan tidak lama selepas Move generasi keenam dilancarkan pada lewat 2014. Subaru menawarkan hanya 3 varian manakala Move mempunyai 9 varian.

7. Ia dilencanakan semula di China dan turut dijual di Amerika Syarikat sebagai kereta elektrik (EV)

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 26

Kredit: Car Brochure Addict

Perodua bukanlah satu-satunya pengeluar kereta yang menghasilkan Daihatsu Move secara berlesen. Move generasi kedua juga dilencanakan semula oleh FAW Group dari China sebagai Huali Happy Messenger dari 2003 sehinggalah 2006.

Juga baca: 40 tahun lalu, China tak pandai CKD kereta pun. Macam mana mereka boleh cantas Proton dan Perodua?

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 27

Tianjin Huali Dafa (atas) dan Huali Dario (bawah)

Kepakaran jenama Huali dalam kereta kompak juga digunakan untuk dua lagi model Daihatsu sebagai kereta ā€˜rebadgeā€™ China; iaitu Hijet yang digelar sebagai Huali Dafa dan Terios yang dinamakan Huali Dario.

Juga baca: Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 28

Semangat Confucius turut menyerikan risalah pemasaran Happy Messenger

Huali Happy Messenger dikuasakan oleh enjin 1.0 liter yang menjana 55 PS, namun besar kemungkinannya ia bukanlah enjin 1.0 liter DOHC EJ-DE yang digunakan untuk Kenari (54 PS/88 Nm). Berbeza dengan Kenari, Happy Messenger hanya ditawarkan dengan kotak gear manual 5 kelajuan.

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 29

FAW Angel spesifikasi Eropah Timur ditunjukkan

Happy Messenger turut dieksport ke Mesir dan beberapa buah lagi negara Eropah Timur dengan nama yang lebih normal, FAW Angel. Walaupun jualannya dihentikan di China, penghasilannya masih diteruskan untuk pasaran AS pula.

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 30

Miles Electric Vehicles diasaskan pada 2004 oleh Miles Rubin dan sebahagian besarnya berpengkalan di Los Angeles. Syarikat berkenaan meraih perhatian apabila ia menawarkan Miles ZX40 yang akhirnya menjadi kereta China lulus undang-undang jalan raya pertama di AS.

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 31

ZX40 dan naiktaraf-naiktaraf seterusnya lebih masuk akal berbanding lain-lain tawaran oleh ā€˜start-upā€™ EV Amerika ini ketika pertengahan 2000-an, dimana kebanyakannya nampak seperti kereta golf ataupun sikal tiga-roda. ZX40S lebih baru dikuasakan oleh sistem 72 volt dengan jarak perjalanan sehingga 96 km tapi terhad kepada 40 km/jam mengikut undang-undang.

Juga baca: POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 32

Sebuah ladang di Montana membeli 12 unit EV ini, tapi hanya sedikit saja yang masih kekal ke hari ini

Ia bukanlah sehebat EV moden, tapi ZX40 ini digunakan oleh pelbagai badan kerajaan dan university seperti NASA, US Navy, Stanford University, dan Yale University. Malangnya, Miles Electric Vehicle tidak mampu bertahan dan pada 2013 ā€“ kurang sedekad selepas penubuhannya ā€“ syarikat berkenaan diisytiharkan muflis.

8. Ada model konsep Kenari Hybrid pada 2003

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 33

Sumber

Bercakap tentang Move dielektrifikasikan, Perodua dahulu pernah menayangkan satu konsep iaitu Kenari Hybrid di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2003. Kereta konsep ini memaparkan teknologi yang disediakan oleh Daihatsu dan ia dikatakan bukannya diambil dari Toyota Hybrid System.

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 34

Memandangkan Perodua menggunakan teknologi Daihatsu, ia barangkali lebih kurang sama dengan enjin ini yang ditunjukkan di dalam kereta konsep Move EV-H II ketika Tokyo Motor Show 1999

Kereta konsep hybrid ini 115 kg lebih berat berbanding Kenari petrol biasa kerana pek baterinya yang berat dan kelajuan puncaknya 10 km/jam lebih rendah. Sistem ini menggabungkan enjin petrol 660 cc (41 PS/57 Nm) dengan motor elektrik (25 PS/100 Nm), dipadankan dengan CVT elektronik yang menggerakkan roda hadapan.

Juga baca: Memandu Perodua Myvi facelift 2022 dengan D-CVT baru ā€“ Bagaimana rasanya, padu ke tak?

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 35

Daihatsu juga mendemonstrasikan teknologi sel bahan api di dalam Move pada 2003, tetapi ia gagal melepasi peringkat prototaip

Motor elektriknya dijana oleh bateri Ni-Mh 288 voltan dan walaupun prototaip ini tampak sedia untuk produksi, Perodua tidak pernah merealisasikannya. Hampir sedekad kemudian barulah Perodua menjenguk semula teknologi hibrid apabila syarikat itu memperkenalkan Perodua Ativa versi hibrid baru-baru ini.

Juga baca: Semua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40%

Daihatsu Move mungkin boleh dikatakan lebih menjurus kepada pasaran Jepun pada masa kini. Namun, suatu ketika dahulu, inilah kereta tinggi ā€˜tin rotiā€™ yang cukup aneh dan berusaha untuk menempa nama di pasaran luar negara. Walaupun berdepan kegagalan di Eropah, ternyata ā€˜tin rotiā€™ ini meraih populariti sebenar di Malaysia.

Bukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move 36

Kenari spesifikasi Sri Lanka ditunjukkan

Selain itu, Perodua Kenari turut dieksport ke negara luar iaitu di pasaran-pasaran asing bagi Daihatsu. Move dan Kenari berjaya mengumpul pengikut setia dengan rupa bentuk dan gayanya yang aneh tapi praktikal. Tapi malangnya, agak malap masa depannya untuk memasuki pasaran dengan Perodua sekali lagi.

Apa-apapun, jika anda berminat, anda boleh membeli Perodua Kenari idaman anda di laman Carlist. Ada pelbagai unit untuk dipilih!

Juga baca: Tiba masanya kita berhenti panggil Proton dan Perodua ā€œkereta nasionalā€

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda