window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Continental hadir dengan Continental CC7, tayar selesa paling popular kini lebih baik!

Haris · Mar 2, 2023 03:00 PM

Continental hadir dengan Continental CC7, tayar selesa paling popular kini lebih baik! 01

Susulan pelancaran UltraContact UC7 pada Ogos 2022, Continental Tyres
melancarkan produk baharunya dalam rangkaian tayar Generasi 7, ComfortContact CC7, tayar yang memberi tumpuan kepada keselesaan bagi membolehkan pemandu dan penumpang benar-benar menikmati setiap perjalanan yang mereka lalui.

“Menerusi pemahaman kami tentang pasaran ini, kami tahu bahawa kriteria utama untuk pemandu di Asia Pasifik ialah keselesaan, berbanding dengan rakan-rakan mereka di Barat dan Eropah.

Sebab itulah, Continental telah membina reputasi dengan menawarkan barisan produk tayar yang lebih senyap dan lebih selesa khusus untuk pasaran Asia kami. ComfortContact CC7 mewakili produk mercu kami dalam segmen Comfort,” ujar Ketua Tayar Gantian Asia Pasifik, Dalibor Kalina.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Parameter keselesaan tayar biasanya diukur menerusi ciri-ciri Kebisingan, Getaran, dan Kekerasan (NVH) kenderaan. Menurut penyelidikan yang dilakukan oleh Continental, tayar menyumbang kira-kira 50 peratus daripada kebisingan yang dihasilkan ketika memandu.

Continental hadir dengan Continental CC7, tayar selesa paling popular kini lebih baik! 01

“Apabila bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi terutamanya, bunyi tayar yang bersentuhan dengan permukaan jalan dan angin bergelora meningkat dan menjadi lebih ketara. Bunyi bising daripada tayar turut menjadi faktor yang sangat penting untuk kenderaan elektrik yang mana sistem pemanduannya hampir tidak mengeluarkan bunyi."

"Untuk kedua-dua kenderaan ICE konvensional dan elektrik, ini bermakna pemilihan tayar yang selesa adalah penting kerana ia boleh menambah baik akustik di dalam kabin secara signifikan.”

Penyelesaian mereka terhadap perkara ini adalah ComfortContact CC7 baharu, ditambah baik dengan Teknologi Comfort+ yang menjanjikan pengalaman pemanduan lebih lancar dan senyap yang memberikan keselesaan dan ketenangan minda - “Driving Comfort, Redefined by Technology”.

“Memandangkan setiap pelanggan mempunyai keperluan yang berbeza serta permintaan terhadap teknologi berinovasi, kami berusaha untuk memahami keperluan pemandu di Malaysia dan mencipta produk yang dapat memenuhi keperluan ini,” ujar Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova.

Continental hadir dengan Continental CC7, tayar selesa paling popular kini lebih baik! 02

Untuk membawa ComfortContact CC7 ke pasaran, Continental telah mengumpulkan sebuah pasukan global yang terdiri daripada lebih 30 jurutera serta pakar yang mengambil masa lebih 7,500 jam untuk mereka bentuk, menjalankan ujian simulasi, membina dan menguji prototaip. Lebih daripada 500 ujian telah dilakukan di atas pelbagai keadaan jalan dan makmal, dengan jarak yang cukup untuk mengelilingi Bumi lebih 7 kali.

Comfort+ Technology pada ComfortContact CC7 merangkumi tiga ciri utama, Z.E.N iaitu:

  • Zero Shock Pattern (Kejutan Sifar)
  • Everflex Compound (Bahan Everflex)
  • Noise Muter (Bunyi Menggumam)

ComfortContact CC7 Zero Shock Pattern menampilkan reka bentuk corak tayar unik yang mengurangkan hentakan berbanding blok tradisional. Ia direka bentuk bagi mengurangkan secara signifikan kekasaran walaupun di atas permukaan jalan yang berbonggol dan tidak rata, membawa keselesaan pemanduan yang hebat ke satu tahap lebih tinggi.

Continental hadir dengan Continental CC7, tayar selesa paling popular kini lebih baik! 03

Noise Muter terdiri daripada dua teknologi peredam bunyi yang berkesan mengurangkan kebisingan untuk keselesaan bunyi yang lebih baik.

Pertama, Noise Breaker 3.0 memecahkan gelombang bunyi menjadi gelombang yang lebih kecil dan menghalang ia daripada bertambah dan masuk ke dalam kabin kereta.

Kedua, Helmholtz Resonators, yang dinamakan sempena nama ahli fizik Jerman yang menemui teori Resonan Helmholtz, adalah ruang penyerap bunyi bising pada permukaan corak tayar yang menarik gelombang udara dan menyerap frekuensi
bunyi bising sebelum ianya dapat keluar.

Continental hadir dengan Continental CC7, tayar selesa paling popular kini lebih baik! 04

Selain menumpukan kepada aspek keselesaan, jurutera Continental turut membina tayar yang tahan lama untuk ComfortContact CC7 yang dapat menahan asakan penggunaan harian. Sama ada untuk perjalanan jarak dekat berulang alik setiap hari atau perjalanan jarak jauh, ComfortContact CC7 Everflex Compound ialah bahan tahan lasak semua musim yang menjadikan tayar ini sesuai untuk penggunaan dalam pelbagai keadaan suhu dan musim berbeza.

Berbanding dengan produk tayar ComfortContact CC6 yang terdahulu, ComfortContact CC7 memberikan tahap keselamatan yang dipertingkatkan di atas jalan menerusi penambahbaikan ketara dari segi pengendalian dan brek tanpa menjejaskan tahap keselesaan dan pengurangan bunyi bising.

ComfortContact CC7 dicipta untuk pelbagai jenis kenderaan, ia boleh didapati dalam pelbagai saiz dari 13” hingga 16”. Pemandu yang mahu merasai pengalaman pemanduan yang benar-benar menyeronokkan boleh memilih tayar ComfortContact CC7 untuk kenderaan kompak mini, kompak, saiz sederhana dan MPV mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.continental-tyres.com.my.

Baca: Beli tayar percuma minyak enjin? Castrol dan Continental umum kerjasama!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda