window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Continental tawar waranti tambahan, baucar sehingga RM 200 untuk pembelian tayar baru sempena Hari Raya 2023!

Mersita · Apr 5, 2023 08:00 AM

Continental tawar waranti tambahan, baucar sehingga RM 200 untuk pembelian tayar baru sempena Hari Raya 2023! 01

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 dan ulangtahun yang ke-60, Continental Tyre Malaysia meraikannya dengan pelancaran Total Confidence Plan (TCP) atau Program Waranti Tambahan berserta ganjaran baucar e-dompet sehingga RM 200 untuk pelanggan yang membuat pembelian tayar baru daripada Continental.

TCP merupakan satu pakej waranti tambahan dan servis menyeluruh yang terdiri daripada perlindungan bahaya jalan raya untuk 12 bulan pertama, penggantian tayar 1 kepada 1, dan aplikasi mudah alih yang mudah digunakan sebagai saluran penyelesaian serta tuntutan sehenti.

Continental tawar waranti tambahan, baucar sehingga RM 200 untuk pembelian tayar baru sempena Hari Raya 2023! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi memudahkan pelanggan, TCP boleh diakses menerusi aplikasi mudah-alih di mana pemandu boleh mendaftar dan memfailkan tuntutan pada bila-bila masa menerusi peranti pintar di mana saja mereka berada.

Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Conti TCP di Apple App Store atau Google Play Store dan mendaftar butiran peribadi serta memuat naik invois rasmi.

Continental tawar waranti tambahan, baucar sehingga RM 200 untuk pembelian tayar baru sempena Hari Raya 2023! 01

Untuk membuat pendaftaran tayar dalam aplikasi Conti TCP, pemandu dikehendaki mengimbas kod bar pada dinding tepi bahagian bawah tayar sebelum pemasangan. Pendaftaran lengkap setelah anda berjaya menerima waranti semasa dan tempoh tawaran, dimana anda boleh menikmati 12 bulan pertama Total Confidence Plan dengan Continental.

Tawaran promosi ini disediakan di lebih 100 pengedar tayar Continental di seluruh Malaysia.

Continental tawar waranti tambahan, baucar sehingga RM 200 untuk pembelian tayar baru sempena Hari Raya 2023! 02

Juga baca: Continental hadir dengan Continental CC7, tayar selesa paling popular kini lebih baik!

Bermula hari ini sehingga 30 Jun 2023, beli minimum dua tayar jenama Continental di mana-mana pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di kedai Shopee rasmi Continental untuk menebus baucar e-dompet Touch ‘n Go melalui aplikasi Conti TCP.

Promosi ini terpakai untuk semua tayar bersaiz 14 inci dan ke atas untuk kereta penumpang, SUV, MPV, dan 4x4 sahaja.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Hari Raya, sila lawati pautan ini dan bagi maklumat lanjut mengenai TCP, sila layari pautan ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda