window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Danny X-Factor sara keluarga dengan pandu e-hailing, jadi penyelamat ketika pandemik

Mersita · Jan 26, 2023 07:00 PM

Danny X-Factor sara keluarga dengan pandu e-hailing, jadi penyelamat ketika pandemik 01

Bekerja dalam ekonomi gig seperti memandu e-hailing menjadi punca pendapatan utama bagi ramai rakyat Malaysia ketika dunia dilanda pandemik Covid-19 dan ‘lockdown’ dikuatkuasakan dahulu. Situasi sama dihadapi oleh pelakon dan penyanyi, Danny X-Factor, yang menganggap keputusannya untuk menjadi pemandu e-hailing ‘menyelamatkannya’ pada masa sukar itu.

Menurut penggiat seni berusia 42 tahun itu, dia tidak malu menjadi pemandu e-hailing sejak 2017, malah berasa seronok dan senang hati melakukan pekerjaan tersebut.

Danny X-Factor sara keluarga dengan pandu e-hailing, jadi penyelamat ketika pandemik 02

Danny, salah seorang ahli kumpulan 'boy band' X-Factor yang popular pada awal 2000-an

Danny, atau nama penuhnya Mohd Kardanie Anwa, yang kini lebih menumpukan perhatian kepada produksi filem di balik tabir selain meneruskan kerja sebagai pemandu Grab mengakui yang pendapatan diperolehnya sebagai pemandu e-hailing lebih lumayan daripada kerjaya seni.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Ada yang apabila masuk kereta bertanya, kau sudah tidak berlakon ke? Atau kau dah tiada tawaran dah ke? Itu adalah antara soalan yang membuatkan saya terasa. Apa salahnya kan? Janji dapat menyara keluarga saya pada ketika itu,” katanya dalam satu laporan oleh Harian Metro.

Baginya, kerja sebagai pemandu e-hailinglah yang membolehkan dia melangsaikan bil bulanan dan kos sara hidupnya sekeluarga apabila pandemik melanda; ditambah pula dengan isterinya yang hilang pendapatan sebagai pramugari pada waktu itu.

Ternyata, kerja yang mungkin dianggap ramai ‘biasa-biasa saja’ inilah yang menjadi talian hidup bagi ramai rakyat Malaysia pada waktu sukar. Diharap ramai yang boleh menjadikan kisah ini sebagai inspirasi untuk terus mencari rezeki halal dan mengetepikan stigma masyarakat demi meneruskan kehidupan.

Juga baca: Pemandu e-hailing ditekan kadar upah rendah - kesan desakan pengguna mahu tambang murah?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda