window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati perkenal Multistrada V4 Rally (2023), lebih 'lasak' tapi lagi selesa, ada mod Enduro!

Khairil · Oct 4, 2022 06:00 PM

Ducati perkenal Multistrada V4 Rally (2023), lebih 'lasak' tapi lagi selesa, ada mod Enduro! 01

Ducati meningkatkan penawarannya terhadap model bergaya 'Adventure touring' popularnya dengan melancarkan Ducati Multistrada V4 Rally (2023) yang mendapat pelbagai peningkatan termasuk di bahagian trenkuasa dan suspensi.

Tiada perubahan dari sudut rekaan dilakukan namun seperti namanya, Ducati Multistrada V4 'Rally', kemampuan 'off-road' atau lasak motosikal ini dipertingkatkan dan menariknya, boleh menempuh jarak lebih jauh dengan selesa.

Ducati perkenal Multistrada V4 Rally (2023), lebih 'lasak' tapi lagi selesa, ada mod Enduro! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk menambah kemampuan itu, Ducati menaiktaraf sistem suspensi dimana fork Skyhook Showa yang dipadankan dengan Multistrada V4 Rally ini memiliki jarak 'travel' lebih panjang, 200 mm berbanding 170 mm pada Multistrada V4 S.

Juga baca: Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 kini di Malaysia, harga menarik bermula RM 136k!

Ducati perkenal Multistrada V4 Rally (2023), lebih 'lasak' tapi lagi selesa, ada mod Enduro! 01

Apa yang menarik, bukan saja kemampuan lasak dipertingkat, malah sudut keselesaan juga diperhalusi dengan sistem suspensi itu kini datang dengan ciri ‘self-levelling ability’. Menerusi sistem itu, ia akan menyelaraskan fork dan suspensi belakang (Monoshock) mengikut keadaan permukaan jalan.

Ducati perkenal Multistrada V4 Rally (2023), lebih 'lasak' tapi lagi selesa, ada mod Enduro! 02

Di bahagian trenkuasa, Ducati Multistrada V4 Rally menggunakan enjin V4 Granturismo 1,158 cc turut yang memiliki sistem canggih di mana dua silinder belakang boleh dinyahaktif ketika berhenti, sistem yang turut digunakan Multistrada V4 S.

Begitupun, sistem itu ditambahbaik untuk Multistrada V4 Rally dengan fungsi nyahaktif dua silinder itu boleh dilakukan ketika motosikal masih beroperasi sekaligus menambah baik penggunaan bahan api dan emisi.

Ducati perkenal Multistrada V4 Rally (2023), lebih 'lasak' tapi lagi selesa, ada mod Enduro! 03

Tiada perubahan kuasa berlaku dengan Multistrada V4 Rally kekal menghamburkan kuasa sebesar 170 Hp pada 10,750 rpm dan tork 121 Nm pada 8,750 rpm. 

Juga baca: Ducati lancar edisi terhad Streetfighter V4 Lamborghini, ada versi Speciale Clienti, harga mula RM 306k!

Ducati perkenal Multistrada V4 Rally (2023), lebih 'lasak' tapi lagi selesa, ada mod Enduro! 04

Brushed Aluminium & Matt Black

Selain itu, Multistrada V4 Rally kini turut mempunyai tambahan pilihan mod tunggangan iaitu Enduro yang mengehadkan kuasa motosikal berkenaan kepada 114 Hp dan mempunyai pemetaan tersendiri.

Ducati perkenal Multistrada V4 Rally (2023), lebih 'lasak' tapi lagi selesa, ada mod Enduro! 05

Ducati Red

Peningkatan lain termasuklah pengenalan ‘adaptive ride-height’ yang berfungsi merendahkan jentera bagi memudahkan penunggang untuk naik dan turun sewaktu enjin dihidupkan atau dimatikan selain tangki bahan api sebesar 30 liter, 22 liter pada model standard dan V4 S. 

Ducati perkenal Multistrada V4 Rally (2023), lebih 'lasak' tapi lagi selesa, ada mod Enduro! 06

Sebagai antara model aras tinggi Ducati, Multistrada V4 Rally turut memiliki ciri seperti Adaptive Cruise Control, Blind Spot Detection, Cornering ABS, Wheelie Control, Traction Control dan Cornering Lights.

Tiga varian Multistrada V4 Rally ditawarkan iaitu Adventure Radar, Adventure Travel & Radar dan varian tertinggi, Full Adventure.

Ducati perkenal Multistrada V4 Rally (2023), lebih 'lasak' tapi lagi selesa, ada mod Enduro! 07

Dan pilihan warna untuk ketiga-tiga varian adalah Ducati Red dan Brushed Aluminium & Matt Black dengan kesemua varian menggunakan rim spoked tanpa tiub 19 inci (Depan) dan 17 inci (Belakang).

Ducati perkenal Multistrada V4 Rally (2023), lebih 'lasak' tapi lagi selesa, ada mod Enduro! 08

Perbezaan antara varian adalah Adventure Radar dan Adventure Travel adalah membabitkan kotak tepi aluminium, pemanas tangan dan pelana dan untuk Full Adventure, ia ditambah dengan penggunaan ekzos Akrapovic dan penghadang lumpur depan gentian karbon.

Juga baca: Dijual pada harga asas RM 65.9k, Ducati Scrambler Nightshift 2021 kini di Malaysia!

Ducati perkenal Multistrada V4 Rally (2023), lebih 'lasak' tapi lagi selesa, ada mod Enduro! 09

Menurut Ducati, Multistrada V4 Rally ini dijangka tiba di bilik pameran Ducati pada Februari tahun depan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda