window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati Streetfighter V4 SP dalam pembikinan, jangka dilancar 2022!

Khairil ยท Aug 8, 2021 06:00 PM

Ducati Streetfighter V4 SP dalam pembikinan, jangka dilancar 2022! 01

Ducati menerusi satu dokumen yang tertiris di Amerika Syarikat dikhabarkan bakal melancarkan versi SP (Sport Production) untuk model 'Super naked' jenama berkenaan, Ducati Streetfighter V4 pada tahun hadapan.

Juga baca: Ducati Panigale V2 Edisi Istimewa Troy Bayliss, penghormatan buat legenda WSBK!

Seperti versi SP yang lain, Streetfighter V4 SP 2022 dijangka bakal dipadankan dengan pelbagai komponen premium namun turut datang bersama harga yang 'kayangan'.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ducati Streetfighter V4 SP dalam pembikinan, jangka dilancar 2022! 01

Ducati Streetfighter V4

Berdasarkan maklumat daripada dokumen berkenaan, Ducati Streetfighter V4 SP akan menggunakan trenkuasa yang sama seperti versi standard iaitu enjin V4 1,103 cc yang berupaya menghasilkan kuasa sekitar 208 Hp dan tork 101 Nm.

Ducati Streetfighter V4 SP dalam pembikinan, jangka dilancar 2022! 02

Tetapi istimewanya, Ducati pasti menggunakan 'resipi' yang sama seperti versi SP yang lain menyaksikan jentera berkenaan pastinya jauh lebih ringan berikutan penggunaan komponen dari gentian karbon dan perkakasan berkualiti tinggi.

Juga baca: Ducati Diavel 1260 S edisi 'Black and Steel' 2022, sungguh 'kacak' lagi menarik!

Antara komponen yang turut dijangka diberikan 'sentuhan' gentian karbon ialah 'mudguard', rim dan beberapa bahagian panel lain. Selain itu, ia pastinya menggunakan warna istimewa SP.

Ducati Streetfighter V4 SP dalam pembikinan, jangka dilancar 2022! 03

Seperti varian SP lain, sistem brek Streetfighter V4 SP 2022 juga dijangka dipertingkatkan menggunakan kaliper Brembo Stylema R dan MCS Master Cylinder selain sistem klac kering (dry clutch) seperti digunakan pada Panigale V4 SP.

Ducati Streetfighter V4 SP dalam pembikinan, jangka dilancar 2022! 04

Panigale V4 SP.

Dengan segala peningkatan yang diberi, Ducati Streetfighter V4 SP 2022 pastinya lebih 'sedap' untuk dilayan di litar.

Juga baca: Ducati Malaysia pertontonkan jentera berharga RM880k, Panigale Superleggera V4

Ducati Streetfighter V4 SP dalam pembikinan, jangka dilancar 2022! 05

Menurut laman web motorcyclenews, Ducati Streetfighter V4 SP 2022 dijangka mencecah harga £ 27,000  (RM 158,352) di pasaran UK.

Ducati Streetfighter V4 SP dalam pembikinan, jangka dilancar 2022! 06

Sebagai peringatan, jangan diharapkan harga seperti di atas apabila ia tiba di Malaysia.

Ducati Streetfighter V4 SP dalam pembikinan, jangka dilancar 2022! 07

Ketika ini, tiada sebarang pengumuman rasmi daripada syarikat berpangkalan di Bologna, Itali itu mengenai model berkenaan namun dijangkakan, ia bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

Juga baca: Ducati Hypermotard 950 RVE kini di Malaysia, harga asas RM 80,9k

Ducati Streetfighter V4 SP dalam pembikinan, jangka dilancar 2022! 08

Tetapi sebelum itu, Ducati Streetfighter V4 SP 2022 ini berkemungkinan akan dipertontonan di EICMA 2021 atau lebih awal sedikit sekitar penghujung Oktober ini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda