window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gambar Lexus LX generasi baharu 2022 tertiris - sesuai untuk taikun di Sabah, tokey balak dan durian?

Haris · Aug 3, 2021 01:00 PM

Gambar Lexus LX generasi baharu 2022 tertiris - sesuai untuk taikun di Sabah, tokey balak dan durian? 01

Toyota Land Cruiser 300 telah dilancarkan baru-baru ini dan ini telah membawa kepada desas-desus model Lexus LX generasi baharu 2022. Seperti yang anda ketahui, Lexus LX adalah SUV mewah yang berasaskan Toyota Land Cruiser. Terkini, imej Lexus LX generasi baharu telah tertiris di laman sesawang.

Gambar Lexus LX generasi baharu 2022 tertiris - sesuai untuk taikun di Sabah, tokey balak dan durian? 02

Berdasarkan gambar yang tertiris ini, beberapa petunjuk reka bentuk Lexus kontemporari seperti spindle grille dan lampu LED berbentuk L tajam yang sememangnya gaya Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perincian lain dari depan kurang jelas kerana gambar yang digelapkan, menyingkapkan perincian lebih lanjut ketika pelancaran rasmi kelak.

Gambar Lexus LX generasi baharu 2022 tertiris - sesuai untuk taikun di Sabah, tokey balak dan durian? 01

Pada bahagian belakang pula, jenama LEXUS terpampang dengan jalur lampu LED mendatar. Sebagai perbandingan, imej yang tertiris ini kelihatan terlalu mirip dengan Lexus NX yang menjadikan kredibiliti imej ini boleh dipersoalkan. Justeru, anggap sahaja bahawa imej ini lebih kepada imej bayangan berbanding imej acah sebenar.

Gambar Lexus LX generasi baharu 2022 tertiris - sesuai untuk taikun di Sabah, tokey balak dan durian? 02

Lexus NX serba baharu 2020

Untuk rujukan mengenai kenyataan di atas, berikut adalah imej acah mengenai model yang dipercayai adalah Lexus LX generasi baharu 2022 yang dipaparkan semasa video pendedahan Lexus NX.

Jika dilihat dari jalur lampu LED berbentuk L ini sahaja, ia sedikit berbeza dengan gambar yang tertiris ini di samping garis badan bonet depan yang lebih menonjol.

Gambar Lexus LX generasi baharu 2022 tertiris - sesuai untuk taikun di Sabah, tokey balak dan durian? 03

Imej acah yang dipercayai Lexus LX generasi baharu

Sumber mengatakan bahawa Lexus LX generasi baharu 2022 akan dilancarkan pada suku ke-4 tahun ini, dan akan berada di pasaran pada awal tahun 2022.

Di Malayasia, Wapcar difahamkan bahawa Lexus Malaysia tidak lagi menerima tempahan untuk Lexus LX 570 generasi sekarang yang berharga dari RM 1,225,883.

Gambar Lexus LX generasi baharu 2022 tertiris - sesuai untuk taikun di Sabah, tokey balak dan durian? 04

Lexus LX 570 generasi sekarang

Siapa yang sanggup membelanjakan sehinga RM 1 juta untuk sebuah Toyota Land Cruiser yang dipertingkatkan? Seperti yang anda jangkakan, usahawan-usahawan yang memerlukan sebuah SUV lasak dan mewah tentunya mahu membawa 'pihak berwajib' ke tapak penanaman atau pembalakan dengan bergaya justeru permintaan itu ada.

Kredit gambar: IG@yd.car

Bacaan Lanjut:

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier?

Kemunculan Lexus NX 2022 serba baharu pada 12 Jun: dijangka berkongsi enjin & platform TNGA Harrier

Kereta golongan kayangan, hampir 20 unit Lexus LM 350 berharga RM 1.1 juta ditempah!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 lexus LX 570

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda