window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lexus LX570: Dari RM 1.2 juta, dibuka untuk tempahan. Pesaing Lamborghini Urus?

Haris · Aug 23, 2020 11:59 AM

Lexus LX570: Dari RM 1.2 juta, dibuka untuk tempahan. Pesaing Lamborghini Urus? 01

Jika anda sedang mencari sebuah kenderaan SUV yang mewah, selalunya anda akan menemui model-model yang didatangkan daripada barisan jenama-jenama continental. Namun, kini anda mempunyai sebuah lagi model untuk dipertimbangkan.

Lexus adalah sebuah jenama mewah di bawah naungan Toyota Group. Sebut sahaja Toyota, pasti anda akan bayangkan sebuah jenama kereta terbesar dunia. Oleh itu, tidak keterlaluan jika kami cadangkan Lexus LX570 sebagai kenderaan SUV mewah anda.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lexus LX570: Dari RM 1.2 juta, dibuka untuk tempahan. Pesaing Lamborghini Urus? 01

Lexus LX750 merupakan sebuah SUV mercu daripada jenama Lexus. Kali ini, Lexus menawarkan model yang dipertingkat bermula daripada RM 1,225,883.00* untuk model Lexus LX570 manakala RM 1,281,938.00* untuk model Lexus LX570 SPORT. (*harga atas jalan tanpa insurans dan cukai jualan)

Sebelum anda mengatakan ayat “baik beli…”, mari kita lihat dahulu apa yang ditawarkan oleh sebuah SUV yang mencecah harga jutaan ringgit ini.

Lexus LX570: Dari RM 1.2 juta, dibuka untuk tempahan. Pesaing Lamborghini Urus? 02

Kelengkapan dalaman

  • 19-pembesar audio Mark Levinson 
  • skrin 11.6 inci dibelakang tempat duduk hadapan
  • tempat duduk belakang berkuasa dengan fungsi pengudaraan
  • 10 beg udara SRS

Ciri pemanduan dan keselamatan

  • 6 mode pemanduan
  • Adaptive Variable Suspension 
  • Active Height Control (AHC)
  • Multi-Terrain Select (MTS)
  • Crawl Control 
  • Hill Start Assist (HSA)
  • Lexus Safety System Plus (LSS+)
  • Pre Collision System (PCS)
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) 
  • Lane Departure Alert (LDA)

Lexus LX570: Dari RM 1.2 juta, dibuka untuk tempahan. Pesaing Lamborghini Urus? 03

"Lexus LX 570 benar-benar SUV yang gah. Ia mengagumkan dalam setiap aspek kemampuannya, baik sebagai kenderaan penumpang, penjelajah yang lasak, pelancong yang selamat atau penghuni bandar yang mewah. Ia menunjukkan prestasi yang sangat baik di mana-mana sahaja dan melakukannya dengan kehebatan sebenar produk Lexus,” ujar Presiden Lexus Malaysia Mr Ravindran K.

Lexus LX570: Dari RM 1.2 juta, dibuka untuk tempahan. Pesaing Lamborghini Urus? 04

Lexus LX 570 serba baru diimport sepenuhnya oleh Lexus Malaysia dengan harga bermula dari RM1,225,883. Tempahan dibuka sekarang untuk SUV baru yang mengagumkan ini di enam Pusat Lexus yang sah di seluruh negara. Setiap kenderaan Lexus yang dijual oleh Lexus Malaysia menikmati 5 tahun jaminan komprehensif iaitu jarak tempuh tanpa had dengan sokongan selepas jualan lengkap oleh juruteknik terlatih Lexus.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 lexus LX 570

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda