window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier?

Haris Β· Jun 29, 2021 01:00 PM

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 01

Lexus, jenama yang lahir ketika Jepun merupakan salah satu ekonomi terbesar dunia kini mengalami kemerosotan jualan di tanah air sendiri. Disebut sebut sebagai pencabar Toyota kepada jenama premium seperti Mercedes-Benz, BMW, dan Cadillac, Lexus kini mengalami 'kanibalisasi' oleh jenama induk.

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 02

Bagaimana? Menurut data jualan yang diberikan oleh Japan Automobile Dealers Association (JADA), Toyota Alphard terjual sebanyak 106,579 unit antara April 2020 dan Mac 2021, di tangga yang ke-4.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sementara itu, sebanyak 86,843 unit Toyota Harrier terjual dalam tempoh yang sama, menjadikannya kereta ke-7 terlaris di Jepun.

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 01

Berbanding dengan Lexus, hanya model Lexus UX sahaja yang disenaraikan dalam 50 teratas. Posisi Lexus UX juga tidak memberangsangkan dengan hanya 8,761 unit terjual dan menduduki tempat ke-49. Untuk tahun 2020, Lexus hanya mencatatkan sebanyak 50,000 unit jualan di Jepun.

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 02

Toyota Century cabriolet, kegunaan Maharaja Jepun

Di negeri matahari terbit itu, Toyota berdiri sama tinggi dengan Lexus. Model seperti Toyota Crown and Toyota Century adalah pilihan CEO, ahli perniagaan malah tidak ketinggalan, Yakuza. Maharaja Jepun sendiri menggunakan Toyota Century, satu-satunya model yang dicipta khas untuk baginda.

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 03

Kedua-dua model Alphard dan Harrier juga terjual lebih banyak model Toyota biasa seperti Sienta, Prius, dan RAV4. Kedudukan Alphard dan Harrier sebagai kereta 10 terlaris di Jepun berterusan pada bulan April dan Mei.

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 04

Kebanyakan pembeli Jepun secara umumnya tidak cenderung membeli model yang lebih mahal. Namun, kedua-dua Alphard dan Harrier secara konsisten berada dalam top 10 kereta terlaris Jepun pada separuh pertama tahun 2021. Jadi apa sebabnya?

Sanggup membeli tapi taknak kelihatan menunjuk-nunjuk

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 05

Oleh kerana impak Covid-19 yang turut mempengaruhi Jepun sepanjang tahun lepas, kebanyakan keluarga Jepun kelas pertengahan mengurangkan perbelanjaan. Dengan adanya sekatan pergerakan, mereka tidak dapat menikmati aktiviti riadah di luar, bersiar-siar, atau makan di luar.

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 06

Dengan sejumlah wang yang telah dijimatkan, sebahagian daripada kumpulan ini berusaha untuk menaik taraf kenderaan mereka. Namun, model pilihan kelas 'M40' di Jepun bukanlah Toyota Noah atau RAV4, mereka mendambakan model yang lebih premium.

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 07

Budaya Jepun yang tidak suka angkat bakul sendiri juga memainkan peranan. Daripada membelanjakan wang kepada jenama mewah Jerman, mereka lebih gemar memilih sesuatu yang mahal tetapi tidak begitu menonjol.

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 08

Oleh yang demikian, model Alphard dan Harrier menjadi pilihan utama untuk golongan pembeli ini. Varian Alphard terlaris adalah varian pertengahan Alphard SC yang bermula dari JPY 5.3 juta (~ RM 200,000). Sementara itu, Harrier bermula dari JPY 3 juta (~ RM 110,000).

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 09

Ini mungkin kedengaran seperti mewah tetapi pendapatan isi rumah golongan pertengahan Jepun adalah sebanyak JPY 543,096 (~ RM 20,000). Justeru, pembelian Harrier atau Alphard masih lagi dalam lingkungan kemampuan mereka. Sama ada varian asas atau pertengahan, ia bukan lagi mengenai soal kewangan.

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 10

Pembeli Jepun mahukan sebuah kereta yang mewah, masih terjangkau tetapi kurang menonjol. Oleh itu, SUV dan MPV mercu dari Toyota ini adalah pilihan yang lebih tepat bagi mereka.

Lexus = Toyota dengan harga yang tinggi

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 11

Bagi kebanyakan rakyat Jepun, Lexus dilihat sebagai model Toyota yang berharga 1.5 kali ganda lebih mahal untuk jenama sahaja. Tidak dinafikan, ia adalah sentimen yang sama dengan kita.

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 12

Jenama sebenarnya penting kerana pembeli yang mempertimbangkan Lexus tentu sanggup untuk membelanjakan wang yang sama untuk Mercedes-Benz atau BMW. Selain itu, ia juga dihantui dengan jampi keramat yang turut berkesan kepada pemilik kereta Korea di Malaysia: Resale Value (Nilai Jualan Semula).

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 13

Kereta jenama Lexus mampu mengekalkan nilai jualannya di pasaran luar negara tetapi tidak di Jepun. Berdasarkan situasi yang sama dengan Malaysia, Lexus mempunyai nilai jualan semula yang lebih rendah berbanding Mercedes-Benz atau BMW.

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 14

Lexus juga dilihat kurang menjaga imej di Jepun. Sudahlah dianggap sebagai Toyota yang lebih mahal, ia juga merupakan sebuah model yang mudah didapati; dengan penggunaan pelbagai daripada menjadi kereta polis, kenderaan rasmi penjawat awam dan swasta malah ia turut dijadikan teksi.

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 15

Dengan spektrum produk Toyota yang terlalu besar - dari kereta kei sehinggalah kepada ultra-mewah (Toyota Century), Lexus hanyalah sebuah jenama yang sekadar premium. Malah, model premium Toyota juga mempunyai ciri kelengkapan yang tidak kurang hebatnya, mengurangkan lagi daya tarikan Lexus.

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 16

Kedua-dua model Harrier dan Alphard diminati dengan pengimport kereta recond dari Asia Tenggara justeru nilai jualan semula model ini stabil dan tetap tinggi. Ini merupakan kelebihan bagi kebanyakan pembeli (walaupun berpendapatan tinggi), untuk memilih MPV dan SUV mercu Toyota berbanding Lexus.

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 17

Tahukah anda, jenama Lexus diperkenalkan di Amerika pada tahun 1988 terlebih dahulu sebelum Jepun? Ya, Lexus hanya dibawa ke pasaran Jepun pada Julai 2005. Sebelum itu, model Lexus dijual sebagai Toyota sebelum beralih ke reka bentuk mereka sendiri.

Mungkin, langkah pertama inilah yang membuatkan Lexus tidak dapat lari daripada imej 'Toyota mahal'.

Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier? 18

Situasi ini ibarat diluah mati emak, ditelan mati anak. Rakyat kelas pertengahan tidak mahu berbelanja lebih untuk sebuah Toyota yang mahal. Sementara itu, golongan berpendapatan tinggi lebih suka membeli jenama Jerman. Mungkin inilah sebabnya mengapa Honda dan Nissan tidak pernah menjual jenama Acura dan Infiniti masing-masing di Jepun.

Bacaan Lanjut:

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan?

Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih?

Kemunculan Lexus NX 2022 serba baharu pada 12 Jun: dijangka berkongsi enjin & platform TNGA Harrier

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda