window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Generasi baharu Yamaha MT-10 dalam 'perjalanan', rekaan lagi menarik, lebih berkuasa!

Khairil ยท Oct 29, 2021 09:00 AM

Generasi baharu Yamaha MT-10 dalam 'perjalanan', rekaan lagi menarik, lebih berkuasa! 01

Selepas MT-09 dan MT-07 dinaiktaraf, Yamaha dilaporkan sedang mengemaskini model 'Naked' aras tingginya, MT-10 yang dikatakan bakal tampil dengan rekaan baharu yang lebih segar berserta peningkatan dari sudut kuasa.

Perkembangan menarik itu diperoleh menerusi dokumen kelulusan Eropah yang terdedah, baru-baru ini dengan model generasi terbaharu itu berkemungkinan sedia dilancarkan pada tahun 2022. 

Juga baca: Yamaha MT-09 2021 serba baru dilancarkan! Rekaan berbeza, lampu hadapan ikonik kini lebih menarik?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Generasi baharu Yamaha MT-10 dalam 'perjalanan', rekaan lagi menarik, lebih berkuasa! 01

Berdasarkan dokumen berkenaan, kedua-dua versi iaitu MT-10 dan MT-10 SP akan dinaik taraf mengikuti kemas kini yang diberikan kepada barisan model 'adik beradik' MT yang lain seperti MT-09 dan MT-07 termasuk MT-03 dan MT-15.

Juga baca: Yamaha MT-07 2021 dilancarkan. Tanpa lampu hadapan tunggal, mirip Yamaha MT-09 baru!

Generasi baharu Yamaha MT-10 dalam 'perjalanan', rekaan lagi menarik, lebih berkuasa! 02

Yamaha MT-09 2021

Sekalipun masih menggunakan trenkuasa yang sama iaitu enjin CP4 998 cc yang turut digunakan 'Sportbike' YZF-R1, kuasa yang dihamburkan mengalami peningkatan menerusi penggunaan sistem ekzos yang baharu.

Generasi baharu Yamaha MT-10 dalam 'perjalanan', rekaan lagi menarik, lebih berkuasa! 03

Yamaha MT-07 2021

Berbanding 156 Hp dan tork 111 Nm pada model sedia ada, kuasanya akan melonjak kepada 161.4 Hp dengan tork 112 Nm.

Juga baca: Sudah tiba, Yamaha umum tarikh ketibaan, harga MT-09, MT-09 SP 2021 di Jepun!

Peningkatan kuasa ini turut meningkatkan kelajuan maksimum jentera berkenaan kepada 250 km/j berbanding 245 km/j pada model sedia ada.

Generasi baharu Yamaha MT-10 dalam 'perjalanan', rekaan lagi menarik, lebih berkuasa! 04

Yamaha MT-10

Sekalipun dokumen berkenaan tidak menggambarkan gaya untuk generasi terbaharu MT-10, perubahan dari sudut dimensi memberi gambaran rekaannya turut diperbaharui.

Generasi baharu Yamaha MT-10 dalam 'perjalanan', rekaan lagi menarik, lebih berkuasa! 05

 

Sekalipun lebar jentera berkenaan kekal 31.5 inci, begitupun ketinggiannya berubah kepada 45.9 inci (2.2 inci) lebih tinggi berbanding model sedia ada. Ia memberi bayangan rekaan lampu depannya akan berubah sepenuhnya ala 'cyclops'. 

Generasi baharu Yamaha MT-10 dalam 'perjalanan', rekaan lagi menarik, lebih berkuasa! 06

Jarak antara roda juga meningkat 0.2 inci kepada 55.3 inci yang memberi bayangan kerangka turut akan dikemaskini.

Juga baca: Garang, mantap. Yamaha MT-07 2021 kini di Thailand dengan harga RM 38,527!

Generasi baharu Yamaha MT-10 dalam 'perjalanan', rekaan lagi menarik, lebih berkuasa! 07

Selain itu, berat keseluruhan generasi terbaharu MT-10 itu meningkat 2 kg berbanding model sedia ada kepada 212 kg untuk versi Standard dan 214 kg bagi versi SP.

Generasi baharu Yamaha MT-10 dalam 'perjalanan', rekaan lagi menarik, lebih berkuasa! 08

Dan apa yang lebih menarik, dengan Pameran Motosikal Antarabangsa (EICMA) di Milan, Itali bakal tiba pada bulan depan, kita berkemungkinan akan dapat melihat motosikal hebat ini lebih awal.

Sumber: Cycle World

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda