window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha MT-09 2021 serba baru dilancarkan! Rekaan berbeza, lampu hadapan ikonik kini lebih menarik?

Haris · Oct 28, 2020 02:00 PM

Yamaha MT-09 2021 serba baru dilancarkan! Rekaan berbeza, lampu hadapan ikonik kini lebih menarik? 01

Yamaha telah melancarkan Yamaha MT-09 2021 dengan rekaan baru di Eropah. Motosikal naked 900 cc ini tampil berbeza dengan generasi terdahulu, memberi nafas baru kepada keseluruhan rupa motosikal ini.

Yamaha MT-09 2021 serba baru dilancarkan! Rekaan berbeza, lampu hadapan ikonik kini lebih menarik? 02

Berganjak dari rekaan terdahulu, Yamaha MT-09 mengenakan lampu hadapan yang lebih menarik dan bakal menjadi pelopor kepada rekaan motosikal Yamaha dengan tanda nama MT pada masa hadapan. Rekaan ‘angry eyebrows’ yang lama kini menjadi lebih kemas seperti ‘cyclops’.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha MT-09 2021 serba baru dilancarkan! Rekaan berbeza, lampu hadapan ikonik kini lebih menarik? 01

Ekzos Yamaha MT-09 2021 baru ini juga lebih pendek dan hanya berakhir di bawah ‘underbelly’ motosikal. Keseluruhan rekaan Yamaha MT-09 juga mengenakan warna-warna yang lebih gelap seiring dengan tema Yamaha MT ‘Master of Darkness’.

Yamaha MT-09 2021 serba baru dilancarkan! Rekaan berbeza, lampu hadapan ikonik kini lebih menarik? 02

Enjin baru 3 silinder sebaris dengan talaan yang menepati piawai Euro 5 meningkatkan kuasa kuda motosikal ini pada 890 cc sekarang. Kuasa yang dijana adalah sebanyak 115 PS kuasa kuda dengan 93 Nm tork, sekurang-kurangnya lebih baik dari sebuah Perodua Axia.

Yamaha MT-09 2021 serba baru dilancarkan! Rekaan berbeza, lampu hadapan ikonik kini lebih menarik? 03

Rim rekaan baru 17 inci digunakan pada bahagian depan dan belakang. Sokongan di bahagian depan menggunakan fork terbalik 41mm KYB dengan preload, mampatan dan ‘rebound’ yang boleh disesuaikan.

Yamaha MT-09 2021 serba baru dilancarkan! Rekaan berbeza, lampu hadapan ikonik kini lebih menarik? 04

Pada bahagian belakang pula, monoshock KYB yang boleh disesuaikan melengkapi keseluruhan sistem gantungan. Tugas-tugas brek dilakukan oleh sepasang brek cakera 298 mm di bahagian depan dan cakera 245 mm tunggal di bahagian belakang, kedua-duanya dilengkapi dengan ABS.

Yamaha MT-09 2021 serba baru dilancarkan! Rekaan berbeza, lampu hadapan ikonik kini lebih menarik? 05

Model terbaru ini akan mempunyai fungsi kawalan pendikit Yamaha Chip Controlled (YCC-T) dan Accelerator Position Sensor Grip (APSG) yang turut digunakan pada Yamaha R1 tetapi ditala khas. Yamaha juga mendakwa bahawa motosikal baru ini adalah motosikal pertama yang menampilkan teknologi tinggi yang menguruskan kawalan tunggangan. Ciri-ciri lain yang menarik termasuklah tuil quickshifter dan paparan skrin digital TFT 3.5 inci.

Yamaha MT-09 2021 serba baru dilancarkan! Rekaan berbeza, lampu hadapan ikonik kini lebih menarik? 06

Yamaha MT-09 di Malaysia sudah dilancarkan sejak tahun 2018 dengan harga yang disyorkan sebanyak RM 47,388. Sudah tiba masanya untuk Yamaha MT-09 ini dikemaskini? Nyatakan di bahagian komen.

Sumber: Ride Apart

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda