window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Haval Red Hare - 1.5L Turbo, 184 PS, 275 Nm, rekaan yang lebih menarik dari Proton X50?

Haris ยท May 25, 2021 09:00 PM

Haval Red Hare - 1.5L Turbo, 184 PS, 275 Nm, rekaan yang lebih menarik dari Proton X50? 01

Great Wall Motor menerusi jenama Haval telah melancarkan Haval Red Hare secara rasminya di China. Haval Red Hare yang baharu ini akan bergabung dengan Haval H6 dan Haval First Love dalam barisan model SUV dari GWM yang semakin bertambah.

Haval Red Hare - 1.5L Turbo, 184 PS, 275 Nm, rekaan yang lebih menarik dari Proton X50? 02

Haval memposisikan SUV ini lebih atas daripada model Haval First Love. Walaubagaimanapun, dimensi kedua-dua SUV tersebut sama tetapi pada harga yang bertindih. Di tanah besar China, Haval Red Hare jelas disasarkan untuk menjadi pesaing kepada Geely Binyue (Proton X50 di Malaysia).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Dimensi
Model Red Hare First Love X50 / Binyue
Panjang (mm) 4,470 4,472 4,330
Lebar (mm) 1,898 1,841 1,800
Tinggi (mm) 1,625 1,619 1,609
Jarak Roda (mm) 2,700 2,700 2,600

SUV ini dikuasakan oleh enjin petrol 4-silinder 1.5L bercaj turbo yang menghasilkan 184 PS dan 275 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik dual-clutch 7-kelajuan (jenis wet type).

Haval Red Hare - 1.5L Turbo, 184 PS, 275 Nm, rekaan yang lebih menarik dari Proton X50? 01

Sebagai perbandingan, Haval First Love yang lebih murah menawarkan enjin petrol 1.5 liter bercaj turbo yang menjana 150 PS dan 220 Nm. Geely Binyue pula menghasilkan 177 PS dan 255 Nm dari enjin petrol 3-silinder 1.5L bercaj turbo TGDi.

Perbandingan kuasa
Model Red Hare First Love X50 / Binyue
Kuasa kuda (PS) 184 150 177
Tork (Nm) 275 220 255

Haval Red Hare - 1.5L Turbo, 184 PS, 275 Nm, rekaan yang lebih menarik dari Proton X50? 02

Haval menggunakan platform Lemon (ya, ini nama platform Haval) pada model Haval Red Hare ini yang turut digunakan pada Haval H6 dan Haval First Love. Sistem gantungan pula terdiri daripada sistem multilink pada bahagian belakang, berbeza dengan First Love yang menggunakan torsion beam.

Kelengkapan dalam pula terdiri daripada kluster instrumen digital 7-inci, paparan infotainment skrin sesentuh 12.3-inci, pautan 4G LTE, dan pad pengecas telefon nirwayar Qi.

Haval Red Hare - 1.5L Turbo, 184 PS, 275 Nm, rekaan yang lebih menarik dari Proton X50? 03

Seperti model Haval lain yang diperkenalkan baru-baru ini, varian Haval Red Hare yang paling tinggi menerima ciri keselamatan seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keep Assist (LKA), Lane Departure Warning (LDW), Traffic Sign Recognition (TSR ), Blind Spot Monitoring (BSM), dan parkir kenderaan automatik.

Haval Red Hare - 1.5L Turbo, 184 PS, 275 Nm, rekaan yang lebih menarik dari Proton X50? 04

Semasa pelancaran, Haval mengumumkan bahawa terdapat 3 varian Haval Red Hare. Harga bagi SUV yang cantik ini bermula dari CNY 109,800 (~ RM 70,600) hingga CNY 123,800 (~ RM 80,000).

Haval Red Hare - 1.5L Turbo, 184 PS, 275 Nm, rekaan yang lebih menarik dari Proton X50? 05

Ketika ini, Haval Red Hare belum dapat dipastikan akan ditawarkan dalam pasaran pemanduan sebelah kiri. Harapan tetap ada kerana Haval telah bertapak di Malaysia dan model Haval H6 dan Haval First Love sudah mula dijual dalam pasaran pemanduan yang sama iaitu Australia.

Haval H6 juga dijangka akan hadir ke Malaysia berikutan model percubaan yang kami temui sebelum ini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Haval Jolion Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda