window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k!

Khairil ยท Nov 11, 2021 01:00 PM

HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k! 01

Selepas dipertontonkan secara ekslusif bulan lalu, jentera 'Naked' generasi terbaharu Yamaha MT-09 2022 akhirnya diberikan tanda harga oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) iaitu RM 54,998.

Harga yang ditawarkan itu adalah asas dan tidak termasuk yuran pendaftaran, insuran dan cukai jalan. Pilihan warna yang ditawarkan adalah dua iaitu Icon Blue dan Storm Fluo.

Juga baca: Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k! 01

Storm Fluo

HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k! 02

Icon Blue

Selain memperoleh rekaan serba baharu yang pastinya lebih garang dan mengancam, MT-09 2022 dikuasakan enjin yang lebih 'padu' dan ringan, CP3 889 cc, 3 Silinder, Penyejuk Cecair yang didakwa mempunyai tork yang lebih berkuasa di rpm rendah.

Ia digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan lengkap dengan klac Assist & Slipper.

HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k! 03

Dengan gabungan trenkuasa, kerangka dan subframe badan baharu, Yamaha MT-09 2022 lebih ringan berbanding versi terdahulu sekaligus menawarkan lebih kestabilan di laluan lurus, pretasi tunggangan yang padu selain lebih seimbang.

Juga baca: Sudah tiba, Yamaha umum tarikh ketibaan, harga MT-09, MT-09 SP 2021 di Jepun!

HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k! 04

HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k! 05

Menurut Yamaha lagi, kombinasi enjin yang efisen dan berat 189 kg (lebih ringan berbanding versi terdahulu) menyaksikan MT-09 2022 juga lebih efisen dalam penggunaan bahan api.

HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k! 06

Sebagai motosikal aras tinggi ditawarkan Yamaha, MT-09 2022 juga dilengkapi teknologi canggih 6-axis Inertial Measurement Unit (IMU) yang menawarkan sistem bantuan tunggangan elektronik seperti Sistem Kawalan Traksi (TCS), Sistem Kawalan Gelincir (SCS) dan Sistem Kawalan Weelie (LIF).

Juga baca: Yamaha MT-07 2021 dilancarkan. Tanpa lampu hadapan tunggal, mirip Yamaha MT-09 baru!

Sistem suspensi MT-09 2022 juga mendapat naik taraf menerusi penggunaan fork jenis terbalik USD boleh laras dengan suspensi belakang penyerap hentak tunggang dengan ciri boleh laras (preload dan rebound).

HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k! 07

Sistem brek pula menggunakan dwi cakera bersaiz 298 mm dengan kaliper Nissin radial master cylinders dengan brek belakang dikuasakan cakera tunggal bersaiz 245 mm lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Juga baca: HLYM lancar Yamaha TMax 560 2021, harga asas RM 72.2k, turut umum kehadiran MT-09 dan Tracer 9 GT!

Berbalik kepada rekaan MT-09 2022, ia meneruskan konsep 'garang' yang ditampilkan Yamaha ketika ini menerusi lampu depan 'B-Functional LED' yang mengapit lampu DRL LED berbentuk 'Y' yang cukup ikonik.

HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k! 08

Selain itu, MT-09 2022 turut dilengkapi dengan panel meter 3.5 TFT berwarna dengan paparan takometer boleh berubah warna ketika rpm meningkat atau menurut selain memberikan penglihatan yang terang terhadap maklumat motosikal.

HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k! 09

Kawalan terhadap perkakasan elektronik motosikal pula boleh diakses menerusi suis yang terletak di 'handlebar'.

Juga baca: Yamaha MT-25 2020 - definisi sebenar motosikal 'besar' yang mudah dikendalikan!

HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k! 10

HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k! 11

Kepada yang berminat, Yamaha MT-09 2022 serba baharu ini akan mula berada di semua cawangan pengedar Yamaha Big Bike seluruh negara bermula hari ini. Istimewa kepada 300 pelanggan pertama, mereka juga akan mendapat beg kunci ekslusif daripada Royal Selangor selain kunci cakera keselamatan.


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda