window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Malaysia perkenal minyak pelincir gred baharu bagi memastikan VTEC sentiasa 'kick in'!

Haris · Dec 30, 2021 06:00 PM

Honda Malaysia perkenal minyak pelincir gred baharu bagi memastikan VTEC sentiasa 'kick in'! 01

Geseran tidak baik untuk enjin anda. Ia boleh mengurangkan kelicinan permukaan; sama ada logam mahupun organik. Oleh sebab itulah minyak enjin yang baik adalah penting untuk mengoptimumkan prestasi motor. Sehubungan dengan itu, Honda Malaysia telah mengambil langkah seterusnya dengan memperkenalkan minyak enjin baharu dalam barisan gred SP, menawarkan perlindungan enjin yang lebih baik untuk pemilik kereta Honda.

Penambahbaikan selepas jualan secara berterusan adalah aspek penting dalam mengekalkan pelanggan. Honda Malaysia sentiasa komited dengan pelanggan serta sentiasa menyemak dan menaik taraf produk perkhidmatannya seperti minyak enjin.

Minyak enjin Gred SP terbaharu memenuhi keperluan enjin kenderaan masa kini sambil memberikan prestasi yang stabil, penjimatan bahan api yang lebih baik dan memanjangkan jangka hayat enjin.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Malaysia perkenal minyak pelincir gred baharu bagi memastikan VTEC sentiasa 'kick in'! 01

Gred baharu ini menggantikan minyak gred SN sekarang kecuali SN 0W-30 sintetik penuh yang digunakan dalam kenderaan berprestasi tinggi seperti Honda Civic Type-R.

Gred minyak SN yang akan digantikan terdiri daripada produk berikut:
SN 10W-30
Mineral

SN 5W-30
Semi Synthetic

SN 0W-20
Fully Synthetic

Gred SP yang bakal menggantikannya pula terdiri daripada kelikatan berikut:
SP 10W-30
Mineral

SP 5W-30
Semi Synthetic

SP 0W-20
Fully Synthetic

SN 0W-30 (dikekalkan)
Fully Synthetic

Honda Research & Development telah memperakui minyak enjin gred SP terbaharu ini untuk digunakan dalam kebanyakan enjin petrol dan pengecas turbo; bermakna keseluruhan barisan model Honda Malaysia sekarang.

Honda Malaysia perkenal minyak pelincir gred baharu bagi memastikan VTEC sentiasa 'kick in'! 02

Ia memenuhi piawaian terkini yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) serta meningkatkan perlindungan terhadap pra-pencucuh kelajuan rendah (low-speed pre-ignition); fenomena pembakaran tidak normal yang boleh menyebabkan kerosakan ketara pada enjin.

Tambahan pula, minyak gred SP terbaharu ini hadir dengan perlindungan rantai pemasaan (timing chain) daripada haus untuk meminimumkan jangka hayatnya. Selain itu, ia memberikan perlindungan daripada deposit suhu tinggi yang dipertingkatkan untuk omboh dan pengecas turbo dengan kawalan minyak kotor dan varnis yang lebih baik, perlindungan injap, menstabilkan kadar pengoksidaan yang lebih baik serta perlindungan sistem kawalan pelepasan.

Baca: “Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda