window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Motor Thailand kemas kini Honda Click 160 (Vario 160) 2023, harga bermula RM 8.3k!

Khairil · Jan 12, 2023 03:00 PM

Honda Motor Thailand kemas kini Honda Click 160 (Vario 160) 2023, harga bermula RM 8.3k! 01

Honda Vario 160 memasuki pasaran Malaysia pada penghujung November tahun lalu namun model yang turut dikenali sebagai Honda Click 160 itu terlebih dulu memasuki pasaran jiran, Thailand.

Honda Motor Thailand kemas kini Honda Click 160 (Vario 160) 2023, harga bermula RM 8.3k! 02

Dan tidak mahu mengambil masa yang lama, Honda Motor Thailand tampil mengemaskini skuter berkenaan untuk versi 2023, baru-baru ini. Begitupun seperti dijangka, kemas kini yang dilakukan hanya membabitkan 'kosmetik' iaitu pilihan warna yang lebih segar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tidak seperti pasaran Malaysia, Honda Click 160 (2023) di pasaran Thailand dijual dalam dua varian iaitu Standard dan ABS.

Juga baca: Tiada lagi spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya lancar di Indonesia, harga bermula RM 7.5k!

Honda Motor Thailand kemas kini Honda Click 160 (Vario 160) 2023, harga bermula RM 8.3k! 01

Sebagai perbezaan, varian Standard menggunakan sistem brek kombi (Combi Brake System) manakala varian ABS seperti namanya dipadankan dengan Sistem Brek Anti-Kunci.

Honda Motor Thailand kemas kini Honda Click 160 (Vario 160) 2023, harga bermula RM 8.3k! 02

Pilihan warna dan harga adalah seperti berikut: 

Honda Click 160 (2023) Standard

  • Pilihan warna: Midnight Blue, Furious Red, Magnetic Black, Crystal White
  • Harga: THB 63,500 (RM 8,314)

(Kesemua dipadankan dengan rim berwarna emas)

Honda Click 160 (2023) ABS

  • Pilihan warna: Black, White
  • Harga: THB 71,500 (RM 9,362)

(Kesemua dipadankan dengan rim roda berwarna emas)

Honda Motor Thailand kemas kini Honda Click 160 (Vario 160) 2023, harga bermula RM 8.3k! 03

Seperti dinyatakan lebih awal, tiada perubahan dari sudut spesifikasi trenkuasa dan rekaan. Justeru, Honda Click 160 (2023) kekal dengan enjin eSP+ bersesaran 156.9 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair yang digandingkan dengan transmisi automatik.

Honda Motor Thailand kemas kini Honda Click 160 (Vario 160) 2023, harga bermula RM 8.3k! 04

Kuasa yang dihasilkan adalah sekitar 15.4 PS pada 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm pada 7,000 rpm.

Honda Motor Thailand kemas kini Honda Click 160 (Vario 160) 2023, harga bermula RM 8.3k! 05

Menggunakan kerangka baharu yang lebih ringan, eSAF, Honda Click 160 (2023) mempunyai berat 118 kg dan ciri-ciri menarik lain termasuklah penggunaan lampu LED penuh, panel meter digital LCD, pengecas USB, tangki bahan api 5-5 liter dan sistem kunci pintar standard untuk semua varian.

Honda Motor Thailand kemas kini Honda Click 160 (Vario 160) 2023, harga bermula RM 8.3k! 06

Sebagai info, Honda Vario 160 (2022) di pasaran tempatan adalah sama seperti varian Honda Click 160 (2023) ABS di Thailand dan dijual pada harga asas bermula RM 9,998.  

Juga baca: Honda Vario 160 (2022) dirasmikan di Malaysia, varian tunggal lengkap ABS, harga asas bermula RM 10k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda