window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Motor Thailand sumbang 15 skuter Honda PCX Electric bagi kegunaan polis Phuket!

Khairil ยท Aug 17, 2021 05:00 PM

Honda Motor Thailand sumbang 15 skuter Honda PCX Electric bagi kegunaan polis Phuket! 01

Honda Motor Thailand menjalinkan kerjasama dengan Polis Diraja Thailand dengan menyerahkan 15 buah skuter elektrik Honda PCX Electric untuk kegunaan operasi pasukan keselamatan berkenaan di Phuket.

Honda Motor Thailand sumbang 15 skuter Honda PCX Electric bagi kegunaan polis Phuket! 02

Kerjasama dengan Polis Wilayah 8 itu juga adalah sebahagian daripada kajian Honda Motor Thailand terhadap penggunaan skuter elekrik di negara berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12,343

Honda Motor Thailand sumbang 15 skuter Honda PCX Electric bagi kegunaan polis Phuket! 01

Penggunaan skuter Honda PCX Electric turut dianggap sebagai menyokong projek Phuket Smart Safety Zone 4.0 yang dijalankan oleh Polis Wilayah 8 yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Daerah 8, Major General Saksira Phuak-am.

Honda Motor Thailand sumbang 15 skuter Honda PCX Electric bagi kegunaan polis Phuket! 02

Tiga balai polis yang menempatkan skuter berkenaan ialah Balai Polis Muang Phuket, Balai Polis Khun Lert Phokarak dan Balai Polis Saphan.

Honda Motor Thailand sumbang 15 skuter Honda PCX Electric bagi kegunaan polis Phuket! 03

Selain 15 skuter berkenaan, turut disertakan dalam projek berkenaan adalah port pengecasan di setiap balai dan bateri simpanan selain 3 lagi port pengecasan serta lokasi penukaran bateri.

Juga baca: Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8.8k

Honda Motor Thailand sumbang 15 skuter Honda PCX Electric bagi kegunaan polis Phuket! 04

Dengan penggunaan sistem penukaran bateri, ia membolehkan skuter berkenaan menjalankan operasi secara berterus tanpa perlu menunggu pengecasan bateri terlebih dahulu.

Honda Motor Thailand sumbang 15 skuter Honda PCX Electric bagi kegunaan polis Phuket! 05

Selain itu, Honda turut menempatkan dua pusat servis bagi bateri simpanan di Honda Wing Center, Mueang Phuket District dan Namsang Co., Ltd., Chaofa Branch & Phuket ST Co., Ltd bagi kegunaan pengguna motosikal elektrik di daerah berkenaan.

Honda Motor Thailand sumbang 15 skuter Honda PCX Electric bagi kegunaan polis Phuket! 06

Dari sudut spesifikasi, Honda PCX Electric menggunakan motor elektrik 4.2 kW yang bersamaan kira-kira 5.6 Hp dan ia dikatakan memiliki kelajuan tertinggi 60 km/j namun boleh dihadkan kepada 50 km/j.

Honda Motor Thailand sumbang 15 skuter Honda PCX Electric bagi kegunaan polis Phuket! 07

Ia menggunakan pek bateri lithium terbaharu dari Honda dan jarak perjalanan untuk pengecasan penuh ialah kira-kira 40 km. Skuter ini boleh dicas menggunakan soket standard dan memakan masa 3 jam untuk penuh.

Sumber: motortrivia

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda