Honda Super Cub 125X: Kapcai 'Off-road' modifikasi Motocicli Audaci yang 'Super' agresif!

Khairil · Jul 30, 2021 10:00 AM

Honda Super Cub 125X: Kapcai 'Off-road' modifikasi Motocicli Audaci yang 'Super' agresif! 01

Honda Motor Eropah bekerjasama dengan bengkel 'kustom' terkemuka Itali, Motocicli Audaci untuk menghasilkan motosikal kapcai 'Off-road' dikenali Honda Super Cub 125X.

Juga baca: Honda Super Cub 125 2022 dilancar di pasaran Eropah, 'gen' terbaharu C70 yang moden!

Sebagai salah satu jentera paling ikonik dari Honda, tiada perubahan ketara dari sudut struktur dilakukan berbanding versi standard Honda C125 namun penampilan kini jauh lebih agresif selain diberi kemampuan untuk meredah laluan lasak.

Honda Super Cub 125X: Kapcai 'Off-road' modifikasi Motocicli Audaci yang 'Super' agresif! 01

Berpangkalan di Sardinia Itali, Honda Super Cub 125X ini mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.

Berikutan spesifikasi mekanikalnya masih banyak menggunakan versi standard Honda C125, menurut Greatbiker, motosikal ini berkemungkinan akan dihasilkan secara produksi untuk dijual.

Juga baca: Edisi istimewa Honda Cross Cub 110 2021, hanya di Jepun, terhad 2,000 unit!

Honda Super Cub 125X: Kapcai 'Off-road' modifikasi Motocicli Audaci yang 'Super' agresif! 02

Selain tampil dengan gaya yang jauh lebih aresif ditambah warna kelabu yang ekslusif, antara perubahan ketara yang mendapat sentuhan Motocicli Audaci adalah dari sudut sistem suspensi dan ekzos.

Talaan terhadap sistem suspensi terutama absorber berkembar yang dibekalkan oleh Andreani Group di bahagian belakang menyaksikan jarak lega tanah motosikal ini bertambah sebanyak 4 cm.

Honda Super Cub 125X: Kapcai 'Off-road' modifikasi Motocicli Audaci yang 'Super' agresif! 03

Honda Super Cub 125X

Honda Super Cub 125X: Kapcai 'Off-road' modifikasi Motocicli Audaci yang 'Super' agresif! 04

Honda Super Cub 125 2022

Selain itu, Honda Super Cub 125X menggunakan sistem ekzos baharu yang disepadukan dengan panel sisi yang diperbuat daripada material karbon. 'Silencer' ini direka oleh Il Sarto dei Metalli.

Juga baca: Honda EX5, 'Raja kapcai' yang makin ditelan zaman

Honda Super Cub 125X: Kapcai 'Off-road' modifikasi Motocicli Audaci yang 'Super' agresif! 05

Perubahan lain adalah fender belakang yang lebih pendek, pelindung kaki yang jauh lebih kecil berbanding versi standard serta penutup brek hadapan yang tampak unik dan penggunaan tayar jenis 'Off-road'.

Honda Super Cub 125X: Kapcai 'Off-road' modifikasi Motocicli Audaci yang 'Super' agresif! 06

Honda Super Cub C125X dijadual akan menyertai perlumbaan 500 km Dust'n Sardinia yang dijadual pada September ini.

Honda Super Cub 125X: Kapcai 'Off-road' modifikasi Motocicli Audaci yang 'Super' agresif! 07

Selain itu, ia juga akan dipertontonkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) pada 23 hingga 28 November ini yang bertempat di Fiera Milano, Rho, Itali.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru