window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda ucap terima kasih pelanggan atas rekod jualan kereta terlaris bukan nasional selama 9 tahun berturut-turut!

Haris · Jan 25, 2023 02:00 PM

Honda ucap terima kasih pelanggan atas rekod jualan kereta terlaris bukan nasional selama 9 tahun berturut-turut! 01

Malaysia adalah antara beberapa pasaran di dunia yang meletakkan Honda sebagai peneraju segmen jualan kenderaan penumpang sebelum Toyota. Menariknya, rekod ini bukan sahaja baru direalisasikan tetapi sudah 9 tahun berturut-turut Honda menjadi jenama kereta bukan nasional No.1 di Malaysia!

Melalui hantaran terbaru di media sosial, Honda Malaysia dengan berbesar hati mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang telah membantu Honda mencapai kejayaan yang diperolehi setelah dinobatkan sekali lagi untuk tahun 2022.

Honda ucap terima kasih pelanggan atas rekod jualan kereta terlaris bukan nasional selama 9 tahun berturut-turut! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Prestasi jualan yang membanggakan buat Honda ini dimainkan oleh faktor pelancaran Honda City Hatchback pada bulan Januari, Honda Civic pada bulan Februari dan Honda HR-V pada bulan Julai.

Sebagai rujukan, model Honda paling laku tahun 2022 adalah Honda City sedan dengan sumbangan 36% daripada jualan keseluruhan. Honda City Hatchback pula di tangga kedua pada 20%, diikuti dengan Honda HR-V pada 14%.

Jualan keseluruhan kenderaan penumpang Honda Malaysia adalah sebanyak 80,200 unit.

Honda ucap terima kasih pelanggan atas rekod jualan kereta terlaris bukan nasional selama 9 tahun berturut-turut! 01

Dihentikan jualan secara senyap namun dikhabarkan unit terhad tetap habis

UMW Toyota Malaysia pula hanya mencatatkan sekadar 72,454 unit jualan kenderaan penumpang apabila tidak mengambil kira jualan kenderaan komersial seperti Toyota Hilux (27,198 unit) dan Toyota Hiace (390 unit).

Dalam pada itu, Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia berkata bahawa mereka kini bekerja rapat dengan pengedar dan pembekal untuk memastikan penyerahan kenderaan yang cepat kepada pelanggan, terutama buat mereka yang menempah kereta dalam tempoh pengecualian cukai jualan.

Baca: Honda CR-V 2023 bakal dilancar di Thailand pada Mac, kemudian Indonesia, Malaysia seterusnya?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda