window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Idam jentera 'spy', ini Triumph Tiger 900 Bond Edition, terhad 250 unit!

Khairil ยท Oct 3, 2021 02:00 PM

Idam jentera 'spy', ini Triumph Tiger 900 Bond Edition, terhad 250 unit! 01

Jika Aston Martin sinonim sebagai kereta 'spy' terkemuka James Bond, pilihannya untuk jentera dua roda pastinya daripada jenama Triumph.

Sempena filem baharu 'No Time To Die' yang dipertontonkan secara 'World Premiere' minggu lalu, syarikat pengeluar motosikal British itu memperkenalkan edisi terhad Tiger 900 Rally Pro Bond Edition.  

Juga baca: Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Idam jentera 'spy', ini Triumph Tiger 900 Bond Edition, terhad 250 unit! 01

Begitupun, ia bukanlah model pertama yang dicipta hasil kerjasama Triumph untuk ejen terkemuka 007 itu. Pada tahun lalu, syarikat berkenaan turut melancarkan Limited Edition Bond Triumph 1200 Scrambler. Dan kesemua model berkenaa laku keras bak pisang goreng panas.

Sebagai model edisi terhad, hanya 250 unit Triumph Tiger 900 Bond Edition dibina di seluruh dunia. 

Idam jentera 'spy', ini Triumph Tiger 900 Bond Edition, terhad 250 unit! 02

Tiada perbezaan dari sudut reka bentuk ataupun 'gajet' tambahan sebagai pengintip termasuk senjata api atau peledak, namun kelainan yang diberikan Triumph kepada Tiger 900 Bond Edition ini boleh dikatakan menarik dan bukan sekadar membabitkan skim warna yang unik.

Juga baca: Jentera 'garang' Triumph, Tiger 850 Sport 2021 mendarat di Malaysia, harga RM 59,900

Menggunakan warna hitam Matt Sapphire Black yang tampak gagah, ia dilengkapkan dengan gabungan corak grafik 007 di beberapa panel badan termasuk penggunaan 'handlebar clamp' yang premium lengkap dengan nombor edisi dan logo 007 untuk pengesahan ketulenan.

Idam jentera 'spy', ini Triumph Tiger 900 Bond Edition, terhad 250 unit! 03

Menambah lagi tahap ekslusif edisi terhad ini, paparan pada panel meter ketika dihidupkan turut tampil dengan animasi 007.

Idam jentera 'spy', ini Triumph Tiger 900 Bond Edition, terhad 250 unit! 04

Dari sudut spesifikasi teknikal, Triumph Tiger 900 juga sebuah jentera kembara yang hebat. 

Juga baca: Triumph Speed Twin 2021, kini patuh Euro 5 dan kuasa lebih padu!

Idam jentera 'spy', ini Triumph Tiger 900 Bond Edition, terhad 250 unit! 05

Spesifikasi trenkuasa adalah seperti berikut: 

  • Enjin 888 cc, 3 Silinder Sebaris, 12 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan. Klac lengkap dengan Assist & Slipper.
  • Kuasa 94 Hp pada 8,750 rpm dan tork 86.7 Nm pada 7,250 rpm

Suspensi pula menggunakan fork jenis terbalik (USD) dari jenama Showa 45 mm, dengan suspensi belakang jenis mono lengkap dengan ciri boleh laras. 
Set roda pula adalah 90/90 x 21 (depan) dan 150/70 x 17 (belakang) dengan rim jejari.

Idam jentera 'spy', ini Triumph Tiger 900 Bond Edition, terhad 250 unit! 06

Sistem henti menggunakan brek cakera berkembar apung 320 mm dengan kaliper Brembo Stylema 4 Piston (depan) dan cakera tunggal 255 mm dengan kaliper Brembo 1 Piston. Ia turut lengkap dengan ABS selekoh.

Ciri-ciri canggih lain adalah seperti 6 mod tunggangan, Kawalan traksi, Triumph Shift Assist up & down quickshifter dan sistem lampu LED penuh bersama lampu siang (DRL).

Juga baca: Triumph Speed Triple 1200 RR dilancar, harga pengenalan RM 103k!

Idam jentera 'spy', ini Triumph Tiger 900 Bond Edition, terhad 250 unit! 07

Keistimewaan lain: 

  • Selain tayar 'Stock' iaitu Bridgestone Battlax Adventure A41, pemilik edisi terhad ini akan menerima sepasang tayar 'spare' Michelin Anakee Wild.
  • Logo “Bond Edition” dijahit di bahagian pelana. Pelana juga mempunyai ciri pemanas.

Idam jentera 'spy', ini Triumph Tiger 900 Bond Edition, terhad 250 unit! 08

  • Beberapa komponen turut diwarnakan dengan hitam termasuk di pelindung enjin, kerangka, panel lampu depan, 'footrest hanger' pembonceng, panel sisi dan plat 'skid'.
  • Bunyi yang dikeluarkan ekzos edisi terhad ini lebih 'merdu' menerusi penggunaan 'muffler' ekzos dari jenama Arrow.

Idam jentera 'spy', ini Triumph Tiger 900 Bond Edition, terhad 250 unit! 09

Sumber: Triumph

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda