window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Imej CAD Zontes 350GK terdedah, scrambler bergaya 'Streetbike' hampiri fasa produksi!

Khairil ยท Aug 6, 2021 09:00 AM

Imej CAD Zontes 350GK terdedah, scrambler bergaya 'Streetbike' hampiri fasa produksi! 01

Salah satu syarikat pengeluar motosikal terkemuka China, Zontes sememangnya dilihat berusaha keras untuk mengukuhkan jenamanya di serata dunia.

Terbaharu, syarikat berpangkalan di Guandong, China itu mendedahkan mereka sedang berusaha untuk menghasilkan enjin baharu sederhana dan berkuasa tinggi bersesar 650 cc ke 1,000 cc bagi rangkaian modelnya.

Juga baca: Enggan terus dilabel 'kerdil', Zontes sedang bina enjin 3-silinder, 1,000 cc!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Imej CAD Zontes 350GK terdedah, scrambler bergaya 'Streetbike' hampiri fasa produksi! 01

Ketika ini, enjin bersesaran paling besar daripada jenama berkenaan ialah 312 cc namun ia tetap berjaya mendapat sambutan menggalakkan di pasaran antarabangsa terutama di Eropah.

Imej CAD Zontes 350GK terdedah, scrambler bergaya 'Streetbike' hampiri fasa produksi! 02

Zontes ZT310R

Dan Zontes turut memasarkan beberapa modelnya di Malaysia antaranya Zontes ZT310-X, XGP, T dan R.

Berbalik kepada usaha yang dibuat syarikat berkenaan, muncul satu perkhabaran menarik beberapa bulan lalu apabila terdedah imej render mengenai model terbaharunya iaitu Zontes 350GK.

Imej CAD Zontes 350GK terdedah, scrambler bergaya 'Streetbike' hampiri fasa produksi! 03

Menariknya, seperti namanya 350GK, ia turut menggunakan trenkuasa generasi baharu dan tampil dengan rekaan motosikal scrambler bergaya 'Streetbike' yang jelas menarik.

Juga baca: CFMoto 700CL-X tiba di Malaysia tahun ini?

Dan terbaharu, muncul pula imej CAD (Computer-Aided-Design) motosikal berkenaan yang sekaligus memberi petunjuk model itu sudah pun menghampiri persiapan terakhir sebelum memasuki fasa produksi.

Imej CAD Zontes 350GK terdedah, scrambler bergaya 'Streetbike' hampiri fasa produksi! 04

Daripada imej berkenaan juga, pelbagai maklumat turut diperoleh berdasarkan pengamatan laman web automotif terkemuka luar negara termasuk dari sudut trenkuasa.

Imej CAD Zontes 350GK terdedah, scrambler bergaya 'Streetbike' hampiri fasa produksi! 05

Untuk Zontes 350GK yang menggunakan trenkuasa baharu, kuasa yang mampu dihamburkan dikatakan meningkat sekitar 43 Hp dan dijangka bakal saingan lebih sengit terhadap pencabarnya dalam segmen berkenaan.

Imej CAD Zontes 350GK terdedah, scrambler bergaya 'Streetbike' hampiri fasa produksi! 06

Sekalipun komponen mekanikal seperti suspensi dan ekzos berkemungkinan tidak banyak berubah berbanding model sedia ada dalam siri 310, antara pembaharuan yang ketara adalah dari sudut rekaan lampu depan yang mirip model Husqvarna.

Imej CAD Zontes 350GK terdedah, scrambler bergaya 'Streetbike' hampiri fasa produksi! 07

Apapun, Zontes dikatakan tidak meniru rekaan jenama asal Sweden itu kerana rekaan panel badan, tangki minyak dan penutup enjin semuanya jelas berbeza.

Imej CAD Zontes 350GK terdedah, scrambler bergaya 'Streetbike' hampiri fasa produksi! 08

Dan yang menarik lagi, apabila Zontes 350GK ini dilancarkan di pasaran global nanti, ia berkemungkinan besar akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Cycleworld

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda