window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jangan kongsi info 'roadblock' di Waze, kata polis - tapi netizen anggap SJR punca kesesakan?

Mersita · Jan 30, 2023 04:00 PM

Jangan kongsi info 'roadblock' di Waze, kata polis - tapi netizen anggap SJR punca kesesakan? 01

Aplikasi navigasi popular, Waze, sudah menjadi satu keperluan bagi ramai pengguna jalan raya di Malaysia. Kebolehannya untuk memberi maklumat masa sebenar seperti halangan di hadapan, kesesakan lalu lintas, laluan tanpa tol dan banyak lagi amat memudahkan pengguna. Namun, maklumat ‘roadblock’/sekatan jalan raya (SJR) di dalam aplikasi tersebut dianggap menyukarkan usaha pihak berkuasa untuk membanteras jenayah jalan raya.

Jangan kongsi info 'roadblock' di Waze, kata polis - tapi netizen anggap SJR punca kesesakan? 02

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh, berkata walaupun pihak polis tiada kuasa untuk melarang orang ramai daripada berkongsi maklumat ini, pengguna jalan raya harus sedar akan bahaya disebabkan oleh pemandu mabuk dan pemandu ingkar seperti yang melanggar lampu isyarat serta kesalahan-kesalahan trafik lain, lapor NST.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Oleh yang demikian, pihaknya menggesa orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat SJR dan keberadaan penguatkuasa di jalan raya menerusi aplikasi seperti Waze kerana ia boleh mengganggu operasi pencegahan jenayah serta kesalahan trafik.

Jangan kongsi info 'roadblock' di Waze, kata polis - tapi netizen anggap SJR punca kesesakan? 01

“Kami harap pengguna bekerjasama dengan polis dan bukannya cuba untuk membantu pihak yang melakukan kesalahan trafik. Tak perlu berkongsi lokasi keberadaan polis kerana ia boleh menjejaskan keberkesanan penguatkuasaan trafik,” katanya lagi.

Pengguna Waze mahu elak kesesakan, dan SJR salah satu puncanya?

Salah satu faktor utama orang ramai menggunakan Waze - walaupun mereka sudah arif tentang laluan ke tempat yang ingin dituju - adalah untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan mencari laluan terpantas menuju ke destinasi.

Jangan kongsi info 'roadblock' di Waze, kata polis - tapi netizen anggap SJR punca kesesakan? 02

Oleh yang demikian, segelintir pengguna turut menganggap bahawa SJR adalah salah satu punca kesesakan lalu lintas. Tinjauan di media sosial berkaitan isu ini mendedahkan yang pengguna mengelak laluan dengan SJR bukanlah kerana takut melakukan kesalahan, sebaliknya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Salah seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Jinggo Unchained berkata, Waze digunakan untuk mengelakkan kesesakan dan laluan bertrafik tinggi. 'Roadblock' menyebabkan kesesakan dan inilah sebabnya pengguna mengelaknya. 

Pengguna, Nor Azam Budin, pula menciap, "Dah tu nak biar orang redah jem sbb roadblock 3 lane jd 1 lane?" Pengguna lain yang bersetuju dengan kenyataan ini rata-rata beranggapan yang orang ramai bukannya takut 'roadblock' kalau tak buat salah, tapi orang masih lari dari 'roadblock' sebab 'sangkut jem'.

Apa pendapat anda pula? Jom komen di FB WapCar - BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda