window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jom layan, Ducati perkenal perkhidmatan lawatan muzium secara maya

Khairil ยท Dec 21, 2020 07:00 PM

Jom layan, Ducati perkenal perkhidmatan lawatan muzium secara maya 01

Ducati meneruskan proses digitalisasi syarikat berkenaan berikutan penularan wabak Covid-19 dengan memanfaatkan sepenuhnya sistem digital bagi memastikan pekerja dan peminatnya terus berhubung di alam maya di Itali.

Sejak April lalu, Ducati memperkenalkan protokol khusus - Ducati Cares - agar peminat Ducati dapat menghubungi pengedarnya dengan cara yang selamat, berinteraksi secara digital untuk membuat janji temu atau melakukan penilaian jarak jauh dalam proses pembelian motosikal.

Jom layan, Ducati perkenal perkhidmatan lawatan muzium secara maya 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perkhidmatan itu kemudian diperluaskan kepada peminatnya yang ingin merasai pengalaman di Borgo Panigale iaitu Lawatan Muzium Ducati secara digital.

Jom layan, Ducati perkenal perkhidmatan lawatan muzium secara maya 01

Lawatan yang beserta dengan panduan berkenaan boleh diakses dari komputer peribadi, telefon pintar atau tablet yang turut disertai oleh pakar jurupandu muzium di mana Ducati ingin berkongsi intipati dan sejarah bersama semua peminatnya.

Lawatan berkenaan boleh diakses bermula esok (22 Disember) yang memberikan pengguna pengalaman seperti berada di muzium sebenar dan ia turut diisi dengan kandungan rancangan "Anatomy of Speed".

Jom layan, Ducati perkenal perkhidmatan lawatan muzium secara maya 02

Anatomy of Speed adalah rancangan yang diterbitkan Ducati pada tahun 2019 yang menceritakan bagaimana aerodinamik sebagai komponen asas kepada prestasi jentera syarikat berkenaan.

Jom layan, Ducati perkenal perkhidmatan lawatan muzium secara maya 03

Pada musim ini, Ducati mengesahkan kecemerlangannya dengan menjuarai gelaran kategori Pengeluar di MotoGP 2020.

Jom layan, Ducati perkenal perkhidmatan lawatan muzium secara maya 04

Lawatan dengan durasi maksimum sekitar 45 minit ini disasarkan kepada semua peminat sejarah motosikal seluruh dunia selain kepada mereka yang ingin merasai pengalaman berada di muzium Ducati dan mempelajari sejarahnya.

Jom layan, Ducati perkenal perkhidmatan lawatan muzium secara maya 05

Semasa lawatan, pengguna turut berpeluang untuk berinteraksi dengan jurupandu melalui platform soal jawab.

Kos untuk merasai Lawatan Dalam Talian Museum Ducati adalah berharga €10 Euro (RM49) dan ia juga boleh dibeli sebagai hadiah Krismas untuk seseorang.

Jom layan, Ducati perkenal perkhidmatan lawatan muzium secara maya 06

Semua yang membeli lawatan digital itu pada tahun 2020 akan mendapat potongan harga €10 Euro (RM49) untuk pembelian di kedai cenderhati rasmi Ducati di Borgo Panigale.

Terdapat 4 lawatan setiap minggu pada waktu berikut: Selasa jam 5.00 petang dan Sabtu jam 9.00 pagi dalam Bahasa Inggeris; Khamis dan Ahad jam 5.00 petang dalam bahasa Itali.

Jom layan, Ducati perkenal perkhidmatan lawatan muzium secara maya 07

Kepada yang berminat, mereka boleh menempah lawatan berpandu maya secara langsung di platform tiket https: https://www.ducati.com/ww/en/borgo-panigale-experience dengan memilih tarikh, bahasa dan masa.

Selepas tempahan selesai, pembeli akan diberikan pengesahan di e-mel yang mengandungi kod dan pautan untuk mengakses pengalaman lawatan berkenaan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda