window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan ORA Good Cat 2022 ditangguhkan di Thailand - ini semua salah Putin?

Mersita · Apr 26, 2022 09:00 AM

Jualan ORA Good Cat 2022 ditangguhkan di Thailand - ini semua salah Putin? 01

Pembeli di Thailand nampak gayanya menyambut baik kehadiran Ora Good Cat 2022 di pasaran, terbukti dengan jumlah tempahan yang amat memberangsangkan – 10,000 tempahan dalam masa hanya seminggu! Kereta elektrik (EV) secomel kucing ini dijangka akan merangkul takhta EV No.1 paling laris di negara itu pada tahun ini, merampasnya dari MG ZS EV.

Namun, perkara ini mungkin tertangguh disebabkan oleh perang Rusia-Ukraine yang impaknya melarat ke rantau ini.

Jualan ORA Good Cat 2022 ditangguhkan di Thailand - ini semua salah Putin? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Syarikat induk Ora, Great Wall Motors (GWM) Thailand telah membuat satu pengumuman di laman sesawangnya, mengatakan yang ia akan menangguhkan penerimaan tempahan bagi Good Cat bermula 20 April sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak.

Jualan ORA Good Cat 2022 ditangguhkan di Thailand - ini semua salah Putin? 01

Penangguhan jualan ini adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan cip dan bateri yang terkesan dari impak COVID-19. Difahamkan kes naik mendadak di China, dan pencerobohan askar Rusia di Ukraine juga mendatangkan kesan dalam hal ini.

Juga baca: Konflik Rusia-Ukraine ganggu bekalan bahan komponen kereta untuk BMW, Mercedes, Porsche dan VW

Jualan ORA Good Cat 2022 ditangguhkan di Thailand - ini semua salah Putin? 02

GWM Thailand telah memberitahu yang ia masih perlu melengkapkan senarai penghantaran bagi 3,500 tempahan dan mereka sedang berusaha keras untuk mempercepatkan proses penghantaran kereta Good Cat kepada pelanggannya.

GWM mengesahkan yang ia bekerja rapat dengan para pembekal dan rakan niaga penting bagi mendapatkan penyelesaian terbaik untuk menghantar kereta pelanggan secepat mungkin.

Jualan ORA Good Cat 2022 ditangguhkan di Thailand - ini semua salah Putin? 03

Good Cat boleh didapati di Thailand dalam 3 varian – 400 Tech, 500 Pro, dan 500 Ultra yang dijual pada harga bermula dari THB 989,000 – 1,199,000 (~RM 126,600 – 153,500). Nombor pada nama varian-varian ini mewakili jarak perjalanannya bagi setiap cas penuh.

Juga baca: Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai

Jualan ORA Good Cat 2022 ditangguhkan di Thailand - ini semua salah Putin? 04

Good Cat diimport sepenuhnya (CBU) dari China, namun GWM sudah merancang untuk memasangnya di Thailand (CKD). Memandangkan jualan Good Cat kini sudah tertangguh, adakah isu ini akan memberi kesan kepada pelancaran semula GWM dan Haval di Malaysia?

Jualan ORA Good Cat 2022 ditangguhkan di Thailand - ini semua salah Putin? 05

Sumber rapat Go Auto, pengedar GWM di Malaysia, memberitahu WapCar yang satu pelancaran semula dirancang akan berlangsung pada Jun 2022 dan acara ini mungkin menyaksikan kedatangan 4 model baru termasuklah Haval H6, Haval Jolion (dinamakan semula sebagai H2 di Malaysia), GWM Pao, dan juga Ora Good Cat.

Jika anda berminat untuk melihat Good Cat dengan lebih dekat lagi, sebuah unit sedang ditayangkan di bilik pameran Go Auto di Glenmarie.

Juga baca: ORA Good Cat EV dipamerkan di KLCC, jarak 501 km, harga lebih kurang RM 130k

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 ORA Good Cat 400 Pro

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia