window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kematian babit penunggang motosikal, Malaysia berpotensi atasi rekod Thailand!

Khairil ยท Oct 9, 2021 08:00 PM

Kematian babit penunggang motosikal, Malaysia berpotensi atasi rekod Thailand! 01

Thailand ketika ini memegang rekod kadar kemalangan maut terburuk di dunia bagi pengguna motosikal dan apa yang menakutkan, Malaysia berpotensi untuk menggantikan posisi berkenaan, menurut Miros.

Berdasarkan statistik pada tahun ini yang diperoleh daripada angka rasmi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Bukit Aman, tujuh daripada 10 kemalangan maut di Malaysia adalah membabitkan pengguna motosikal. 

Juga baca: Miros bangunkan teknologi LIDAR tingkat keselamatan penunggang motosikal

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kematian babit penunggang motosikal, Malaysia berpotensi atasi rekod Thailand! 01

Daripada Januari hingga Ogos, kematian membabitkan pengguna motosikal adalah sebanyak 70.2 peratus daripada keseluruhan 2,954 kemalangan maut yang dicatatkan (semua jenis kenderaan) di seluruh negara.

Sejak 2015, sebanyak 26,316 penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dengan kemalangan maut dengan peratusan kadar kematian tahunan antara 62.7 hingga 67.3 peratus. 

Juga baca: MIROS cadang had laju 30 km/jam di bandar dan kampung sempena kempen #Love30

Justeru, angka terbaharu yang direkodkan itu menunjukkan pengguna motosikal mencapai peratusan tertinggi dari sudut kemalangan maut keseluruhan.

Kematian babit penunggang motosikal, Malaysia berpotensi atasi rekod Thailand! 02

"Data terbaharu daripada polis amat mengejutkan kerana kami mengunjurkan bahawa Malaysia hanya dapat mencapai tahap kemalangan maut 70 peratus menjelang 2025 (untuk motosikal) jika dibandingkan dengan pengguna jalan raya yang lain," kata Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Keselamatan Jalan Raya dan Alam Sekitar Miros, Muhammad Marizwan Abdul Manan, memetik laporan FMT.

Di Malaysia, sebanyak 15.2 juta motosikal didaftarkan berbanding 15.5 kereta menurut data daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Daripada jumlah itu, 90 peratus motosikal yang didaftarkan adalah di bawah 250 cc ke bawah dikenali 'underbone' atau popular kapcai.

Kematian babit penunggang motosikal, Malaysia berpotensi atasi rekod Thailand! 03

Muhammad Marizwan berkata kadar kematian membabitkan pengguna motosikal berpotensi meningkat sehingga hujung tahun berikutan pelepasan larangan rentas negeri yang dijangka akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Menyifatkan statistik daripada Bukit Aman sebagai membimbangkan, Muhammad Marizwan berharap pihak berkuasa termasuk penggubal polisi menjadikan kehilangan nyawa membabitkan pengguna motosikal sebagai agenda nasional.

"Sejak tahun lalu, trafik di Malaysia secara umumnya tidak sibuk kerana pelbagai sekatan perjalanan susulan pandemik namun atas beberapa sebab, kita masih mencatatkan kadar kemalangan maut yang tinggi membabitkan pengguna motosikal. Ia membingungkan," katanya.

Juga baca: 70 peratus penunggang p-hailing abai peraturan jalan raya ketika bekerja: Kajian Miros

Kematian babit penunggang motosikal, Malaysia berpotensi atasi rekod Thailand! 04

Tambah Muhammad Marizwan lagi, berdasarkan angka terbaharu itu, negara mungkin mencatat kadar kematian membabitkan pengguna motosikal lebih tinggi daripada yang diunjurkan oleh kajian Miros atau Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2015, Thailand merekodkan 73 peratus kadar kematian membabitkan kenderaan dua atau tiga roda dengan dijangkakan 22 juta motosikal didaftarkan di negara yang mempunyai populasi 70 juta penduduk itu.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda