window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MIROS bangunkan teknologi LIDAR tingkat keselamatan penunggang motosikal

Khairil ยท Feb 4, 2021 11:59 AM

MIROS bangunkan teknologi LIDAR tingkat keselamatan penunggang motosikal 01

Statistik kemalangan membabitkan penunggang motosikal di negara ini sememangnya tinggi. Saban hari, ada saja kemalangan membabitkan jentera dua roda itu dan paling menyedihkan jika ia mengakibatkan kematian.

Berikutan itu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) ketika ini sedang membangunkan teknologi pengesanan Light Detection & Ranging Technology (LIDAR).

MIROS bangunkan teknologi LIDAR tingkat keselamatan penunggang motosikal 02

BMW Motorrad Active Cruise Control (ACC)

Teknologi itu dibina bagi mengurangkan risiko perlanggaran antara penunggang motosikal dengan kenderaan lain.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Pengarah MIROS, Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata teknologi berkenaan dibangunkan susulan kadar kematian tinggi membabitkan pengguna motosikal.

MIROS bangunkan teknologi LIDAR tingkat keselamatan penunggang motosikal 01

Sumber imej: Apa Kata Orang

Katanya, teknologi itu berupaya mengesan kenderaan di hadapan dan memberi amaran kepada penunggang untuk mengelak perlanggaran dengan selamat, termasuk pada kelajuan tinggi.

"Amaran perlanggaran diberikan melalui tiga peringkat dan menekankan keupayaan untuk memastikan penunggang menyedari tepat pada masanya mengenai bahaya yang akan berlaku.

MIROS bangunkan teknologi LIDAR tingkat keselamatan penunggang motosikal 02

Ketua Pengarah MIROS, Dr Khairil Anwar Abu Kassim (kiri)

"Prinsip utama reka bentuk teknologi ini adalah berimpak tinggi, kos yang rendah, berasaskan pengguna dan mudah dipasang melalui reka bentuk naik taraf," katanya menerusi satu kenyataan.

Teknologi berasaskan LIDAR merupakan komponen utama Sistem Bantuan Pemandu Termaju atau Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang digunakan secara meluas dalam reka bentuk kenderaan beroda empat.

MIROS bangunkan teknologi LIDAR tingkat keselamatan penunggang motosikal 03

Sehubungan itu, beliau berkata pendekatan reka bentuk yang digunakan juga diyakini dapat meningkatkan kebolehpasaran teknologi ini untuk digunakan secara meluas dalam kalangan penunggang motosikal di Malaysia dalam masa yang singkat.

Sumber berita: Bernama

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda